Aku amat suka dengan lagu Cinta Sesungguhnya yang di dendang oleh Sabhi Saddi feat Marsha. lagunya amat menyentuh jiwaku sebab ia berkait rapat dengan kehidupan lampauku. Pada tanggal 10 - 13 Oktober 2016 aku dihantar majikanku untuk menghadiri kursus Better Brighter untuk kakitangannya. Kursus ini amat baik sekali untuk membina semangat keyakinan baru pekerjanya. Tiba-tiba fasi minta kami berpegangan tangan dan menghayati lagu ini. Terus dia memasang lagu Cinta Sesungguhnya. Aku memejamkan mataku dan menghayati lagu ini. Terasa air mata panas mengalir dipipiku. Dalam minda ada 2 perkara yang bermain dalam mindaku berkaitan dengan lagu ini
Pertama ketika aku masuk kerja di LLN yang belum lagi menjadi TNB. Gaji pokokku hanya RM150 sebulan. Ia begitu kecil sekali. Semasa aku menghadiri kuliah agama, ustaz ada berkata jika duit untuk perkahwinan sudah cukup jangan di tangguh lagi untuk berkahwin. Serahkan segalanya kepada Allah. Rezeki Allah yang aturkan. Maka aku pun buat seperti apa yang aku pelajari. Syukur bila aku berkahwin kerajaan telah membuat rombakan untuk gaji. Gajiku telah naik ke RM300 sebulan. Beberapa bula kemudian rombakan kedua dibuat kerajaan dan gajiku bertambah menjadi RM500. Syukur kepada Allah. Tepat seperti apa yang ustaz katakan.
Ketika aku mendapat anak pertama, kerajaan telah menswastakan LLN dan menjadi TNB. Gajiku terus melangkau ke angka RM750 sebulan. Bila mendapat anak kedua gajiku terus meningkat RM1000 lebih. Betapa bersyukurnya aku. Sebab itu aku bersyukur berada dalam pekerjaanku sekarang. Aku berjanji akan menjaganya sebaik mungkin sebab aku beruntung bersamanya.
Kisah yang kedua pula ialah ketika bersama isteriku, aku berjanji akan menjaganya dengan sesungguhnya. Aku begitu menyayangi dan mencintainya. Begitu juga dengan dirinya tapi aku hanya mampu merancang dan perancangan Allah mengatasi segalanya. Pada tahun 2008 isteriku pergi buat selama-lamanya. Aku terlalu sedih sebab tidak dapat menjaganya dengan sekuat hatiku
Sebab itu lagu ini terlalu bermakna buat diriku. Aku bertuah memiliki isteriku dan aku takkan lelah mendampinginya. Moga Allah tempatkan ruhnya di tempat yang paling mulia disisi Allah.
8 comments:
Setelah lama menyepi...akhirnya hihi.
Janji Allah pada mereka yang sentiasa bersyukur. Alhamdulillah moga semakin murah rezeki Paknjang :-)
Terima kasih Bearcat
Terima kasih Bearcat
Semuga Allah rahmati roh beliau.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bercinta...
Sesungguhnya setiap apa yg Allah berikan memang ada hikmah disebaliknya
Yg pergi kita doakan dan yg masih ada kena terus memanjatkan doa semoga kebaikan terus menjadi misi di dunia dan akhirat.
Ameen. Terima kasih insan marhein
Kakzakie Purvit. Insyaallah doa tidak pernah saya lupakan. Terima kasih
Assalam tuan, biasanya kalau muntah darah dikaitkan dgn sakit TB atau kanser paru2.atau kanser yg tlh merebak ke paru2. Kdg2 sstgh knser lmbt kesan doktor...setiap perkara yg menimpa termasuk sakit adalah dgn keizinan allah jua...bersabar lah kita
Post a Comment