Alhamdulillah semalam aku berkesempatan menemani isteri berniaga di pasar malam. Ramai juga yang membeli nasi tomato. Syukur rezeki. Kata mereka nasi tomato isteriku sangat sedap. Bagi aku sendiri yang merasainya memang sedap juga. Namun sedapnya sama seperti arwah Siti Aishah buat. Aku tak boleh komen. Hanya mereka yang makan saja yang tahu.
Entah kenapa aku tertarik apabila melihat seorang budak sedang membeli nugget goreng. Disebelahnya juga lembaga budak sedang menjelir lidah kearah budak itu. Yang menghairankan aku budak itu turut menjelir lidah kearah budak lembaga itu. Aku tertawa kuat melihat telatah mereka. Isteri aku terkejut bila melihat aku tertawa melihat budak itu. Dia agak kehairanan apa yang aku lihat. Aku menceritakan apa yang aku lihat kepadanya. Tertawa juga bila dia mendengarnya.
Ketika mereka berjalan pergi, budak itu asyik memerhati kebelakang sambil budak lembaga menjelirkan lidahnya kearah budak tadi. Rupanya budak itu pun dapat melihat alam lain juga. Ketika aku hendak mengerjakan solat maghrib dirumah adik iparku aku terkejut apabila melihat lembaga berada diluar pintu rumah. Bila kami masuk kerumah aku melihat adik iparku sedang mengurut kaki anaknya yang membengkak secara tiba-tiba selepas pulang dari pasar malam. Aku pasti dia tersangkut sesuatu. Kalau tidak manakan benda itu berada diluar. Aku buat seperti biasa saja seoalah-olahnya aku tidak melihat. Senang kerja.
Selepas solat maghrib aku meminta minyak lalu aku urut tapak kaki sambil membaca ayat-ayat al-quran. Bukan pandai sangat tapi apa lagi kalau bukan ayat Allah yang kita gunakan. Alhamdulillah surutnya menghilang. Mereka tak sangka aku boleh mengurut. Aku baru berada dalam keluarga mereka selama sebulan dan aku tak cerita apa-apa. Aku berkata mungkin nak menjadi. Bila aku keluar makhluk itu sudah tidak ada lagi.
Bila aku pulang kerumah aku menerima panggilan talipon dari seseorang yang tidak aku kenali. Katanya abangku memberi nomborku untuk membantunya. Dia menceritakan bahawa isterinya sering diganggu oleh lembaga sehingga pernah isterinya mengalami keguguran. Aku dapat merasai bahawa itu adalah saka. Dia pun mengaku begitu sebab ada seorang ustaz pun berkata demikian. Aku terus memberi nombor talipon seorang ustaz yang insyaallah dapat membantu. Bagi aku bab ini memerlukan orang yang betul-betul pakar. Aku bukan pandai sangat
Kenapa pula malam itu merupakan malam yang betul-betul ingin mencabar aku. Isteriku melihat muka aku dalam keadaan marah. Dadaku bergerak kencang ketika berada didalam rumah. Aku tak pernah merasai begini. Selama sebulan tak pernah isteriku begitu marah bila melihat aku. Tapi dia tak berani nak bercakap. Kalau dia bercakap dia akan menundukkan kepalanya. Aku tahu ada yang tidak kena dengannya. Aku biarkan dulu. Bila aku tanya dia cuma angguk kepala sahaja. Bukan ini sikap isteriku selama ini. Tentu ada yang menumpangnya. Mungkin selepas aku mengurut kaki anak saudaranya.
Aku biarkan saja. Tak berani pula dia menatap wajah aku bila aku panggilnya kedepan bersamaku. Aku meminta nasi kerabu yang dia beli. Dia hanya membawa pinggan dan nasi lalu terus naik keatas tanpa memperdulikan aku dalam keadaan marah. Aku tahu ini memang sah. Aku kedapur lalu mengambil garam kasar lalu aku bacakan ayat suci al-quran. Aku sebarkan disekeliling dapur dan ruang tamu. Terdengar seperti benda jatuh diluar dan ayam bertempiaran lari.
