Teman-teman

Monday, June 04, 2012

Jalan-Jalan di Masjid India

Sudah beberapa kali aku menceritakan kepada isteriku tentang Masjid India dan rojak buahnya. Aku juga telah berjanji kepadanya akan membawa menaiki komuter dan lrt walaupun aku sendiri masih belum memahami cara-caranya. Hari Khamis 31 Mei 2012 sebanyak 2 buah kenderaan menuju ke Bangi dan bermalam disitu sebelum keesokkan harinya kami akan bertolak ke Melaka.


Sepanjang perjalanan aku masih bercerita dan berjanji bila check in di hotel selesai kami akan menaiki komuter dan menuju ke KL Central. Itu cakap sebelum letih. Bila sudah berada lama di dalam kereta mula datang bermacam-macam perasaan. Rasa malas dan letih nak menaiki komuter. Malamnya pula kakak aku mengajak kami ke I City. Kuatkan aku. Entah macam mana aku terlena. Sedar-sedar kami sudah memasuki Bangi.
" Bang jadi ke kita nak ke Masjid India ". Tanya isteriku. Aku hanya diam membisu.
" Abang tak larat tak apa la ". Nadanya seolah-olahnya kecewa dengan sikap membisu aku. Terasa bersalah pula aku kerana asyik berjanji.
" Sampai hotel kita mandi dan solat. lepas tu kita ke Komuter Bangi ". Aku berkata. Tersenyum isteriku. kesian dia. terlalu mengharap.
" Nah nak cari tudung la abang '. Fuhh...nasib baik aku ajak dia.

Selepas solat kami menaiki kereta menuju ke komuter Bangi. Dengan menggunakan GPS walaupun sampai tapi dia membawa kami ke arah jalan lama. Jangan-jangan GPS aku badan saja baru tapi otaknya masih lama. Setelah aku park kereta terus aku ke kaunter untuk membeli tiket. Aku beli tiket untuk 2 hala. Tak lama menunggu maka akhirnya komuter datang. Isteriku nampak begitu gembira sekali sebab inilah pertama kalinya dia menaiki komuter. Aku masih sempat menghubungi sahabatku bertanya cara-cara ke KL Central. Akhirnya kami tiba di KL Central. Orang begitu sesak. Aku terus ke kaunter LRT. Macam dah terrror aku. Akhirnya setelah scan token penghadang di buka. Aku terus berjalan dan nak memasukkan token kedalam peti.
" Encik--encik jangan masuk token. Nanti sussah encik ". Kata pengawal bertugas. Isteriku tertawa melihat gelagat aku. Akhirnya sampai juga kami di Masjid India. Badan aku amat keletihan sekali. Namun disebabkan isteriku aku sanggup lakukan apa saja untuk menggembirakan hatinya. Setelah puas berjalan dan membeli belah aku terus mencari rojak buah yang sedap. Akhirnya berjumpa juga aku dengannya. Tau dekat mana pembaca semua. Ia terletak di Medan selera bersebelahan Mydin. Gerainya di hadapan bersebelahan ikan bakar.


Setelah merasa rojak buah, isteriku turut memuji keeenakkan rojaknya. Kami terus mencari ikan bakar sebab perut sudah berbunyi. Ketika makan muazzin mengalunkan azan asar. Merdu sungguh suaranya. Melihat keadaan Masijid India tiba-tiba memoriku terus berputar. Aku seolah-olahnya ternampak isteriku memasuki masjid ketika kami datang ke sini
" Hermawan..Lihat tempat ni ayah teringat masa kita datang dengan emak ya ". kataku kepada anak lelakiku
" Betoi ayah ". Ringkas ayat dari anakku. terus aku sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Siti Aishah. Akhirnya kami mengambil keptusan untuk pulang ke Bangi. Keadaan kaunter tiket begitu sesak. Tiba-tiba ketika beratur untuk membeli tiket, kesemua mesin tiket automatik Off Line. Maka keadaan menjadi riuh rendah.

Nasib baik anakku berlari kebawah membeli tiket dan akhirnya kami dapat pulang ke Bangi. Jam 8 malam kami sampai di hotel tapi aku membuat keputusan untuk terus ke I City dan jamak solat kemudian. badanku usah di kata ler. Terlalu letih sekali aku rasakan. aku dan isteri tidak banyak berjalan sebab sudah kerap ke sini. kami membiarkan kakak dan abang ipar berjalan. setelah menunggu mereka datang dan terus kami pulang semula ke hotel. Selepas solat jamak aku tidur begitu nyenyak sekali. Esok kami akan ke LCCT mengambil adik yang datang dari Kelantan dan terus bertolak ke Melaka. Syukur kepada Allah kerana memberi kekuatan untuk aku menunaikan janjiku.

7 comments:

Kakcik Seroja said...

Kenapa tak bagitau nak datang, bolehlah kakcoik dan suami tunggu di Masjid india tu.

Ariff Budiman said...

Kakcik...Ya ka. Ruginya tak beritahu awal. Tak apa lain kali saya beritahu kakcik

mek yusz said...

kalo sebelah mydin tu sy tau..hehehe..tp,kena cari la gerai yg mana..kalo en ariff ckp berhadapan dgn ikan bakar sy rs sy tau..hikhikhik..gerai ikan bakar yg dpn skali ke kt tgh ke blakang ke kt mn?sbb sy cuma perasan yg dpn skali tu ja...

mek yusz said...

oo..sy dh tau gerai ni...yg dpn skali...tepi tmpt org jln2 ja...dkt pondok polis..

Ariff Budiman said...

Mek yusz...tepat sekali tekaan tu

Unknown said...

As salam En Arif,

Rsnya sy tahu dimana tmptnye tu... Syukur tetrtunai jgk hasrat isteri :))

Terubat rindu nak tgk masjid india, dulu saya selalu jgk shopping tudung kat sini..hik3 :)))

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Wow kira tempat ini merupakan tempat yg kerap di singgahi la. Kalau rindukan masjid India tataplah sepuas2nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...