Teman-teman

Wednesday, June 01, 2011

Kenapa Suka kenen-Kenen


Aku bertugas syif malam. Sebelum pulang kerumah aku pasti singgah membeli kuih muih untuk aku bawa pulang dan makan bersama isteriku di gerai. Bila sampai orang sudah ramai berada memilih kuih. Maklumlah jam sudah 8 pagi. Aku letakkan motosikal disebelah gerai. Semasa berjalan aku perasan yang beberapa orang sedang memerhati aku. Gelabah juga dibuatnya dan aku tahu apa sebabnya. Berita jam 8 malam mengatakan bahawa taarif letrik akan dinaikkan.

" Seronok la depa nanti dapat bonus tinggi ". Kata seorang pakcik yang berjanggut dan berkopiah diatas kepala disambut pula dengan ketawa dari yang membeli. Terasa tebal kulit muka aku dik sindiran pedas mereka. Tak apalah aku sabar saja. Inilah luahan rakyat.

" Minyak baru saja naik. Ni naik letrik pula. Kami yang teruk menanggung semua ni ". kata pakcik itu lagi. Aku sudah terasa panas. Kuih aku belum beli lagi. Asyik kena sindir saja. nasib tak baik sebab aku memakai uniform TNB.

" Pakcik dok sindir sapa ni. Saya ka TNB ". Aku sudah mula hilang sabar. Namun aku cakap sambil tersenyum walaupun senyumku sumbing. Diam saja pakcik tu sebab dia sudah terasa yang aku tidak suka dengan sindirannya.

" Hang kena penaik harga kuih Kiah oii. Depa tak apalah cukup bulan dapat gaji. Kita yang dok pergi kelaut yang menanggung ". Perli lagi pakcik tersebut. Aku pusing kebelakang mengadap pakcik tersebut.

" Pakcik.... kalau boleh saya nak bagi free letrik lebih-lebih dekat pakcik. Tapi saya hanya pekerja saja. Bil letrik pun saya kena bayar. Pakcik ingat saya pakai letrik free ka. Jangan dok kenen-kenen dekat saya. Pakcik cari orang yang buat pengumuman kan senang ". Walaupun aku cakap begitu berhemah namun nada geram ada juga. Tak mahu aku terus menghembur pakcik sebab uniform aku membatasi segalanya.

Setelah aku membeli kuih dan membayarnya aku terus berlalu dan berkata kepada pakcik,
" Terima kasih kerana memilih TNB ". Tersengih pakcik tersebut sambil berkata
" Dah terpaksa ". Aku ketawa dengan gelagat pakcik tersebut dan aku sedikitpun terasa hati walaupun ada sedikit kemarahan namun itulah luahan pelaut yang ibarat kais pagi makan pagi dan betul juga kata pakcik tersebut yang aku sebagai pekerja, apa yang perlu dirisaukan. Setiap bulan aku terima gaji.

6 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Lain kali pakai jacket on top of the uniform jadi org tak nampak lah Ariff mewakili TNB ha ha ha..
Kan ker topik tengah panas nih..so Ariff terpaksa menepis dan bersilat lah..
tapi kalau betoi dpt ganda2 bonus utk pekerja nya...Alhamdulillah
boleh Ariff buat duit shopping ker Medan nanti..

Guru said...

memanglah pedih telinga.
nak buat camana...

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...kadang-kadang terlupa juga nak pakai jacket. kalau di gerai isteri, pelanggan panggil saya abang current. Memang power.

Ariff Budiman said...

a kl citizen..Ye lah nak buat macam mana. kena tahan telinga juga.

Unknown said...

"Pakcik.... kalau boleh saya nak bagi free letrik lebih-lebih dekat pakcik. Tapi saya hanya pekerja saja. Bil letrik pun saya kena bayar. Pakcik ingat saya pakai letrik free ka. Jangan dok kenen-kenen dekat saya. Pakcik cari orang yang buat pengumuman kan senang ". Cayalah En Arif ckp mcm ni, next time bole guna ayat ni klau org condemn tmpt kt mcari rezeki...selalu jugak kena mcm ni heheheheee

Ariff Budiman said...

marya Yusof...Selamat mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...