Teman-teman

Wednesday, October 10, 2012

Pahit Lagi Memahitkan

Tatkala aku berada di pasar bila terpandang saja kacang ini sudah pasti aku teringat waktu kecilku. Ibuku kerap goreng untuk juadah hari raya. Berebut kami adik beradik. Ibuku akan perap dengan bawang putih serta jintan manis dan kemudian goreng. Memang wangi dan merangupkan. Bila aku berkahwin ibuku menurunkan ilmunya kepada arwah isteriku. Bila kami tinggal berasingan arwah isteriku mengambil alih tugas ibuku dengan menyediakan menu hari raya seolah-olahnya menjadi kewajipan. Akibat terlalu kerap aku makan kacang ini akhirnya aku telah dimasukkan kedalam wad. Urid acid dalam tubuhku terlalu tinggi. Sebab itu bila makan pain killer pun tidak menghilangkan kesakitan. Doktor menyarankan agar aku tidak lagi makan kacang goreng dan aku terus meninggalkan tabiat ini.


Aku kerap berjumpa doktor untuk mengetahui tahap kesihatanku terutamanya urid acid. Alhamdulillah ia semakin berkurangan. Bila aku dan isteri ke pasar entah macam mana aku membeli setengah kilo kacang untuk di goreng. Isteriku terkejut
" Abang boleh makan ka kacang goreng ni ". Tanya isteriku.
" Insyaallah sikit boleh kut. Entah kenapa teringin sangat. Jangan-jangan Nah.....". Gurauku
" Jangan dok merepek la bang...". Sambil tertawa dia memasukkan kacang kedalam plastik. Isteriku pula belum pernah makan kacang ini dan tidak tahu macam mana nak memerap kacang ini.Aku terus talipon anak gadisku bertanya tentang cara-cara nak perap kacang ini. Nasib baik anak gadisku mewarisi kepandaian ibunya.


Pulang kerumah aku terus menumbuk bawang putih serta jintan manis lalu aku gaulkan bersama sedikit garam dan gula sebagai perasa. Memang terasa begitu wangi baunya.
" Nanti balik dari solat, abang goreng kacang ni ". Aku berkata kepada isteriku kerana tidak mahu mengganggunya yang tidak berapa sihat. Bila aku pulang dari menunaikan solat isteriku membuka pintu. Wajahnya sedikit gelisah. Terkejut aku bila melihat warna kacang begini rupa. Aku merasanya dan ternyata begitu pahit. Mungkin api di buka terlalu besar.
" Kan abang kata abang yang akan goreng. Nah buka api kuat sangat ni ". Kataku sedikit kecewa
" Nah nak buat surprise dekat abang. Time goreng sambil rasa memang sedap. Entah macam mana Nah ke ruang tamu. Baru teringat kacang ada di atas dapur. Sorry bang ". Kata isteriku dengan tone bersalahnya. Kesian pula pada isteriku yang nak membantu.
" Nah memang betul-betul buat surprise pada abang ". Kataku sambil ketawa. Tak kan dek hanya kacang aku nak bermasam muka dengan isteriku.
" Ada hikmah tu bang ". Kataku isteriku sambil tersenyum. Aku tahu apa maksudnya. Aku mudah lupa peristiwa lalu yang membuatkan aku dimasukkan kedalam wad..Memang sedap di mulut tapi sakit di kaki....

1 comment:

nadinezuharra said...

saya kalau makan kacang apelagi.. naiklah jerawat.. tp suka juga makan, kalau dah ambil satu lepas tu susah nak berhenti.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...