Aku senagaja test tengok. Aku naik keatas lalu masuk kebilik. Sebentar saja isteriku datang. Terkejut dia dan bertanya bila aku pulang. Dia tak dengar apa-apa. Aku ceritakan kepada apa yang terjadi. Katanya patutlah dia merasa sakit tengkok sangat-sangat selepas pulang dari solat maghrib di rumah adiknya. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar memelihara keluarga kami sebab aku bukanlah pandai sangat dalam perkara ini. Aku perlu belajar dan belajar. Semoga aku dapat membantu mereka yang memerlukannya. Aku tidak mahu mereka menjadi seperti nasib yang aku terima sebelum ini.
Teman-teman
Sunday, July 26, 2009
Saturday, July 25, 2009
Alhamdulillah Selesai Sudah Berkursus
Alhamdulillah hari ini selesai sudah kursus dan peperiksaan dan petang ini aku akan kembali ke Penang. Sebelum kembali aku sempat juga guna laptop kawan dengan broadband celcom yang kurang laju aku gagahi juga menulis. Sepanjang kursus di sini aku seperti hilang semangat sebab banyak berita yang aku terima dari Penang yang tidak menyenangkan. Sekejap kawanku si Khor bertanya, " Ariff perempuan itu ada ka dekat pokok buluh ". Walaupun ada namun aku menjawab tiada. Aku seperti tidak mengindahkan lagi apa yang aku lihat dan melintasi didepanku. Bagiku semua itu aku sudah mangli.
Yang membuat hati aku tidak tenteram ialah berita dari seorang rakanku yang menceritakan mengenai sebuah keluarga yang hancur berkecai. Aku tidak mahu menceritakan sebab musabab hancurnya keluarga ini sebab aku takut aku juga akan menjadi seperti mereka. Yang membuat aku menangis keseorangan ialah disebabkan keluarga inilah Siti Aishah meninggal. Hasil dari hasad dengki mainan iblis akhirnya kami terpisah selama-lamanya. Selama ini aku cuba menghilangkan memori silam walaupun amat payah namun selepas berita ini memori ini seperti memainkan kembali saat-saat Siti Aishah menderita kesakitan yang amat sangat.
Walaupun aku dan Siti Aishah tahu akan permainan mereka namun arwah isteriku tidak membenarkan aku membalasnya. Kata isteriku sambil menangis, " Abang walaupun Siti mati janganlah abang membalas balik kejahatan mereka. Kita akan tuntut di akhirat kelak. Janganlah abang ceritakan kepada sesiapa ". Aku tak dapat melupai akan kata-kata ini. Aku simpan akan rahsia ini. Namun kini aku tahu dalam masa 6 bulan sahaja Allah telah membayar tunai didunia. Bertanya anak gadisku, " Ayah!!! kalau depa datang minta maaf adakah ayah akan maafkan depa ". Aku terus menjawab dalam keadaan sebak, " Tidak kakak, Ayah tak akan maafkan perbuatan mereka. Kita akan tuntut di akhirat kelak ".
Seharian aku bermurung didalam bilik di asrama. Aku tak mood untuk bergurau dengan rakan-rakan. Aku hanya mengenangkan kembali saat bahagia kami 4 beranak ketika berada dirumah. Aku tertanya-tanya adakah kami tidak layak untuk bahagia. Adakah kami tidak layak untuk merancang masa depan. Adakah mereka merasa puas setelah kami berpisah. Kini aku amat merindui gurau senda sebuah keluarga. Namun aku harus akur dengan qada dan qadar. Aku seperti baru memulakan penghidupan baru. Aku dengan dunia baruku dan meninggalkan duniaku yang indah sebelum ini.
