Inilah tempat aku dan rakan-rakan melelapkan mata jikalau bertugas malam. Semalam aku bertugas. Dalam pukul 3 pagi keadaan nampak terkawal jadi baloehla aku lelapkan mataku. Andai berlaku kerosakan alarm akan berbunyi. Tak perlu la kami risau. Sekejap saja aku dah zzzz........ Kini aku berhadapan dengan satu makhluk. Nampak marah benar dia padaku.
" Ini la orang yang selalu tolong ..... tu ". Kata makhluk tersebut.
" Dah dia yang minta pertolongan, aku tolong la ". Jawabku spontan.
" Jangan ganggu aku buat kerja aku ". Katanya dan aku hanya mendiamkan diri.
" kalau tak pandai dan tak ada ilmu jangan dok tolong orang ". Perli makhluk tersebut.
" Kalau aku tak pandai, apa yang awak takutkan ". Perli aku. Rupanya ayat ini membuatkan dia marah.
Terus dia menyerang aku. Di peluknya badan aku. Kemudian di cekiknya leher aku. Aku meronta-ronta kerana tidak dapat bernafas. Akhirnya kedeboomm.....aku jatuh kebawah. Makhluk tersebut terus menyerang. Marah benar dia. Walaupun aku tidak dapat mengeluarkan suara tapi aku dapat membaca ayat Al Quran di dalam hati. Terus aku baca ayat 3 Qul dan ayat Qursi. Alhamdulillah. Hilang makhluk tersebut dan baru akau tersedar yang aku terjatuh dari tempat ini. Terus aku ambil wuduk dan solat. Selesai aku baca Yasin dan Al-Mathurat. Aku bayang muka sahabatku dan aku hembus. Aku tahu ia berkesan. Kalau tidak mana bisa dia sanggup menyerang aku. Kalau la isteriku tahu, risau dia sebab sudah beberapa kali aku begini.
" Nah risau la tengok abang. Abang tolong orang tapi abang yang kena ". Katanya padaku
" Tak apa lah Nah. Kita tolong la sekadar yang mampu. Kalau sumbangan kita hanya berdoa saja, kita lakukan. Yang lain serah pada Allah. Kita bantu selesai masalah orang insyaallah suatu hari Allah akan selesaikan masalah kita pula.". Kataku kepada isteri. Mudah-mudahan sahabatku dalam peliharaan Allah. Esok aku akan bertolak ke Kelantan. Makan angin time....
Teman-teman
Saturday, November 10, 2012
Friday, November 09, 2012
Release Tension
" Minta maaf mak. Doktor tak benarkan mak pulang sebab masih kurang sihat. Insyaallah bila emak sihat kami akan bawa mak ke Kelantan ". Sayu muka ibuku bila doktor tidak membenarkannya pulang ketika berada di dalam bilik ICU. Kami berjanji akan membawanya ke Kelantan memandangkan Kelantan adalah tempat yang paling ibuku suka. Selang beberapa hari ibuku koma dan kami bergilir-gilir menjaga ibu. Hilang segala keinginan nak ke Kelantan memandangkan keadaan ibuku yang kritikal.
Setelah berada di hospital selama 2 bulan setengah ibuku menyahut seruan ilahi. Kini kami adik beradik kembali berpakat untuk ke Kelantan mencari kedamaian. Semasa ibu kami berada di hospital telah kedengaran bermacam-macam persoalan dari mereka yang datang menziarahi ibu. Kebanyakannya kurang enak untuk di dengari. Insyaallah pada 11 Nov 2012 kami akan bertolak ke Kelantan dan keesokannya pula ke Terengganu. Terasa juga kehilangan ibu bila hendak makan angin. Selalunya ibulah merupakan orang pertama bersiap lalu dikejutnya anak cucu yang lain. Ibu begitu seronok sekali. Kini kami pergi tanpa ibu. Seperti biasanya adikku yang kini menetap di Kelantan akan menyambut kedatangan kaum keluarga. Kelantan sedang menggamit kami......

Thursday, November 08, 2012
Cepat Sungguh Dia
Selepas solat subuh aku mengajak isteri ke pasar mencari sesuatu untuk makan tengahari kami. Isteriku dalam keadaan khayal akibat kepeningan terus berkata sekejap lagi. Aku pula selepas subuh susah untuk menyambung semula tidurku. Aku ke ruang tamu melihat berita Awani sambil bermain laptop. Berita hebuh juga dengan kemenangan Obama mempertahan bangku Presiden Amerika.
