Teman-teman

Wednesday, January 23, 2013

Pizza Salam

Sudah lama isteriku berhenti dari aktiviti berniaga roti canai. Bukan senang bagi seorang wanita membuat kesemua kerja itu. Dialah yang menguli tepung untuk dibuat bebola. Dialah menebar dan akhirnya seluruh badan kesakitan. Akhirnya setelah berbincang dengan aku dia mengundurkan diri dari bidang roti canai. Katanya nak tumpu perhatian dalam perniagaan nasi tomato di tapak pasar malam. Tapak itu masih belum diisi orang. Tak berani dia berniaga keseorangan andainya aku bekerja. Semasa dia bersama arwah suaminya, dia pernah menjalankan perniagaan pizza. Jenama Pizza Salam amat terkenal dikalangan kami. Kadang-kadang dia akan buat pizza untuk diberikan kepada kaum keluarga. Ramai yang memintanya membuat bisnes pizza.

Entah satu hari aku bersuara kepada isteriku
" Nah...mau tak Nah buat bisnes pizza di rumah. Abang akan buat pamplet dan hantar ke FB abang yang kebetulan ramai kawan ". Cadangan aku mendapat reaksi positif dari isteriku. Lalu aku pun buat pamplet dan upload ke FB. Alhamdulillah ramai yang memberi respon dengan order 3 atau 4 keping seorang. Bukan main gembira isteriku. Kotak sudah lama kami cari dan sudah mendapatnya. Kini aku sedang berusaha untuk membuat gambar yang akan dilekatkan dikotak buat sementara waktu.

Alhamdulillah. Bukan sekadar pizza saja yang ditempah. Nasi tomato juga mendapat tempahan. Ada yang menempah pizza dan meminta kami menghantar ke alamat yang diberikan. Aku kata kepada isteriku tak apa. Kalau aku ada biar aku saja yang hantar. Aku hanya nak memberi semangat kepada isteriku. Kadang-kadang kami tertawa bila ada customer bertanya boleh tak nak tempah bihun goreng. Apa salahnya. Isteriku pandai juga goreng bihun dan bihunnya memang sedap sebab dimasukkan udang kering. Kini isteriku mula sibuk dirumah. Alhamdulillah. Itu merupakan rezekinya dan aku tumpang bersyukur kepada Allah.

9 comments:

pB said...

untung dapat isteri pandai masak nie

Ariff Budiman said...

pB...Alhamdulillah

Shahrizat said...

Alhamdulillah. bagusnya bila isteri berbakat dapat pula suami yang memberi sokongan dan semangat. Semoga ALLAH memberkati keluarga ini dan supaya dapat menjadi contoh buat pasangan yang baru bergelar suami isteri.

insan marhaen said...

sibuk tu sibuk juga. tpi tuntut ilmu jangan di lupakan jua...

Bearcat said...

Masakan maknjang memang terbaik! :)

Ariff Budiman said...

Shahrizat.....Terima kasih di atas doa yg cukup istimewa ini.

Ariff Budiman said...

Insan marhein.....terima kasih diatas peringatan ini. WN tidak pernah melupakan majlis2 ilmu cuma kadang2 tidak sempat bersama rakan2. WN cukup sedar bila Allah telah memberi peringatan kepada saya dalam berbagai2 bentuk dugaan. Sayang kalau WN tidak mengambil iktibar dan majlis ilmulah menjadi pendorong utk WN terus mengorak langkah. Terima kasih sekali sahabatku IM

Ariff Budiman said...

Bearcat.......Betul.....memang terbaik

Mrs.Izi said...

sedapnya.kalo time pg penang nk orderla bang.macam terliur plak tgk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...