Kubur Siti Aishahlah tempat aku melepaskan rinduku. Disitulah aku melepaskan segala isi hatiku seolah-olahnya Siti Aishah mendengar. Namun sesudah aku melangkah keluar dari perkuburan aku mesti bertukar watak. Watak yang akan membuatkan ibuku tidak risau akan diriku. Ibuku kerap bertanya, " Budiman apa habaq sekarang ni. Sihat ka. Keluarga baru sihat ka ". Aku mampu menjawab, " Alhamdulillah mak. Budiman sihat dan kami sekeluarga baik-baik saja ". Namun hakikat sebenarnya aku masih merindui akan Siti Aishah.
Pernah aku berdoa 2 hari selepas kematian Siti Aishah mengapa Allah tidak mengambil kami berdua. Mengapa Siti Aishah yang harus pergi. Aku tahu Allah marah akan doa ini. Aku perlu bersyukur sebab andaikata kedua-dua kami pergi maka kedua-dua anak kami akan menderita dan menjadi yatim piatu. Allah sebaik-baik perancang. " Ampunkan dosaku ya Allah andaikata tidak mensyukuri akan pemberianmu. Kau berikanlah kebahgiaan kepada keluarga kami dan kau kekalkanlah kami sehingga keakhir hayat. jangalah kau tarik kembali setelah engkau berikan nikmat kepada kami. Amin Ya Rabbal Alamin "

Monday, July 20, 2009
Kursus Lagi
Esok 21 Julai, aku akan ke Bangi lagi selama 4 hari untuk kursusku yang kedua. Aku dah booking bilik yang sama. Kata penjaga kalau ada en dapatlah bilik tu. Katanya lagi, " Apa yang encik minat sangat dengan bilik tu. Ramai yang menolaknya ". Aku jawab entah saja.
Aku beritahu kepada rakanku Khor. Katanya, " Lu pandai la mau tengok perempuan cantik lagi ".
Aku tertawa sebab memang itu niatku. Aku ceritakan peristiwa lalu kepada isteriku. Dia relax saja mendengar. Katanya dia tak takut. Kini katanya, " Hati-hati bang. Secantik macam mana pun Ingat sama orang Penang ni ". Gelihati aku mendengar. Bukanlah niat hati ini nak goda atau tergoda. Tapi kalau dah bilik bersebelahan tu, nak la tengok juga. Ok la jumpa lagi insyaallah.

Sunday, July 19, 2009
Aku Bermimpi Rupanya
Badan aku amat keletihan setelah pulang bertugas di Parit Buntar. Selepas solat isyak aku dah tidur. Rasa mata ini tak dapat dibuka lagi. Aku bermimpi didatangi beberapa orang sahabat lalu memperkenalkan seorang wanita yang mirip Siti Aishah. Memang wajah, pakaian, tudung senyum dan kesemuanya saling tak tumpah seperti Siti Aishah. Aku begitu terkejut dan air mata membasahi pipiku. Terasa amat rindu sekali aku untuk memeluknya. Namun aku tahu yang berdiri didepan aku bukan Siti Aishah tetapi wanita lain yang menyerupainya. Mereka bertanya kepada aku samada aku ingin menjadikan wanita itu sebagai isteri nombor 2.
Aku terdiam memikirkannya. Isteriku Rosnah turut terdiam menanti keputusanku. Sahabatku memberi tempuh selama 2 hari untuk aku memikirnya. Cukup 2 hari mereka datang lagi bersama wanita ini. Melihat wajah wanita ini membuatkan hati aku begitu teruja sekali untuk memperisterikannya. Sayang untuk aku melepaskannya. Namun aku melihat wajah isteri baruku begitu sayu dan tenang menenti akan keputusanku. Akhirnya aku membuat pilihan hanya Rosnah sahaja yang aku mahu. Ternyata penolakkanku membuat wanita itu sayu. Begitu juga aku.