![]() |
| Papadom bak kata Marya Yusof Buenisimo iaitu sedap |
Jam 8 pagi aku terus mengejutkan isteriku. Sementara menunggu isteriku bangun serta mengemas rumah aku baring sekejap. Sambil mengemas rumah sempat juga dia bertanya aku apa yang hendak dimakan untuk tengahari ni. Aku beri bermacam-macam jenis makanan kesukaanku. Sotong masak rempah, Kari kepala ikan, sambal tumis udang petai dan........zzzzzzz
![]() |
| Sayur Pat Choy |
Aku terkejut dari tidur dan terus aku bingkas bangun. Senyap sunyi saja rumah. Mana pergi isteriku. Bila aku keluar dari bilik, isteriku terus berkata...
" Surprise "......Aku melihat hidangan sudah tersedia di atas meja. aku melihat jam baru pukul 9.30 pagi.
" Mana Nah dapat semua ni ". Aku bertanya kehairanan.
" Dah abang lena Nah selongkar peti sejuk dan dapat ini. Terus Nah masak ". Katanya sambilo tersenyum.
" Cepatnya Nah masak. Kira pagi ni kita makan nasi ler ". Tertawa isteriku sambila mengiakan.
![]() |
| Sambal tumis udang + petai |
Padaku isteriku memang pantas, cepat dan cekap. Sekejap saja dia masak tapi aku makan hanya sepinggan saja. Syukur alhamdulillah. Aku mengajak isteriku keluar untuk mengambil gambar. Entah ke mana yang hendak di tuju belum tahu lagi.
Wednesday, November 07, 2012
Syukur Dan Kenyang
Jam 7.30 pagi aku dan isteri bertolak ke Hospital Pantai Mutiara. Hari ini ialah hari followup aku dengan doktor. Aku tidak suka pergi lewat. Bila tiba kami merupakan orang pertama. Setelah GL diberikan pihak hospital terus memproses dengan sekejap saja. Aku naik ke tingkat atas untuk memberi GL kepada klinik yang akan aku berjumpa. Aku diberi surat untuk mengambil darah. Tiba disana makmal belum dibuka. Jam baru pukul 8.20 pagi. Buka pada jam 8.30 pagi. Tepat jam 8.30 pagi makmal dibuka. Aku berikan maklumat darah yang perlu aku ambil.
" Saya kagum la dengan encik. Selalunya orang melayu suka datang last minit. Orang cina selalu datang awal. Encik ni keturunan cina ka ". Tanya lelaki yang akan mengambil darah. Aku tersenyum dan berkata aku adalah orang melayu.
Selesai ambil darah aku ke klinik untuk menghantar namaku. Aku terpaksa menanti selama sejam untuk mengetahui akan keputusan darahku. Aku mengajak isteriku untuk sarapan pagi. Katanya nak makan apa
" Mee kari ". Spontan jawabku.
Kami bungkus dan membawa pulang. Panas juga kalau makan di bawah bumbung kain canvas. Setelah sejam berlalu aku terus memecut motosikal ke hospital untuk berjumpa doktor. Sekejap saja namaku di panggil. Alhamdulillah tahap kesihatanku adalah baik mengikut kata doktor. Namun kata doktor jangan seronok sangat. Kawallah pemakanan. Aku terus pulang kerumah.
" Nah jom kita memancing ikan di tepi pantai "........

Tuesday, November 06, 2012
Puas Hati
Selepas solat subuh aku minta isteriku buatkan sandwich. Perut terasa amat lapar setelah malamnya aku terpaksa berlapar di tempat kerja akibat hujan turun dengan lebatnya. Sandwich memang kesukaanku. Tengahari kata isteriku dia akan buat kari ikan semilang jadi waktu pagi elok sangatlah aku makan sandwich. Makan dua keping pun dah kenyang.
Lepas makan aku dan isteri keluar ke pasar untuk mencari ulam-ulaman. Yang menarik minatku ialah pucuk gajus dan kacang kelisa. Isteriku terus mencari cili padi tapi katanya cili padi yang berwarna hijau kurang pedas. Aku terus sarankan agar dia mengambil cili padi yang berwarna merah. Confirm pedas dan diakui sendiri oleh peniaga.
Akhirnya tuala tidak lekang dari leherku. Peluh sentiasa keluar bila aku cicah ulam bersama sambal belacan. Memang puas hati dan sedap dengan makanan yang di masak isteriku. Alhamdulillah....
Lepas makan aku dan isteri keluar ke pasar untuk mencari ulam-ulaman. Yang menarik minatku ialah pucuk gajus dan kacang kelisa. Isteriku terus mencari cili padi tapi katanya cili padi yang berwarna hijau kurang pedas. Aku terus sarankan agar dia mengambil cili padi yang berwarna merah. Confirm pedas dan diakui sendiri oleh peniaga.
