Teman-teman

Wednesday, November 07, 2012

Syukur Dan Kenyang

Jam 7.30 pagi aku dan isteri bertolak ke Hospital Pantai Mutiara. Hari ini ialah hari followup aku dengan doktor. Aku tidak suka pergi lewat. Bila tiba kami merupakan orang pertama. Setelah GL diberikan pihak hospital terus memproses dengan sekejap saja. Aku naik ke tingkat atas untuk memberi GL kepada klinik yang akan aku berjumpa. Aku diberi surat untuk mengambil darah. Tiba disana makmal belum dibuka. Jam baru pukul 8.20 pagi. Buka pada jam 8.30 pagi. Tepat jam 8.30 pagi makmal dibuka. Aku berikan maklumat darah yang perlu aku ambil.
" Saya kagum la dengan encik. Selalunya orang melayu suka datang last minit. Orang cina selalu datang awal. Encik ni keturunan cina ka ". Tanya lelaki yang akan mengambil darah. Aku tersenyum dan berkata aku adalah orang melayu.


Selesai ambil darah aku ke klinik untuk menghantar namaku. Aku terpaksa menanti selama sejam untuk mengetahui akan keputusan darahku. Aku mengajak isteriku untuk sarapan pagi. Katanya nak makan apa
" Mee kari ". Spontan jawabku.
Kami bungkus dan membawa pulang. Panas juga kalau makan di bawah bumbung kain canvas. Setelah sejam berlalu aku terus memecut motosikal ke hospital untuk berjumpa doktor. Sekejap saja namaku di panggil. Alhamdulillah tahap kesihatanku adalah baik mengikut kata doktor. Namun kata doktor jangan seronok sangat. Kawallah pemakanan. Aku terus pulang kerumah.
" Nah jom kita memancing ikan di tepi pantai "........

4 comments:

pB said...

Hospital ni hospital swasta kan

Ariff Budiman said...

pB....Ya hospital swasta

Anonymous said...

DAPAT KE IKAN MANCING TU..

Ariff Budiman said...

Anonymous...He he. Jadi malas pula nak memancing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...