Aku menangis teresak- esak melihat pemergian wanita itu. Akhirnya aku dikejutkan isteriku Rosnah setelah melihat aku tidur sambil teresak - esak. Aku berastaghfar panjang lalu aku menceritakan segalanya kepada isteriku. Tertawa dia sambil berkata, " Abang ni masih dok ingat dekat Aishah lagi ni ". Aku bertanya kepadanya samada dia marah setelah mendengar ceritaku. katanya tidak sebab dia tahu bahawa Siti Aishah telah pun pergi. Kalau aku mimpikan wanita yang belum berkahwin dia akan marah juga.
Aku termenung seketika memikirkan mimpiku. Itu menandakan bahawa aku terlalu merindui akan Siti Aishah walaupun hampir 7 bulan dia meninggalkan aku. Kata isteriku, " Bang bukan senang nak hilangkan memori silam no ". Aku terus membisu seribu bahasa akan kata-kata ini. Semoga Isteriku sabar dengan tingkahku dan juga berdoa agar Allah memberi akan aku kekuatan untuk mengharungi bahtera yang berada bersamaku. Aku harus pandai memainkan emosiku. Akibat terlalu merinduinya yang menyebabkan hadirnya mimpi sebegini atau sebaliknya. Entah aku pun tak tahu..........

Friday, July 17, 2009
Antara Michael Jackson & Marwa Al-Sharbini
Baru-baru ini dunia tergamam dengan pemergian raja pop iaitu Michael Jackson. Masyarakat di Malaysia turut terkena tempiasnya. TV diserata dunia turut menayang rancangan ekskusif penghormatan terakhir terhadap raja pop ini. Di stesen TV kita ada ditemuramah pandangan masyarakat tentang MJ. Semua mengatakan bahawa dunia telah kehilangan seorang raja pop yang sukar dicari ganti. Aku terasa sedih tapi bukan kerana pemergian raja pop ini. Dalam waktu yang sama berlangsung pemakaman seorang muslimah yang Allah telah kurniakan syahidah kerana mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini merupakan seorang ibu kepada seorang anak lelaki dan sedang mengandung tiga bulan. Beliau telah ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman berketurunan Rusia yang anti islam. Tapi berita ini tidak disensasikan. Negara yang majoritinya umat islam masih tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.Ribuan rakyat Mesir telah menghantar jenazah Marwa untuk dikebumikan. Marwa merupakan seorang ibu dan bukan superstar. Pemergian Marwa merupakan lambang jihad yang mempertahankan dirinya sebagai seorang muslimah dan diakhiri dengan kematiannya. Marwa telah ditikam oleh seorang pemuda Jerman yang kerap kali memanggilnya teroris kerana memakai jilbab. Suami Marwa berusaha melindunginya tetapi terkena tembakan yang dikatakan tidak disengajai.
Bayangkan jikalau wanita ini seorang warga Jerman tentu dah hebuh satu dunia. Tetapi memandangkan Marwa seorang islam maka dunia membisu dan mengalih tumpuan kepada acara penghormatan terakhir raja pop. Berapa kerat sangat rakyat di Malaysia ini yang tahu akan trajedi ini. Tidak ada protes dunia islam terhadap Marwa yang mempertahankan kehormatannya. Jangan risau Marwa, pengorbananmu tidak sia-sia. Engkau akan mendapat tempat yang paling mulia disisi Allah. Semoga jihadmu akan dikenang oleh seluruh dunia suatu hari nanti.
Thursday, July 16, 2009
Aku Tergoda Lagi
Salam semua. Aku kerja malam dan pagi-pagi lagi jam 7 aku ke warung untuk membeli kuih. Sebelah warung tu ada kedai kopi yang sudah menjual nasi. Laku sungguh kedainya maklumlah pelaut baru pulang dari menangkap ikan. Maka berkerumunlah mereka dengan juadah nasi yang panas. Aku tidak peduli langsung akan gelagat mereka. Entah macam mana tauke kedai itu nampak aku. Apa lagi, " Bang pagi ni ada ikan semilang fresh bang. Tak mau ka ". Bagai ada magnet yang menarik aku kesana. Semangat hendak membeli kuih terus hilang. Sampai saja disana, mak datuk besarnya kepala ikan semilang. Aku terus minta untuk dibungkuskan nasi. Aku menjadi lupa diri lagi dengan ikan semilang. Aku talipon isteri saja nak bagitau. " Nah abang beli nasi kepala ikan semilang ". Ketawa dia sambil berkata, " Abang ni, tak boleh dengar atau nampak kepala semilang semua boleh lupa ". Aku turut ketawa.Teringat juga semasa aku talipon arwah Siti Aishah, " Siti abang beli kepala ikan semilang ". Arwah isteri berkata, " Abang,abang tak boleh jauh dengan kepala semilang. Bila tengok ikan semilang bini pun boleh lupa ". Aku dapat merasakan persamaan mereka berdua sebab kedua-dua mereka tidak makan ikan semilang. Masak boleh. Aneh bukan....
