Ketiga ialah pada 1, 2 dan 3 Jun akan di adakan family day untuk kaum keluargaku satu Malaysia yang berasal dari keturunan Jawa akan berkumpul di Melaka. Ia di buat di sebuah resort. Tidak sabar sekali aku ingin bertemu sanak saudara yang sudah lama terpisah dan insyaallah akan menjadi sebuah keluarga dari satu keluarga yang bernama Mas Tempawan yang berasal dari Jawa. Semoga ketiga-tiga peristiwa ini berjalan lancar hendaknya
Teman-teman
Monday, April 09, 2012
Menanti Penuh Debaran
Aku sedang menanti 3 peristiwa penting dalam hidupku. Peristiwa 1 ialah pada 21 April ini aku bakal menerima menantu lelaki. Berdebar-debar rasanya macamlah aku yang nak kahwin. Panggilan sudah di buat tetapi ala kadar saja namun ala kadarnya telah meningkat. Kedua ialah pada 5 Mei aku isteri serta kedua-dua anakku akan berangkat menuju ke Medan untuk merehatkan minda. Sudah setahun aku book melalui tambang murah Air Asia. Tak sabar rasanya aku untuk bersama kedua-dua anakku.Begitu cepat masa berlalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Semuanya agenda yang menyeronokkan. :)
Insyaallah semua yang dirancang berjalan dengan lancar.
kakcik...Ya betul. Semoga ianya berjalan lancar
Anonymous...Terima kasih banyak2
selamat pengantin baru.eh.silap.selamat terima menantu.hehe
Mrs Izi..Terkejut den. Dah semangat rupanya lain. He he
As salam En Arif,
Wah, seronoknya! Saya yg baca begitu teruja sekali... Perkara penting semuanya tu :)
Salam persahabatan.Saya menyusuri blog tuan melalui blog sdr Insan_Marhaen.
Marya Yusof...Semoga ianya berjalan lancar. Puan tolong doa2kan ya
ujang kutik...Salam persahabatan juga dari saya dan terima kasih kerana sudi ziarah
Post a Comment