Teman-teman

Monday, August 08, 2011

Back To The Future

Aku pulang dari kerja setelah sekali lagi bertugas selama 16 jam. Mengantuk usah dicakap ler.
" Abang sebelum abang tidur kita ke pasar dulu. Nah nak beli perkakas untuk berbuka puasa keluarga ". kata isteriku. Aku hanya menganggukkan kepala saja sambil menguap. Pada 14 Ogos 2011 bersamaan hari Ahad akan di adakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih keluargaku. Selalunya ia di buat di rumah ibuku. Kali ini aku dan isteriku menawarkan rumah kami untuk dijadikan tempat bebrbuka dan bertarawih. Semoga ia mendapat kebrkatan.

Aku berpakat dengan isteri akan menu berbuka. Anggaran seramai 30 kaum kerabat akan berada pada hari tersebut.
" Apa kata kita buat nasi beriani, pizza dan air bandung ". Kata isteriku memberi cadangannya. Aku setuju sahaja sebab dia yang nak masak. Terus kami ke pasar dan giant mencari bekalan. Aku membeli ikan kerapu dan sembilang untuk kubawa ketempat kerja. Setelah semua barangan sudah di perolehi kami pulang kerumah. Aku terlalu mengantuk. Petang aku akan bertugas pula.

Tanpa melengahkan masa terus aku baring di atas katil. Denagn cepat aku sudah tidak sedarkan diri. Aku berada di depan rumahku mengambil sampul yang berwarna cokelat. Tertera Urusan Seri paduka Baginda. Aku terus membaca isi kandungan. Aku telah ditawarkan untuk program menjelajah masa yang lepas. Aku terlalu ingin melihat bagaimana keadaan Siti Aishah dan Rosnah sebelum mereka berkahwin denganku. Setelah kelangkapan disediakan maka aku dibaringkan diatas bangku dan tiba-tiba cahaya putih berada didepanku. Bila aku membuka mata aku berada didepan rumah ibu mertuaku. Aku melihat bas sekolah berhenti. Turun seorang gadis berbaju sekolah. itulah Siti Aishah. begitu manis senyumnya. Aku terus menghampirinya. Aku memegang bahunya.
" Siti tau tak yang Siti akan berkahwin dengan abang ". Aku berkata kepada Siti Aishah. Apalagi satu penumbuk sulung hinggap di muka aku.
" Mak tengok ni orang gila mana kata Siti akan kahwin dengan dia ". Siti Aishah mengadu kepada emaknya. Emaknya juga turut menghalau aku. Aku begitu sedih dihalau isteri dan mak mertua.

Aku ke suatu tempat pula. Aku mencari isteriku Rosnah. kelihatan ramai kanak-kanak bermain. Mungkin itu Rosnah dan aku terus menghampirinya
'" Nah. Tau dak kita akan berkahwin dua orang ". Aku berkata kepada Rosnah. Apalagi Rosnah pun menjerit memanggil abangnya. Mak oiii besarnya abang dia. Aku ditumbuk sekali lagi lalu di tengking menyuruh pulang. Sedih tak terkira. Bila aku membuka mata aku melihat isteriku sedang tahiyat akhir. Jam sudah pukul 2 ptg. Selepas berdoa aku pun cerita kisah mimpiku kepada isteriku.
" Abang ni merapu la. Boleh mimpi back to the future pula ". Kata isteriku sambil tertawa.

" Abang tau tak apa Nah masak ". Aii main teka teki pula. Sudah ler dua kali aku di tumbuk. Isteriku meminta aku membuka periuk. Aku terus kedapur dan membuka periuk. Isteriku buat masak asam pedas. Yang membuatkan aku tertawa ialah hanya seekor ikan saja yang di masukkan dan ikan itu ialah ikan yang aku dan isteriku pancing tempuh hari. Katanya cukup untuknya ikan seekor sebab dia suka makan kacang bendi.
" Patutlah tak gemuk. Makan kacang bendi saja ". Aku berkata sambil tertawa gelihati terhadap isteriku.

Aku membuka periuk yang lagi satu. Fullamak kari kepala sembilang kesukaanku. Pekat dan berminyak. Aku mengambil kepala lalu letakkan kedalam bekas untuk dibawa ketempat kerja. Sewaktu membawa motosikal ke tempat kerja aku tersenyum sendirian memikirkan pengalaman back to the future.......Aneh dan lucu....

10 comments:

insan marhaen said...

Senyum sendirian boleh. Jangan back to the punggung kereta dah la...

Pergi kerja semalam teruknya jem.

arjunasetia said...

masa dalam mimpi tu cik ariff jadi remaja balik ke atau sama usia sekarang?..hehe

Unknown said...

Kelakarlah...boleh pulak mimpi macam tu...hehehehe

mohamad kholid said...

kalau dah mengantuk, memang macam-macam...

Ariff Budiman said...

insan marhein...kedua-dua belah ada kemalangan. Sebab itu sesak teruk

Ariff Budiman said...

arjunasetia....Dalam mimpi saya berada di usia sekarang

Ariff Budiman said...

MaryaYusof....Mainan tidur. Semua boleh jadi

Ariff Budiman said...

mohamadkholid...Betul seperti apa yang tuan katakan. Mata sudah mengantuk

Anonymous said...

Salam Encik Ariff,

Kebetulan saya terbaca posting berkaitan kumpulan mempromosi murtad di Facebook. Diharap sesiapa yang mempunyai akaun Facebook dapat membuat aduan kepada admin Facebook. Berikut adalah link posting tersebut dan cara-cara untuk membuat aduan kepada admin Facebook;

http://satulimatiga.blogspot.com/2011/08/jika-anda-sayangkan-islam-luangkan-masa.html

Terima kasih.

Ariff Budiman said...

Anonymous...Terima kasih. Insyaallah jom kita protes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...