
Setelah selesai aku membuka pintu belakang untuk menjemur tuala. Tiba-tiba meluru masuk seekor ular kedalam tempat kerjaku. Aku betul-betul terkejut beruk. Apalagi apa yang ada ditanganku semuanya aku baling keluar. Aku berlari akibat terkejut. Terus aku menutup pintu lain yang terbuka. Kalau masuk kedalam panel habislah bekalan. Ular itu memanggung kepalanya. Kini baru aku tercari-cari mana dia seluar dan bajuku. Akhirnya aku keluar melalui pintu lain untuk membuka kembali pintu yang tertutup. Ular itu masih belum mahu keluar. Akhirnya aku mengambil penyapu dan memberanikan diri menyapu ular itu. Mendengus bunyi ular. Mungkia marah aku guna penyapu.
Entah kenapa aku kalau dengan ular ni aku senditif juga. Kalau benda lain aku masih boleh mengawal perasaan. Kalau ular habis apa yang ada ditangan aku baling. Setelah ular itu masuk kembali kesungai belakang aku mencari kembali baju dan seluar yang telah aku baling. Aku tersenyum sendirian melihat baju dan seluar tersangkut atas siling. Aku seperti skuad badminton piala Thomas tewas awal dengan ular. Silap haribulan dengan Denmark Malaysia akan tewas 4 - 1.
6 comments:
wooooohaaaaa.....tak dak cctv ka...hehe...b0lei masuk youtube ni..hehe
Bukan terkejut beruk... terkejut ular namanya tu...
G ingat lagi satu kisah benar. Ada sorang makcik latah tu, dia tengah gonyoh kain dok basuh. Tiba-tiba terjengol ular senduk di depan dia. Disebabkan dia latah, dia tangkap ular tu dan gonyoh dengan berus tak henti-henti. Last-last bila ada family dia mai tengok, ular tu dah mati robek-robek kulit dan makcik ni pun dah keletihan.
DAh baling habis semua kain baju.....soalannya: Apa yang tinggal?!?!?!........kahkahkahkahkahkah **tak boleh tahan lah ular nih, geli!!!
betui kata Syahazli semua dok baling apa yg tinggal..keh.keh..
kalau cerita cina atau cerita org putih mmg sah sx18 dah cerita ni
scr..Kalau masuk youtube pasti pelayarnya seramai i juta
Insan marhein...betoi..betoi terkejut ular
bearcat..kesian ular tu menjadi mangsa latah
syahazli..up.up sensor...sensor
hj atan..hang jangan dok cerita dekat kawan-kawan lain. Malu aku nanti
Post a Comment