Teman-teman

Tuesday, November 15, 2011

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada

Masa hidup di kampong, dibelakang rumah di penuhi dengan pokok betik jantan. Betik jantan hanya mengeluarkan bunga sahaja. Kadang-kadang emak akan menyuruh aku mengambil bunga betik. Kata emak hendak di buat kerabu. Setelah kelapa parut di goreng untuk dijadikan kerisik untuk di gaul bersama kerabu. Subhanallah. Memang sedap walaupun rasanya pahit. Sehingga ke hari ini aku amat menggemari kerabu bunga betik. Arwah Siti Aishah sering membuat kerabu kesukaanku.

Hari ini aku kerumah ibu mertuaku. Kelihatan di atas meja teradapt bunga betik. Kata ibu mertuaku ia di beri oleh jiran sebelah.
" Mak..bunga betik kalau buat kerabu sedap juga ". Kataku kepada ibu mertua.
" Kalau Budiman nak makan, beli kerang, daun kaduk dan kelapa parut ". Kata ibu mertuaku.
Apalagi bila ada yang sudi membuatnya terus aku menuju kepasar. Bila sudah dapat semuanya aku serahkan kepada ibu mertuaku. Selepas zohor aku terus kerumah ibu mertua untuk mengambil kerabu kesukaanku. Isteriku tidak menggemari kerabu bunga betik. Katanya pahit.

Merungut isteriku bila anaknya tidak mahu menyentuh nasi sebab kari ikan masin terasa masinnya. Aku makan bersahaja tanpa banyak kerenah. Aku tidak suka complaint jika makanan tidak sedap. Sudahlah orang yang memasaknya penat. Suka-suka saja complaint tak sedap.
" Masin la gulai ni bang. Abang tak rasa masin ka ". Rungut isteriku.
" Masinnya sedikit saja. Berselera abang makan dengan kerabu betik ". Kataku kepada isterikku
" Abang ni saja nak ambil hati Nah. Kalau gulai tu masin tak payah makan la ". Kata isteriku.
" Tak apa sedap gulai ni ". Sambil laju aku memakan.
" Abang ni tak pernah cerewet kalau tak sedap. Tak pernah Nah dengar abang merungut ". Kata isteriku. Terdiam aku seketika bial isteriku menyebut aku tidak cerewet. Fikiranku mengelamun sejenak.

" Abang tak suka Siti buat masak lemak. Buatlah gulai ". Kataku sambil mencebik mulut tatkala arwah Siti Aishah menghidangkan makanan. Sambil menjamah sedikit sahaja terus aku meninggalkan baki nasi. Panas baran aku ketika itu. Isteriku hanya mampu mengalirkan airmata bila masakannya tidak disukai oleh suami. Di usahakannya juga membuat gulai dan akhirnya begitu berselera aku makan tanpa mengucapkan terima kasih kepada isteriku.

Bila menghadiri kelas agama barulah terbuka pintu hatiku mengawal nafsu panas baran dan bersyukur dengan apa yang ada. Begitu gembira arwah Siti Aishah bila aku banyak berubah. Bukan saja aku suka memuji tapi aku lebih banyak menolong isteriku di dapur.
" Bang boleh tak abang buat nasi goreng. Siti nak habiskan jahitan baju yang banyak. Abang baikkan ". Aku cukup gemar bila isteriku memujuk begitu. Sehingga sekarang masih terngiang-ngiang suara manjanya memuji " abang baikkan ".

Sebab itu bila aku berkahwin pula dengan isteriku Rosnah, tak pernah aku complaint jika masakannya tidak memenuhi seleraku. Kalau sedap bertambahlah. Kalau kurang cukuplah sedikit. Aku lebih banyak mengucapkan terima kasih kepada isteriku di atas segala pemberiannya. Kini dia juga banyak berterima kasih kepadaku.
" Terima kasih bang kerana masak. Sepatutnya Nah yang masak untuk abang tapi sebaliknya ". Cukuplah ucapan terima kasih yang aku terima. Aku tidak mahu menjadi orang yang tidak pernah menyukuri akan nikmat bila makanan sudah terhidang di atas meja. Tak sedap complaint. Bila sedap tiada ucapan terima kasih kepada isteri kita.

12 comments:

Unknown said...

SALAM,
SANJUNG TINGGI SIKAP BUDIMAN BEGINI ... HEBAT. LF ADA BUAT ENTRI PENDEK BERHUBUNG DENGAN PERKARA YG SAMA ..."MARI KITA ....MERUNGUT TIDAK MEMILIKI KASUT" .

Ariff Budiman said...

luahfikiran..Apa yang hebatnya Datok. Ramai suami yang lagi hebat cuma saya belajar dari kesalahan saya saja.

Unknown said...

Salam,
Betullah kite perlu bersyukur dan berterima kasih dgn ape yg ade...mcm sy suami xpandai memuji...tp dr body language je kite phm die suka @ x...betul x En Arif?
Bunga betik mmg pahit, dlu emak sy slalu rebuskan utk arwah ayah minum airnya...kata org baik utk penyakit kencing manis & drh tinggi...

Ariff Budiman said...

MaryaYusof..Betul puan. Kadang-kadang kita perlu mengerti bahasa badan. Macam isteri saya kalau dia marah tutup almari kabinet bunyinya lain. Sudah lama hidup bersama takkanlah suami atau isteri tak dapat baca body language pasangan masing-masing.

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah, akhirnya AB menjadi suami yang memahami lelah sang isteri. :)

Ariff Budiman said...

kakcik..Benar. Selama ini saya jarang bersyukur. Egonya sikap saya

wahida said...

alhamdulillah...bukan mudah nak luntur panas baran tu...tapi bro dah buat sehabis baik bro...sejuk hati si isteri...


salam kenal..terus follow sini...

Anonymous said...

masyaAllah....

Anonymous said...

baguslah..berubah demi kebaikan dan kasih sayang.allhamdullilah.

macam mas pun,pernah masak,kene kritik hebat..terus tak confident nak buat lagi.

Ariff Budiman said...

wahida..Terima kasih sudi ziarah dan follow

Ariff Budiman said...

Anonymous..Syukur kepada Allah

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany...Kita akan belajar dari kritikan itu walaupun kadang2 amat pedih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...