Jam 12 tengahari makanan telah masak dan dihidangkan. Tak tertahan aku melihat juadah istimewa. Padaku kari ikan semilang, tembikai dan ulam sudah memadai. Aku mengambil pucuk gajus dan cicah bersama sambal belacan. Fuhh....pedasnya tapi makin sedap. Aku masuk kedalam bilik lalu mengambil kain tuala untuk mengelap peluh.
Monday, November 05, 2012
Allah Mendidik Jiwaku Rupanya
Isteriku telah membekalkan aku dengan 2 biji kuih pau. Aku berkata yang kuih pau itu akan aku makan tengahari. Pagi ini aku bercadang membeli nasi kandar istimewa. Itu pendapatku saja tentang nasi kandar. Isteriku pula berkata yang nasi kandar tersebut kurang sedap. Itulah yang dinamakan Rahmat dalam berbeza pendapat. Tak perlu nak bertegang leher untuk membetulkan pendapat masing-masing.
Aku keluar dan terus menuju ke gerai menjual nasi kandar. Sudah ada yang beratur. Tiba giliranku aku memilih lauk ikan, kacang bendi serta telur masin. Tak sabar rasanya untuk tiba ditempat kerjaku. Aku mencium nasi tersebut. Hurmm....memang wangi baunya. Aku tiba di tempat kerja setelah 40 minit berada diatas jalanraya. Datang ibu kucing yang baru kematian anaknya akibat dimakan olih biawak. Ngiau ngiau bunyi ibu kucing sambil menggesel kaki aku.
" Pagi ni sorry tak ada makan. Tengahari nanti ". Aku berkata kepada ibu kucing. Ibu kucing memandang sayu muka aku.
" Tenaghari nanti mai. pagi ni tak ada ". Terus aku masuk kedalam. Terdengar ibu kucing terus mengiau. Selalunya tiba waktu tengahri aku akan membeli sebanyak 2 bungkis nasi. Satu untukku dan satu lagi untuk ibu kucing.
Entah kenapa pagi ini tiba-tiba dia muncul. Terus aku ke bilik pantry. Begitu wangi sekali bau nasi. Aku masukkan air teh halia kedalam cawan. Fullamak....sedapnya teh halia. Aku membuka nasi kandar pula. Selalunya aku letakkan terus kedalam pinggan. kali ini aku nak masukkan hanya nasi kedalam pinggan. Aku menolak perlahan-lahan nasi masuk kedalam pinggan tanpa aku sedari pinggan bergerak sedikit-demi sedikit. Akhirnya pinggan jatuh kebawah bersama dengan nasi.
" Subhanallah........" Aku bertempik.Tiba-tiba terus aku teringat pada ibu kucing.
" Ya Allah...apa yang telah aku lakukan ini. Allah nak didik jiwaku rupanya ". Aku berkata pada diriku sendiri. Aku sudah lupa akan hak-hak yang lain. Terus aku mengambil nasi yang bertarabur dan aku masukkan kembali kedalam pinggan dan membawanya keluar. Datang ibu kucing menyerbu kearahku sambil mengiau-ngiau.
" Minta maaf. Sebenarnya nasi ni memang untuk kamu. Ya Allah maafkan aku ". Aku merungut seorang diri. Begitu bersemangat sekali aku melihat ibu kucing makan. Sekali sekala dia memnadang aku. Mungkin ucapan terima kasih padaku atau padan muka dengan kamu. Selepas kenyang ibu kucing datang lalu menyondol aku dan terus baring.
Aku terasa begitu lapar lalu aku membuka locker. Alhamdulillah masih ada sebungkus maggi tomyam. Aku mengambilnya lalu aku panaskan dan akhirnya maggi dan kuih pau menjadi makanan pagiku. Tengahari tiada makanan yang aku jamah. Entah pula aku tiada terasa lapar. Ya Allah terima kasih kerana telah mendidik jiwaku. Akhirnya kalau aku tugas pagi sudah tentu aku membeli kuih lebih. Manalah tahu kalau ibu kucing berada di tempat kerjaku.

Thursday, November 01, 2012
Aku Cukup Berpuas Hati
Aku mendapat OFF 2 hari. Terfikir juga di hati yang selalunya bila aku bekerja pagi gambar yang di rakam matahari sudahpun naik tinggi. Kali ini aku nak rakam ketika matahari sedang naik. Jam 6.15 pagi aku bergegas dengan motosikalku menuju bawah jambatan untuk merakam gambar. 6.30 pagi aku tiba dan aku dapati sudah ada beberapa orang yang sedang menanti matahari naik. Ketika meliahat cahaya kemerahan dilangit aku dan yang lainnya terus bersedia dan akhirnya...Masyaallah indah sungguh ciptaan Allah. Walaupun gambarnya tidaklah hebat. Namun aku berpuas hati sebab inilah hasil gambar yang aku ambil sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)