Teman-teman

Saturday, November 06, 2010

Tidak Mustahil Boleh Berlaku

Anak kepada isteriku baru pulang dari KL sempena cuti deepavali. Beliau menceritakan banyak berlaku kejadian aneh semasa berada didalam asrama. kadang-kadang kelihatan makhluk halus sedang mengekori seseorang masuk kedalam tandas. Yang anehnya kebanyakan mereka membawa naskah yasin bukan untuk dibaca. Buku yasin diletak dibawah bantal atau dipegang bila berjalan kemana-mana. Didalam asrama hanya dia saja yang bersolat. Bila waktu malam mereka terjerit-jerit menari diatas katil.

Aku berkata kepada isteriku tidak mustahil suatu hari mereka semua akan terkena histeria memandangkan cara mereka disana. Akhirnya aku memberi tips kepada anak kami bagaimana nak handle jikalau berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Aku menyuruhnya membaca Al-mathurat sehingga ke 3 qul sebelum tidur lalu dihembus bermula dari bawah kaki dan atas kepala kemudian kekanan dan kekiri dan barulah tidur. Insyaallah yang lain kita serah kepada Allah. Aku juga berpesan andaikata berlaku histeria jangan dipandang terus mereka yang terkena. Pejamkan mata sambil istighfar dan baca ayatul qursi dan 3 qul dan buka mata perlahan. Takut bila kita pandang terus akan terlihat benda itu dan kita turut sama menjerit.

Akhirnya aku membekalkan kayu yang aku guna untuk berubat kepadanya. Jika sesiapa yang terkena histeria rendamkan kayu ini kedalam mangkuk yang berisi air. baca Al-fatihah, ayatul qursi dan 3 qul. kemudian sapu dimuka mereka yang terkena histeria. Aku katakan kepadanya jangan terlalu bergantung kepada kayu. Dia tidak ada apa. Cuma dia menjadi alat sahaja. Takut kalau kita meletakkan kayu melebihi tuhan akan berlaku syirik pula. Aku memberinya kayu itu sebab aku telah menggunakannya terhadap arwah isteriku. Makhluk halus sudah lama menumpang didalam badannya. Entah macam mana seperti ada yang menggerakkan aku membaca ayat-ayat tersebut lalu aku letakkan didahi arwah isteriku. Akhirnya baru dizahirkan benda yang sebenar.

Aku juga pernah bersama arwah sepupu sewaktu mengubat. Kayu itu bila diletakkan dikaki pesakit maka meraunglah meminta tolong. Ramai dari sanak saudara yang tahu aku masih lagi menyimpan kayu tersebut memujuk untuk diberikan kepada mereka. Sudah 20 tahun lebih kayu itu bersama aku. Pernah suatu ketika kayu itu ditutupi oleh busut anai-anai. Akhirnya aku temui jua kayu itu dan yang mengkagumkan ia tidak dimakan oleh anai-anai walaupun anai-anai penuh didalam busut. Berkali-kali aku berpesan kepada anak kami yang kayu itu hanya sebagai alat saja. Hanya kepada Allah saja kita meminta perlindungan.

3 comments:

hentian said...

Kayu apa tu? Boleh bagi sikit....

Hajjah Noraini @Nanie said...

kayu koka ker??

Ariff Budiman said...

insan marhein, Marina...Sebenarnya dia bukan kayu koka. Pada tahun 70an datuk saya ke mekah. Mereka dibawa kesatu tempat untuk mengambil kayu dari pokok jenis tongkat yang nabi musa guna. Sampai ditertengahan jalan unta tidak mahu berjalan. Jadi terpaksa datuk dan sepupunya berjalan kaki kesana. Itulah kayu yang masih kuat dan utuh sehingga kini. Namun kayu tetap kayu. yang berkuasa ialah Allah swt. Tanpa izinnya semua tidak menjadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...