Wednesday, July 15, 2009
Ayah!!! Tolong Sat Kakak
Aku bersama isteri kepantai untuk mencari siput. Inilah kegemaranku masa lapang selain menjala dan memancing. Kalau aku terlalu banyak berfikir kerana masalah dunia akan aku memilih salah satu daripadanya. Memandangkan aku kini tinggal tak jauh dari pantai lalu aku mengajak isteriku menemaniku untuk mencari siput. " Kalau ada rezeki sedaplah kita makan siput. Kalau tak ada kita cuma dapat angin pantai ". Kataku kepada isteri. Ternyata dia pun begitu gemar mencari siput. Selepas menunaikan solat asar kami berdua kepantai. Memang tak ada rezeki petang itu sebab air laut pasang. Selalunya ketika air surut baru senang mencari siput.
Kami berduan dipantai. Tak ada pula orang datang mencari siput hari ini. Mungkin mereka dah tahu air surut jam berapa sedangkan aku main redah saja..Kadang-kadang bahaya juga berduaan dipantai. Silap hari bulan kena cekup dengan pegawai agama dan dituduh berkhalwat. Banyak juga yang tertangkap di sini. Walaupun aku tak takut sebab dan kahwin namun kalau tertangkap juga maka prosedur untuk membetulkannya akan mengambil masa. Dalam kami bersiap hendak pulang talipon berbunyi. Anakku Siti Zinnirah yang talipon. " Assalamualaikum ayah. Sihat ka ". Aku membalas jawapan anakku lalu menceritakan bahawa kami berada dipantai.
" Ayah tadi polis datang rumah kami sebab jiran sebelah membuat aduan kata kami bising ". Aku menasihat anakku supaya menjaga hati jiran sebelah sebab merekalah yang dekat jikalau berlaku sesuatu perkara. " Tapi kami tak la bising sangat. Kami pergi jumpa pakcik sebelah tapi dia tak mau keluar. Kami nak bersemuka dengannya kenapa dia buat aduan. Lebih baik tegur dulu kami secara baik ". Benar juga kata anakku. Sepatutnya jiran sebelah, berilah nasihat dahulu. " Kami tanya jiran sebelah kami lagi satu, dia kata kami tak pernah bising pun. Jiran tu kata pakcik tu memang suka bergaduh sebab tu tak ada siapa yang mahu bercakap dengan mereka ".
" Kami tak puas hati lalu kami pergi berjumpa sekali lagi dengan pakcik sebelah. Katanya kami jangan dok cabar dia. Kata pakcik tu disebabkan kami, isteri dia keguguran ". Menangis anakku menceritakan perkara yang terjadi. Aku nasihat anakku agar sabar. Tak apa kalau polis menjalankan tugasnya. Sebab ada aduan lalu dia terpaksa datang melihat. Agak lama juga aku bercakap dengan anakku. Kalau talipon aku guna kredit tentu dah habis. Kesian juga aku dengan anakku dan rakan-rakan sewa. Dahlah time periksa. Jadi hal begini pula. Tentu ada yang akan terkesan seperti anak aku.
