" Selamat hari lahir bang. Semoga abang sihat dan dapat buat ibadah dengan sempurna ". Aku mengucapkan terima kasih kepada isteriku dengan ucapan tersebut.
" Abang nak makan apa. Nah nak buat ". Tanya isteriku. Akhirnya setelah berfikir panjang...
" Nah buat laksa. Lama tak makan laksa ". Kataku. Tersenyum isteriku
Jam 7 pagi aku aku bersiar-siar untuk ke pasar mencari barang untuk membuat laksa.
" Kesian abang. Hari jadi pun kena beli sendiri barang ". Kata isteriku
" Tak apa. Tak kan hari jadi sampai tak boleh buat apa. Tunggu saja semuanya berada di depan ". Kataku. Terus aku keluar ke pasar. Isteriku talipon...
" Bang...Boleh singgah kedai kek tak. Abang beli buah - buahan. Nah nak buat kek buah untuk abang tapi tak ada surprise la ". Tertawa aku mendengar dia nak buat surprise tapi barang aku yang beli. Bila semuanya sudah dapat aku membawa pulang untuk tindakan seterusnya dari isteriku. Aku bertanya samada ada apa-apa yang perlu aku tolong. Katanya tak apa. Dia boleh urus. Apa lagi aku berada di depan tv la jawabnya.
Pukul 1 petang isteriku beritahu yang laksa sudah siap. Tak sabar aku menantinya. Setelah dihidang di atas meja terbau kewangian laksa
" Masyaallah Nah...Sedapnya laksa ". Pujiku. Isteriku kedapur semula lalu membawa kek buah yang dibuat
" Ya Allah...Nah buat kek buah untuk abang ka. Terima kasih banyak-banyak ". Gurauku. Isteriku tertawa gelihati mendengar gurauanku.
" Abang dok buat maharaja lawak pulak. Macam la tak tau Nah buat kek ". Kata isteriku. Akhirnya kami berdua tertawa gelihati. terima kasih isteriku kerana sanggup buat yang terbaik untukku. Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakanku di FB yang begiru ramai memberi ucapan selamat hari lahir untukku. Semoga Allah merahmati kalian semua.
5 comments:
selamat hari lahir,semoga berbahagia selalu.
Terima kasih Mohd Ghazali Abdullah
kat Puchong ni , susah nak dapat laksa yang sedap ....
Selamat Hari Lahir.
Semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan murahkan reseki.
pB...Terima kasih. Kalau macam tu kena datang penang la...
Setakat ni dok makan laksa, laksa maknjanglah yg terbaik...paling sedap.
Kek buah tu pun sedap!
Post a Comment