Selesai menziarahi kubur aku pualng kerumah. Juadah hari raya sudah berada diatas meja. Nasi himpit dengan kuah kacang memang menjadi kegemaranku setiap kali pagi raya. Kami akan kerumah emakku yang kini di huni oleh kakak aku. Kami sepakat tahun ini adik beradik berkumpul dirumah ibu. Ini saja caranya kami mengeratkan lagi silturrahim sesama adik beradik bila ibu dan ayah telah tiada. Selepas beraya dengan adik beradik barulah kami beraya dengan yang lain.
Setiap tahun aku pasti buat jamuan hari raya untuk kaum keluarga. Itu merupakan lagi satu cara kami adik beradik berkumpul. Raya kedua selepas solat Jumaat jemputan untuk adik beradik sebelah isteriku. Waktu malamnya pula selepas solat maghrib barulah sebelah keluargaku pula. Terasa sempit rumahku bila anak cucu memenuhi ruang rumah. Terasa kemeriahannya. Menunya tetap sama seperti tahun-tahun lalu. Menu utama laksa dan satay. Yang lain hanya sampingan sahaja.
Hari raya ketiga adikku pula bersama suaminya membuat jamuan raya dirumah mereka. Berkumpul pula kami disana di sebelah pagi. kemeriahannya masih dapat dirasai. Bergambar bersama keluarga tercinta diwajibkan. Boleh dikatakan 3/4 keluarga berada di Penang. Jadi tahun ini anak cucu memenuhi rumah bapa serta emak saudara.
Alhamdulillah raya tahun ini begitu meriah sekali. Kaum keluarga berkumpul dan ada yang baru menjadi ahli keluarga minta perkenalkan diri. Cukup meriah dengan usik mengusik bila ahli baru memperkenalkan diri mereka. Suami siapa. Isteri siapa. Kami juga tidak lekanag setiap kali jamuan hari araya diadakan.
Tazkirah dari ketua keluarga iaitu abangku dimestikan. Beliau menekan betapa anak cucu harus menjaga keharmonian rumahtangga. Jangan bergaduh hanya kerana harta pusaka. kaum keluarga juga harus tidak leka dengan dunia yang serba canggih ini. Yang pastinya kaum keluarga diingatkan agar tidak melupakan Allah yang esa. Alhamdulillah walaupun sekejap sahaja tazkirahnya namun ia begitu menginsafkan kami semua agar tidak terlalu mudah terpedaya dengan hasutan syaitan. semoga keluarga kami terus bersatu walaupun ayah dan ibu kami telah tiada. Biarlah mereka tenang disana tanpa persengketaan kaum keluarga.
5 comments:
Salam Syawal Ariff
Kakcik....Salam syawal juga dari saya sekeluarga
Slmt hari raya buat En Ariff sekeluarga,meriahnya sambutan raya...
Nazayiena Ayiena....Selamat hari raya kembali dari saya. Biasa2 saja hari raya ni. Meriah ketika bersama keluarga
Salam aidilfitri. Berkumpul seronok yang tak seronoknya tiap-tiap tahun 1 - 3 syawal suami kerja.
Post a Comment