Teman-teman

Friday, October 21, 2016

Kuasa Pujukan Seorang Isteri

Kalau hendak ketempat kerja aku lebih suka menggunakan motosikal dari kereta. Keadaan jalan yang sesak ditambah lagi kalau bertugas syif pagi membuatkan aku harus menggunakan motosikal. Kereta kadang-kadang aku guna ketika hujan. Itupun kalau bertugas syif petang atau malam. Time tu kenderaan tidaklah sesak. Ketika sedang mencuci motosikalku tiba-tiba isteriku bersuara
" Abang...Cuba check roadtax. Rasa-rasanya dah lama mati ". Kata isteriku. Aku pun terus membuka seat motor dan check. Betul kata isteriku. Sudah setahun lebih mati. Esoknya aku ke kedai motor untuk memperbaharui roadtax.
" Waa....Ini sudah satu tahun lebih mati. Tak boleh buat. Lu kena bawa pergi Puspakom ". k
Kata cina kedai. Ahh...sudah kataku. Ini yang aku malas.

" Pergilah Puspakom bang. Bahaya naik tak ada roadtax ". Kata isteriku namun jawapan aku hanya nantilah. Diam isteriku. Suatu hari isteriku minta tolong aku belikan roti. Aku terus naik motosikal kepekan. Di pertengahan jalan rupanya ada road block. Aku tak perasan. Dari jauh aku nampak anggota polis menunjuk arah agar aku berhentikan motosikalku. Dalam fikiranku berkata habislah kali ni aku kena sama
" Assalamualaikum encik ". Aku menjawab salam anggota polis
" Boleh bagi ic ". Minta anggota polis dan aku pun buka beg duitku
" Encik nak kemana ni ". Tanya anggota polis
" Ada mayat. Saya nak korek liang ". Tiba-tiba aku berkata demikian
" Macam tu ke. Ok lah encik. Hati-hati bawa ". Kata anggota polis. Terasa begitu lega bila dia tidak meminta untuk melihat roadtax.

Bila pulang kerumah aku cerita pada isteriku. Tertawa dia bila dengar cerita aku
" Abang ni macam-macam. Macam mana boleh sebut nak korek liang. Itulah...Nah suruh ke Puspakom abang kata nanti la. Ni nasib baik polis tak minta tengok roadtax ". Aku hanya diam mendengar leteren isteriku
" Esok jom kita ke Puspakom. Nah teman abang ". Terus aku menarik muka kelat aku
" Alaa...Nanti la abang pergi ". Isteriku diam lagi. Akhirnya bulan bertambah. Aku masih seperti biasa. Ketika aku pulang dari tugas malam tiba-tiba sekali lagi aku tidak perasan ada road block depan balai polis. Aku kantoi lagi. Anggota polis arah aku ke tepi.
" Selamat pagi encik. Tolong bagi ic dan lesen ". Aku tercari-cari ic dan lesen di celah beg. Dalaman aku hanya tuhan saja yang tahu ketika itu. Dup dap dup dap. Orang salah katakan
"  Banyak kad encik ". Tegur anggota polis bila melihat aku tercari-cari ic dan lesen
" Kad hutang semua ni encik ". Kataku sambil menghulurkan ic dan lesen
" Encik baru balik kerja ka ". Tanya anggota polis
" Tak dalam kerja. Tadi kilang talipon cakap tak ada supply. Ni yang saya kelam kabut nak kesana. Kalau lewat komplen pulak ". Anggota polis menghulurkan kembali ic dan lesen
" Kalau macam tu encik selamat bertugas. Maaf ganggu. Ini kewajipan kami ". Kata anggota polis
" Biasa la encik. Kita masing-masing ada kewajipan ". Tersenyum anggota polis mendengar kata-kataku.

Bila sampai di rumah aku cerita lagi pada isteriku. Tertawa dia lagi dengan cerita aku
" Abang ni macam-macam la. Kalau la abang ni perawi hadis dah lama hadis abang di tolak sebab tak bercakap benar ". Senyum saja dia kata tapi mendalam maksudnya.
" Abang rasa kena p puspakom ni ". Kataku. Isteriku tersenyum mendengarnya
" Bila abang nak ke Puspakom ". Tanya isteriku dan jawapannya masih tidak tahu. Baru-baru ni aku mendapat 3 hari rehat
" Bestnya dapat 3 hari rehat. Esok kita nak jalan mana ". Aku tanya isteriku. Tersenyum dia lagi
" Ok esok pagi-pagi kita ke Puspakom dulu ". Dengar nama puspakom terus muka aku kelat
" Jom la abang. Nah teman abang. Dah 2 kali abang kena tahan ". Pujuk isteriku. Dengan suara yang lemah lembut. Dengan gaya yang manja, akhirnya dia berjaya memujuk aku ke Puspakom.

Jam 9 pagi kami keluar dari rumah. Dalam 15 minit perjalanan kami sampai dan terus aku mengambil borang untuk di isi. Hari ini tak banyak kenderaan yang datang. Mungkin baru lepas hujan. Aku dikenakan bayaran sebanyak RM21.20 untuk borang. Aku meletakkan motosikal ditempat yang disediakan. Datang pegawai Puspakom untuk chenck motosikal aku. Dia menghidupkan injin motosikal. Check tayar dan kemudian check lampu signak dan brek.
" Encik. Lampu signal dan lampu brek tak menyala. Encik pergi tukar dulu. Kemudian datang jumpa saya ". Aku dan isteri ke kedai motor dan menukar lampu signal dan brek. Kemudian ke Puspakom kembali. Pegawai pastikan dulu aku menukarnya dan akhirnya berkata motosikal aku lulus dalam ujian.

Setelah mendapat surat kelulusan, kami keluar dari puspakom. Jam sudah pukul 12 tengahari
" Esok la kita ke jpj ". Kataku pada isteri
" Jom la kita settle roadtax hari ni. Bagi selesai. Esok kita ronda ". Pujuk lagi isteriku. Aku mengalah lagi. Kami ke jpj dan kebetulan di jpj juga tidak ramai. Aku terpaksa membeli insuran yang baru berharga RM171. Sekejap saja aku selesai buat roadtax. Betapa leganya aku.
" Terima kasih sebab paksa abang buat semua ni ". Terseyum isteriku menerima ucapan terima kasih dariku. Kalau dia mengalah dengan sikap aku sudah tentu aku masih tidak memperbaharui roadtax aku. Itu yang dikatakan kuasa pujukan seorang isteri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...