Teman-teman

Friday, September 08, 2017

Bila Hijab Terbuka

Isteriku begitu sibuk siapkan bekalan untuk aku bertugas. Risau juga dia bila aku beritahu yang aku harus bertugas selama 16jam di stesen yang bermasalah. Setelah kami bersalaman sudah menjadi rutin isteriku Siti Aishah akan berdoa
" Ya Allah...Kau peliharalah suamiku sewaktu menjalankan tugas ". Aku ucap terima kasih padanya. Doa yang membuatkan aku merasa begitu tenang sekali.
Aku harus berkampung dari jam 8 pagi hingga 12 malam setelah kontraktor Hyundai menyerah segalanya kepada pihak kami. Stesen yang begitu besar dan mempunyai 3 tingkat. Sebelahnya pulak terdapat pokok kayu bakau. Memang cantik bila berada di waktu siang. Angin laut memukul badan terasa begitu nyaman sekali. Aku berada di tingkat atas dapat melihat dari jauh jambatan Pulau Pinang tersergam indah.
Bila datang waktu petang, aku yang bertugas keseorangan terhibur bila melihat begitu banyak monyet di atas pokok bakau memakan pucuk daun bakau. Sebab itu aku suka bawa kamera dslr. Boleh aku merakam dengan dekat wajah2 monyet yang sedang makan daun. Itulah yang aku buat untuk menghilang rasa boringku bila bertugas keseorangan. Bila aku keluar beli nasi, aku tidak pernah lupa beli sebungkus untuk dua ekor anak anjing yang sedang membesar. Bila mereka melihat aku datang, mereka akan berlari kearahku. Mereka tahu pasti aku sudah bawa makanan untuk mereka.
Jam sudah pukul 7 petang. Aku terpaksa naik sebanyak 110 anak tangga untuk ke tingkat atas. Lift masih belum di sediakan lagi. Berpeluh juga aku ketika itu. Aku bersiap sedia untuk solat maghrib. Kelibat ibu dengan anaknya sudah tiada lagi kedengaran dan kelihatan. Bila masuk saja waktu maghrib aku akan azan dengan kuatnya. Biarlah ia didengari hingga kebawah. Memang itu niatku. Selesai solat aku akan bacakan Al Mathurat sebelum makan malam. Pukul 8 malam aku mula membuka bekalan yang di buat isteriku. Nasi goreng jowok kesukaanku. Sambil makan aku melihat berita di tv3 suku. Itu saja yang rancangan yang kami dapat bila menggunakan airial dalaman.
Jam sudah pukul 9.30 malam. Aku mendengar anjing menyalak dengan kuat di luar. Aku buka tingkap inginkan kepastian. Aku melihat anak anjing sedang menyalak sesuatu. Sekejap berlari dan sekejap patah balik. Aku rasa tidak sedap hati. Takut ada orang yang masuk untuk mencuri barangan seperti tembaga. Aku terus turun kebawah. Jam sudah pukul 10 malam. Bila aku keluar dari jauh aku dapat melihat kelibat seperti manusia sedang berdiri di atas pagar. Dia berpakaian seperti seorang pendekar. Hitam bajunya sebab aku dapat melihat dengan jelas dengan adanya lampu sportlight yang terang.
Aku melihat lembaga ala pendekar sedang memeluk tubuhnya sambil memandang aku. Aku terus berdiri kaku. Tiba2 dia membuka bunga silatnya. Sungguh cantik pergerakkan dan tariannya hinggakan aku tidak sedar aku turut mengikut gerak tariannya. Tiba2 dengan laju dia berlari terus kearahku. Bila aku buka mata, aku terkejut begitu ramai orang dengan wajah yang pelik2. Ada bertanduk, telinga capang, perut besar dan ada yang berjubah memenuhi rumahku.
" Siti....Awat ramai sangat di rumah kita. Muka pelik2. Depa pasai apa. Pasai apa abang ada di rumah. Yang abang tau abang kerja ". Kataku kepada isteriku.
" Abang jangan buat Siti takut. Mana ada orang di sini. Kita berdua saja dengan anak2 ". Kata isteriku. Ketika itu kedua2 anakku berusia 8 dan 10 tahun. Kini mereka sudah besar.
" Macam mana abang ada di rumah ". Aku tanya isteriku
" Semalam dalam pukul 10 lebih abang balik. Siti hairan jugak sebab abang kata abang balik pukul 12 malam tapi balik awai. Mata abang merah. Abang suruh Siti baca. Siti tak tau nak baca apa. Siti tanya abang nak baca apa. Abang suruh Siti ikut abang baca ". Cerita isteriku
