Teman-teman

Monday, January 20, 2014

Semoga Bahagia Anakku

17 Januari 2014 - Anak gadisku beritahu selepas majlis akad nikah mereka akan menziarahi pusara ibunya. Bila aku pulang dari bertugas malam terus aku menyalin pakaian. Aku beritahu isteriku yang aku nak bersihkan kubur isteriku. Jam baru pukul 9.30 pagi.
" Abang tak minum dulu ke ". Tanya isteriku. Aku mengalah lalu meminta dia buatkan aku air. Selesai minum aku minta diri untuk ke kubur.
" Awai Budiman hari ni ". Tegur Tok Siak masjid
" Sebelum panas Tuan hj ". Jawabku. Tersenyum Tok siak masjid melihat aku mengambil cangkul serta penyakar. Bila tiba aku mula membuang rumput yang memenuhi pusara isteriku. Dalam hatiku bermain perasaan adakah mampu anak gadisku ziarah pusara ibunya pada hari gembiranya. Selesai semua seperti lazimnya aku akan duduk sebentar sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran.


18 Januari 2014 - Aku berdoa semoga Allah kuatkan hati aku. Aku tidak mahu menangis di hari yang begitu bermakna bagi anakku. Pagi itu aku menerima sms dari anak gadisku yang mengatakan betapa sayunya dirinya. Aku sudah dapat membaca apa yang tersirat dihatinya. Aku berkata yang ayah sentiasa berdoa semoga dia bahagia. alhamdulillah dia dapat menerimanya. jam 11.20 pagi aku tiba di masjid. keluarga pihak lelaki sudah berada di perkarangan masjid. Aku meminta semua rombongan masuk kedalam masjid. Jam 12 tengahari Tok kadi sampai. Setelah melakukan apa yang perlu maka tibalah saat yang ditunggu.
" Aku nikahkan dikau Siti Zinnirah binti Ariff Budiman dengan mas kahwin......... ".
" Aku terima nikahnya Siti Zinnirah binti Ariff Budiman.......". Ketika itu aku terlalu sebak. Hampir aku mengeluarkan airmata. Namun aku dapat menahannya dari gugur ke lantai.


Tanggal 18 Januari 2014 anak gadisku telah menjadi milik dan tanggungjawab suaminya setelah bersama dengan aku selama 25 tahun. Ketika bergambar aku sendiri tidak pasti samada aku senyum atau tidak. Aku gembira sebab anak gadisku telah selamatdi ijab kabulkan. Aku sedih bila mengenangkan ibunya yang tidak dapat berkongsi bersama-sama dengan kami. Aku ternanti-nanti sms dari sahabat baikku namun aku hanya mampu menanti. Apa kabar dirinya sekarang. Kepadanya tempat aku meluahkan apa yang terpendam di dalam hati ini.


Kepada anakku. Ayah berdoa semoga anakku bahagia di alam perkahwinan. Janganlah bersedih di hari yang penuh bererti ini. Sentiasa berdoalah kepada emak. Hanya doa yang mampu membuat emah dan ayah gembira di sana. Jangan lupa itu. Terima kasih kepada kaum keluargaku yang banyak membantu untuk majlis ini. terima kasih tak terhingga kepada sahabat baikku LSY yang banyak membantu. Semoga Allah memberkati kalian semua.


Insyaallah pada 25 Januari 2014 merupakan hari kenduri bagi pihak perempuan. Semoga ianya berjalan lancar dan semoga majlis ini mendapat keberkatan dari Allah.....

6 comments:

Anonymous said...

Tahniah untuk pengantin dan keluarga. Muga berkekalan hingga ke syurga firdaus...ameen

Ariff Budiman said...

Anonymous...Terima kasih atas doa ini. Ameen

pB said...

tahniah

Ariff Budiman said...

pB...Terima kasih

iBu...gUru said...

tahniah ayah dan anak ... moga bahagia

Ariff Budiman said...

Terima kasih ibu guru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...