Teman-teman

Thursday, August 22, 2013

Mak Limah

Seringkali bila kita bertugas dalam satu kumpulan kita dapat melihat dan menilai peribadi seseorang. Kadang-kadang gurauan ada yang melucukan dan ada yang menyakitkan hati. Ada yang dapat menerimanya dan ada pula sehingga melibatkan bermasam muka. Ada pula mereka yang bertugas keseorangan seperti contoh diri aku sendiri. Aku tidak bertugas dengan kumpulan cuma kadang-kadang kumpulan datang bertugas ditempat aku dan disitulah aku dapat berbual dan mendapat maklumat tentang apa yang berlaku di pejabat.

Baru-baru ini ketika aku bertugas datang satu team pekerja yang membuat maintance. Bila sudah ramai maka cepatlah kerja dapat diselesaikan. Ketika waktu rehat maka riuhlah dengan cerita-cerita, usik mengusik sesama rakan. Masing-masing sudah mengenali perangai setiap yang lain. Jadi tak pernah berlaku pergaduhan besar. Dalam banyak-banyak cerita entah macam mana seorang rakan terkeluar akan cerita hantu. Maka riuhlah gelak ketawa mendengar kawan ini di usik kawan itu diganggu. kisah aku disakat pun telah dijadikan bahan gurauan. Aku tak pernah berkecil hati dengan mereka.
" Hantu ni..kita jangan dok takut dengan dia. Bila jumpa baca ayat quran. Ayat Allah. Laghi dia ". Kata seorang rakan. Baguslah tu. Meletakkan Allah dulu.

" Saya kalau macam kes abang Ariff hari tu. Saya nanti minta ilmu. Bukan senang nak dapat ". Kata lelaki tersebut. Aku hanya diam dan malas nak bercerita tentang hantu. Aku akui memang dia seorang yang berani. kalau tidak masakan dia boleh memberi idea-idea yang baik.
" Abang Ariff jangan takut. Kalau abang Ariff jumpa baca ayat qursi. Hantu cukup takut ". Rakan aku berpesan kepada aku. Aku hanya anggukkan kepala sahaja. Ketika berada di tempat kerja aku merupakan orang yang tidak banyak bercakap. Sebab itu rakan-rakan berkata yang aku ini seorang yang pendiam. Sebenarnya aku amat malas berbicara tentang hantu. Apa yang aku lihat dan apa yang aku kena. Aku hanya diam mendengar apa yang diceritakan. Ada juga rakan-rakan yang mengetahui kisah aku. Bila aku diam mereka pun turut tidak bersuara. Bukan apa, aku takut nanti orang tersalah anggap pula tentang diriku. Memang aku tidak ada ilmu dunia. jadi lebih baik aku diam. Biar mereka yang ada ilmu dunia yang bercakap.

Suatu hari ketika aku bertugas dalam pukul 9.30 malam, tiba-tiba aku terdengar bunyi kereta diluar. Pintunya ditutup dengan agak kuat. Dari dalam aku sudah dapat mendengar. Pintu pejabat dibuka. Rakan aku menerpa masuk. Pucat juga muka dia.
" Bang Ariff...Tadi time saya sampai dekat pokok ada lembaga putih. Rambut panjang bang..". Katanya dengan nada tersekat-sekat.
" Hang tak baca ayat quran ka ". Aku berkata
" Tak sempat bang. Terkejut terus saya pecut ". Gelihati aku mendengar juga. Tapi dalam hati aku la
" Ohh...itu Mak Limah ". Aku berkata kepada rakanku
" Abang pernah nampak ka ". Dia bertanya dan aku mengaku
" Abang tak takut ka ". Tanya rakanku
" Mau tak takut. Saya pecut motor ". Sengaja aku berkata demikian. Takut dia rasa malu bila kenangkan kata-katanya

" Abang balik pukul berapa ". Dia bertanya
" Pukul 11 malam. kenapa ". Aku bertanya
" Saya nak tumpang abang la ". Katanya dan aku berkata tiada masalah. Bila jam 11 kami keluar. Rakan aku menyuruh aku berjalan dahulu sementara dia mengikut dari belakang. Bila tiba di pokok besar Mak limah sudah tak ada. Terus dia memberi hon dan memotong motosikal aku. Laju dipandunya kereta. Sambil membawa motosikal aku terfikir juga. Semua ini merupakan iktibar. Kalau kita ada ilmu sejengkal, janganlah kita berlagak seolah-olahnya kita mempunyai ilmu yang hebat. Allah uji sedikit saja kita sudah mulai hilang kewarasan. Semoga aku bukanlah dalam golongan manusia yang begitu.

2 comments:

insan marhaen said...

rupanya ada juga orang yang mulut capui macam tu ya...

IM tak pernah nampak 'apa-apa' pun dan tak mahu nampak...

Ariff Budiman said...

Insan marhein.........Biasa ler manusia yg macam tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...