Teman-teman

Monday, October 03, 2011

Taman Ulam

Setelah aku bekerja disni hampir 2 tahun inilah kali pertama aku keluar kebelakang tempat aku iaitu dikawasan kuala sebab ada kontraktor sedang bekerja. Aku begitu terpukau bila melihat rupanya tempat ini merupakan taman ulam iaitu ulam beluntas. Aku cuba google mencari ayat yang sama dan ternayata ada. Mungkin banyak negeri yang memanggilnya beluntas.


Aku ni merupakan peminat tegar ulam. Beluntas merupakan salah satu ulam yang menjadi favourite. Kalau ke pasar tak sah kalau tak beli ulam beluntas dan pucuk putat. Untuk awet muda katakan. Aku hairan juga dengan penduduk dikawasan ini. Mereka tak endah langsung dengan ulam ini. Kalau di tempat aku rasa-rasanya nak nampak pucuk pun susah sebab sering dipetik untuk dijual. Disni merupakan syurga ulam beluntas.

Bulan depan aku dan anak-anak dah berpakat nak buat kenduri arwah untuk isteriku selepas raya haji. Antara menu utama ialah ulam beluntas di makan bersama sambal belacan. Rupanya pokok ini begitu senang didapati dikawasan paya berdekatan pokok bakau. Ia tumbuh meliar.

Kalau time makan. Aku akan beli sambal belacan di kedai dan ulamnya aku petik dari pokok ini. Pernah aku cerita kepada seorang lelaki yang ulam ini untuk awet muda. Terus di kunyahnya ulam tersebut. Tertawa aku sambil berkata kepada lelaki tersebut
" Kita tak boleh melarikan diri dari menjadi tua. Itu merupakan fitrah dari Allah. Kita bermula dari dalam perut, dilahir kemudian meniarap, merangkak, berlari seterusnya menjadi dewasa sehinggalah kita menjadi tua dan kahirnya dijemput Allah ". Terdiam lelaki tersebut.

" Ulam itu hanyalah sebagai alat untuk menyihatkan tubuh badan dengan izin Allah ". Terangguk kepala rakan-rakanya yang lain bila mendengar. Ulam ini bagi kita ia sebagai sayur hijau. jangan asyik ayam saja. Tengok nasi kerabu dan nasi ulam. Ia penuh dengan ulam-ulaman. Jangan di pinggirkan memakan ulam-ulaman. Ia baik untuk kesihatan.

4 comments:

saing said...

yg mana ye ulam beluntas tu? bukan ulam raja? knpa ianya dipggil bsempena nama ulat? ke ia mknan kegemaran beluntas?

Ariff Budiman said...

saing..entah ler kenapa di panggil beluntas. Ia panggilan orang kampong. Ulam raja lain daunnya. Yang di makan ialah pucuknya

radziah AR said...

sedap ulam ni...saya suka...daunnya mcm rangup/rapuh...betul dak En. Ariff...xtau mcmana nak gambarkan...

Ariff Budiman said...

radziah AR...Tepat. Pucuknya memang rapuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...