" Abang suruh baca apa ". Tanya aku
" Abang baca ayat quran Afa hasibtum annama qalaqnakum......". Ayat tu memang kita dok baca pun selalu dalam Al Mathurat ". Kata isteriku. Aku terdiam dan melihat di atas almari
" Abang tengok apa atas almari ". Isteri dah risau
" Tu makhluk. Hidung panjang, telinga tajam ". Kataku
" Abang...Siti takut. Abang kena apa ni ". Tanya isteriku. Aku dah seperti orang hilang akal. Takut bila dapat melihat macam2 yang pelik di dalam dan luar rumah. Isteriku memegang tangan aku
" Abang pejam mata. Istighfar...". Aku buat seperti yang isteri aku minta. Bila aku buka keadaan tetap seperti tadi
" Siti....Abang takut Siti. depa dok tengok abang ". Kataku
" Ya Allah bang ". Kata isteriku. Terus isteriku buatkan aku air milo. Aku minum sambil lihat ke bawah. Tidak berani aku melihat ke depan.
" Siti...Lepas tu apa jadi dekat abang ". Aku tanya isteriku
" Siti dah tak tau nak buat apa semalam bila abang suruh baca ayart quran, Siti terus talipon dekat abang .......Abang .... kata kalau baca ayat quran takpa. Hembus di kepala. Itu yang Siti buat. Lepas tu abang tidur. Bila abang bangun terus jadi macam ni ". Aku terdiam mendengar cerita isteriku. Bayangkan bila aku nak berjalan aku terpaksa mengelak. Takut bertembung. Ada yang sedar aku nampak mereka. Mereka akan berhenti dan tenung aku. Akhirnya aku teringat ketika bersama Dato Harun Din. Dia kata di sekeliling kita beribu2 makhluk. Kalau kita nampak mereka, kita nak jalan pun susah. Kita buat2 tak nampak. Kita langgar jer mereka. Kalau kita mengelak mereka tahu kita nampak mereka, susah kita nanti. Itu kata2 Dato Harun Din sewaktu membawa dia menjamu selera. Katanya jangan makan di restoran tersebut. Dia guna pelaris. Sebab tu banyak syaitan.
Aku buat seperti apa yang Dato katakan. Bila aku berjalan aku langgar terus apa yang aku lihat dan bila aku melihat di restoran tersebut hari ini memang betul. Banyak syaitan di situ melompat2 memanggil manusia datang dan aku tak pernah masuk. Kalau aku sebut nama restoran tersebut silap haribulan aku kena saman. Kini aku sudah mangli dengan perkara ini. Sudah 18 tahun perkara ini berlalu tapi memorinya masih seperti baru berlaku. Aku masih ingat ketika isteriku sakit. Bila waktu maghrib aku terkejut bila melihat beruk berada di atas tengkuk isteriku. Dia mengadu sakit tengkuk yang amat sangat. Beruk dengan mata merah sedang mencengkam kukunya kedalam tengkuk isteriku. Aku baca 3 qul dan ayat kursi lalu aku hembus kearah beruk tersebut. Melambung beruk tu jatuh tapi secara mata kasar isteriku yang melambung jatuh.
Bila aku masuk kedalam kebun pisang ibu mertuaku, aku dapat melihat 2 atau 3 ekor pocong sedang melompat2. Aku ambil daun pisang dan biarkan apa yang aku nampak. Kadang2 aku melihat seorang wanita berambut panjang di dalam rumpun pokok buluh. Ketika berada di kedai makan aku juga dapat melihat makhluk muntah dalam makanan, kencing dalam makanan, makan dan minum dulu sebelum orang yang order tu makan. Ini semua sebab mereka tidak membaca Bismillah. Berbual dan bergelak ketawa dengan rakan2, kemudia terus makan tanpa membaca ayat keramat. Itu berlaku sebab kita tidak biasakan diri. Akhirnya kita makan sisa makan yang telah di makan lalu di luahkan kembali kedalam pinggan. Memang nampak macam tidak terusik. Jijik aku tengok. Cukup setakat ni dulu aku cerita. Lain kali aku sambung cerita lain pulak. Jadi inilah puncanya yang membuatkan aku boleh nampak benda2 pelik. Ketika aku menaip pun ada wanita depan cermin sedang main rambutnya yang panjang. Sekejap dia memandang aku tapi dia dengan dunia dia dan kita dengan dunia kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...