

Insan yang kedua ialah mak mertuaku. Kalau buah rambutan dah masak merah pasti dicarinya aku untuk dipetik walaupun ada anak-anak lain. Memang semasa ada arwah Siti Aishah kamilah yang akan mengait buah. Aku akan memanjat pokok ini dan sambil mengait mulut pula mengunyah. kadang-kadang aku bergurau dengan isteri dengan melontar buah diatas kepalanya. Kini aku amat merindui akan kenangan itu. Hari ini aku mengait sendirian dan akulah yang mengutipnya. Kadang-kadang aku termenung jauh mengingati peristiwa lampau yang hanya meninggal kenangan. Isteriku Rosnah pula amat menggemari buah rambutan ini. Bila habis dimintanya aku ambil lagi. Mak mertua aku hanya tersenyum bila aku cerita yang isteriku amat menggemari buah ini. Insyaallah sebelum memasuki Ramadhan aku dan anak-anak bercadang nak buat kenduri tahlil untuk arwah Siti Aishah. Semoga Allah terima amal-amal ini.
2 comments:
saya pun minat buah rambutan... tapi tak pernah berpeluang memetik sendiri
sipenjual itu bukan menipu kot. manalah dia tahu pansa sebelah lagi mangkak atau elok.
Post a Comment