Selepas maghrib aku menerima panggilan sekali lagi dari anakku. Jantung aku bergerak kencang. Ya Allah apa pula yang berlaku ni. Bisik hati kecilku. " Ayah..tolong sat kakak ". Menangis dia. " Jiran sebelah upah pemuda lalu baling mercun depan pintu rumah kami. Terkejut kami yang dok belajar. Ada yang dah takut ayah. Lepas tu depa letak ular yang dipukul penuh darah dan letak depan pintu kami. Kami takut ayah. Tolong sat ayah ". Aku berkata kepada isteriku bahawa ini dah kes berat. Aku terpaksa buat sesuatu. " Ayah nak pergi kerja ni. Macam ni, kakak ambil air sembahyang selepas tu cari garam. Bila siap talipon ayah ".
Sebentar kemudian dia talipon aku. " Ok kakak, kakak baca ayat Al-Mathurat. Kemudian baca ayat kursi sebanyak 3 kali. Akhir sekali bacalah ayat 9 dari surah Yasin. Genggam garam dan hembus. Niatkan didalam hati supaya Allah kaburkan penglihatan mereka jikalau ada yang berniat jahat. Kakak berdoa agar Allah hindarkan segala kejahatan. Tebarkan garam diluar. Insyaallah ". Aku terpaksa guide dari jauh. "Ayah macam mana kalau kakak niat supaya butakan mata mereka. Terkejut juga aku. " Jangan terlalu emosi bila berhadapan dengan sesuatu perkara. Kakak kawal perasaan insyaallah yang lain Allah akan bantu. Ayah akan cuba ikhtiar dari jauh ". Ini yang paling aku takut kalau darah muda menguasai mereka. Mereka cepat hilang pertimbangan. Aku turut melakukan perkara yang sama dirumah sebelum ketempat kerja.
Esoknya selepas mereka pulang dari kolej aku menghubungi anakku menanyakan jikalau ada perkara-perkara yang berlaku. Kata anakku semua ok. Malamnya tak ada gangguan langsung dan mereka dapat belajar dengan tenang. Kata anakku, " Ayah la ni di kolej dok hebuh kakak jadi Tok Bomoh ". Tertawa dia menceritakan apa yang terjadi dikolej. Hebuh cerita anakku memulih keadaan rumah mereka. " Jangan terlalu gembira kakak. Jangan merasa ego dengan ini. Kakak akan berhadapan dengan perkara yang lebih dasyat lagi selepas ini. Kalau terlihat apa-apa jangan cepat terkejut dan melatah. Baca apa yang ayah berikan ".
Aku doakan agar anakku Siti Zinnirah akan bersedia menghadapi keadaan yang seterusnya. Aku begitu yakin pasti dia akan mengalaminya. Semalam anakku Hermawan pula menaliponku. " Ayah adik rasa ada sesuatu yang tak kena dengan pokok sebelah asrama adik. Pokok tu betoi-betoi depan tingkap adik ". Memang belakang asrama mereka adalah hutan belantara dan sudah pastinya tempatnya baru saja dibongkar untuk membina asrama. Pasti asrama anakku akan terkesan dari perkara ini. Aku juga memberi ayat yang sama yang aku berikan kepada kakaknya. Semoga mereka dapat menjaga diri mereka masing-masing.

Monday, July 13, 2009
Persembahan Nasyid
Alhamdulillah akhirnya mereka berjaya melakukan persembahan dan mendapat pujian dari YB. Ketika nak pulang anak-anak bertanya, " Pakcik dapat duit ka ". " Dapat insyaallah nanti pakcik Budi tukar dan bagi ". Gembira anak-anak bila mendapat duit. Inilah pertama kalinya mereka mendapat wang bila membuat persembahan. Aku terasa enjoy sekali sebab aku merasakan bahawa aku turut juga berada diatas pentas. Aku berdiri didepan mereka sebagai kemudi. Kalau aku tak mengangkat tangan maka mereka akan diam. Terima kasih kepada isteriku yang sudi mengikut dan membetulkan tudung anak-anak.
Subscribe to:
Posts (Atom)