Teman-teman

Monday, November 05, 2012

Allah Mendidik Jiwaku Rupanya

Isteriku telah membekalkan aku dengan 2 biji kuih pau. Aku berkata yang kuih pau itu akan aku makan tengahari. Pagi ini aku bercadang membeli nasi kandar istimewa. Itu pendapatku saja tentang nasi kandar. Isteriku pula berkata yang nasi kandar tersebut kurang sedap. Itulah yang dinamakan Rahmat dalam berbeza pendapat. Tak perlu nak bertegang leher untuk membetulkan pendapat masing-masing.


Aku keluar dan terus menuju ke gerai menjual nasi kandar. Sudah ada yang beratur. Tiba giliranku aku memilih lauk ikan, kacang bendi serta telur masin. Tak sabar rasanya untuk tiba ditempat kerjaku. Aku mencium nasi tersebut. Hurmm....memang wangi baunya. Aku tiba di tempat kerja setelah 40 minit berada diatas jalanraya. Datang ibu kucing yang baru kematian anaknya akibat dimakan olih biawak. Ngiau ngiau bunyi ibu kucing sambil menggesel kaki aku.
" Pagi ni sorry tak ada makan. Tengahari nanti ". Aku berkata kepada ibu kucing. Ibu kucing memandang sayu muka aku.
" Tenaghari nanti mai. pagi ni tak ada ". Terus aku masuk kedalam. Terdengar ibu kucing terus mengiau. Selalunya tiba waktu tengahri aku akan membeli sebanyak 2 bungkis nasi. Satu untukku dan satu lagi untuk ibu kucing.


Entah kenapa pagi ini tiba-tiba dia muncul. Terus aku ke bilik pantry. Begitu wangi sekali bau nasi. Aku masukkan air teh halia kedalam cawan. Fullamak....sedapnya teh halia. Aku membuka nasi kandar pula. Selalunya aku letakkan terus kedalam pinggan. kali ini aku nak masukkan hanya nasi kedalam pinggan. Aku menolak perlahan-lahan nasi masuk kedalam pinggan tanpa aku sedari pinggan bergerak sedikit-demi sedikit. Akhirnya pinggan jatuh kebawah bersama dengan nasi.
" Subhanallah........" Aku bertempik.Tiba-tiba terus aku teringat pada ibu kucing.
" Ya Allah...apa yang telah aku lakukan ini. Allah nak didik jiwaku rupanya ". Aku berkata pada diriku sendiri. Aku sudah lupa akan hak-hak yang lain. Terus aku mengambil nasi yang bertarabur dan aku masukkan kembali kedalam pinggan dan membawanya keluar. Datang ibu kucing menyerbu kearahku sambil mengiau-ngiau.
" Minta maaf. Sebenarnya nasi ni memang untuk kamu. Ya Allah maafkan aku ". Aku merungut seorang diri. Begitu bersemangat sekali aku melihat ibu kucing makan. Sekali sekala dia memnadang aku. Mungkin ucapan terima kasih padaku atau padan muka dengan kamu. Selepas kenyang ibu kucing datang lalu menyondol aku dan terus baring.


Aku terasa begitu lapar lalu aku membuka locker. Alhamdulillah masih ada sebungkus maggi tomyam. Aku mengambilnya lalu aku panaskan dan akhirnya maggi dan kuih pau menjadi makanan pagiku. Tengahari tiada makanan yang aku jamah. Entah pula aku tiada terasa lapar. Ya Allah terima kasih kerana telah mendidik jiwaku. Akhirnya kalau aku tugas pagi sudah tentu aku membeli kuih lebih. Manalah tahu kalau ibu kucing berada di tempat kerjaku.

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Bila ianya bukan rezeki kita, dalam mulut pun akan terluah juga.

Shima said...

MasyaAllah..what a beautiful story..how a cat teaches us...alhamdulillah..Allah works in wonderous ways...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...