Aku telah di arahkan oleh pihak majikan untuk menjalani kursus Akta Bekalan Elektrik di KL South pada 8 - 11 April 2014. Ini disebabkan ia berhubung kait dengan kenaikan pangkatku baru- baru ini dan telah di tukar kembali aku bertugas di Pulau Pinang dan bukan lagi di Bukit Mertajam yang hampir setiap hari aku pasti menyeberangi jambatan Pulau Pinang.
Yang datang kursus ada yang baru bertugas dengan TNB. Ada yang agak lama macam aku sendiri yang sudah 30 tahun bersama TNB. Ada seorang pekerja yang lagi 3 bulan akan menamatkan pekerjaannya iaitu dia akan pencen. Dia turut di senaraikan sebagai peserta kursus. Riuh juga kursus kali ini. Fasilitator seorang lelaki cina sungguh ceria. Dia suka ketawa setelah bergurau akan sesuatu perkara yang melucukan. Kira terhibur juga kami di dalam kelas dengan kerektor masing- masing.
Macam- macam akta di ajar kepada kami. Apa yang tidak boleh dan apa yang di bolehkan untuk seseorang itu menggunskan akta yang telah di tetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Kami semua tidak dapat menahan kelucuan seorang peserta yang akan pencen tidak lama. Fasi bertanya akan akta
" Ok En Ahmad ( bukan nama sebenar ). Tolong beritahu kepada saya apa itu WASAP ". Bagi aku, aku sudah dapat menangkap maksud perkataan tadi sebab ianya baru saja diterangkan oleh fasi. Terpinga- pinga En Ahmad yang tertidur di dalam kelas. Fasi bukan nak memalukan lelaki itu tetapi bergurau dan kami semua memahaminya.
" WASAP...Yang saya tahu maksudnya ialah baru- baru ni cucu saya telah installah wasap ke talipon bimbit saya. Itulah WASAP ". Kami semua tertawa gelihati termasuk fasi.
" Aiya....Orang lama sekarang sudah pandai maa main wasap. Tapi itu bukan maksud wasap yang sebenarnya. En Ahmad boleh duduk ". Tertawa kecil En Ahmad bila dia tersilap jawab. Kami semua pun tidak pernah merendahkan sesiapa yang tidak tahu akan sebarang jawapan. Cuma kadang- kadang ada juga jawapan yang melucukan.
" Erti WASAP yang sebenarnya ialah Asap, Wap atau Gas yang kuat baunya ". Terang fasi yang membuatkan kami tertawa sekali lagi kepada En Ahmad. Dia juga turut tertawa gelihati. Esok merupakan hari terakhir kami berada di sini. Selepas peperiksaan tamat masing- masing akan pulang ke destinasi masing- masing
1 comment:
salam
blogwalking.
Kalau saya ditanya wasap pon, saya akan jawab macam tuh heheh
Post a Comment