Keesokkan harinya sekali lagi aku bertugas di tempat yang sama. Datang pengawal keselamatan lalu berkata, " Abang Ariff. Kelmari petang cina yang tanam pokok daun kari dan pokok pisang tu tanya saya pasai apa abang Ariff tunggu dia lama untuk daun kari yang sedikit tu. Saya cakap itu abang TNB talak angkat kalau bukan dia punya sebab itu islam cakap tak boleh angkat orang punya. Kalau mau kena minta izin dulu dari tuannya. Cina tu kata kalau islam macam tu memang bagus ". Aku tersenyum mendengar cerita pengawal keselamatan. " Haaa....kan Zahari dah menerangkan islam kepada cina. Kalau kita ada peluang terangkanlah islam kepada mereka. Jangan kita diam sahaja. Kita sampaikan walau satu ayat kata Rasulullah saw ".
Teman-teman
Saturday, July 05, 2014
Kisah daun Kari
Semenjak aku bertugas di kawasan yang baru, aku sering menanti andaikata cina yang menanam pokok daun kari datang untuk melihat pokok-pokok yang ditanam.
" Ala abang Arifff. Ambil saja la daun kari tu. Bukannya banyak. Cina tu tak kata apa lagi pun depa pun dok ambil harta benda orang lain jugak ". Kata pengawal keselamatan.
" Tak boleh. Itu bukan hak kita. Walaupun dia cina kita sebagai orang islam tetap kena minta keizinan dulu. Barulah orang bukan islam akan menghurmati islam ".
Aku melihat lelaki cina datang lalu aku meminta sedikit daun kari darinya
" Dasyat la abang Ariff sanggup tunggu lama untuk nak dapatkan daun sebanyak tu. Kalau saya dah lama saya cantas. Dengan depa kita bukan boleh buat baik sangat. Depa nanti pijak kepala kita ".Kata pengawal keselamatan
" Islam melarang umatnya mengambil yang bukan haknya walaupun dia bukan islam.Kita tak boleh bercakap macam tu sedangkan kita sendiri tak pernah menerangkan islam kepada mereka. Yang kita tahu hanya membangkitkan isu perkauman ". Aku berkata kepada pengawal keselamatan,
Satu yang harus kita ingat ialah jika mereka menerima hidayah Allah dan berpegang dengan bersungguh-sungguh maka islam mereka lebih baik dari kita yang hanya islam warisan. Tepuk dada tanyalah iman kita adakah kita telah menerangkan islam kepada mereka yang belum islam.
Keesokkan harinya sekali lagi aku bertugas di tempat yang sama. Datang pengawal keselamatan lalu berkata, " Abang Ariff. Kelmari petang cina yang tanam pokok daun kari dan pokok pisang tu tanya saya pasai apa abang Ariff tunggu dia lama untuk daun kari yang sedikit tu. Saya cakap itu abang TNB talak angkat kalau bukan dia punya sebab itu islam cakap tak boleh angkat orang punya. Kalau mau kena minta izin dulu dari tuannya. Cina tu kata kalau islam macam tu memang bagus ". Aku tersenyum mendengar cerita pengawal keselamatan. " Haaa....kan Zahari dah menerangkan islam kepada cina. Kalau kita ada peluang terangkanlah islam kepada mereka. Jangan kita diam sahaja. Kita sampaikan walau satu ayat kata Rasulullah saw ".
Keesokkan harinya sekali lagi aku bertugas di tempat yang sama. Datang pengawal keselamatan lalu berkata, " Abang Ariff. Kelmari petang cina yang tanam pokok daun kari dan pokok pisang tu tanya saya pasai apa abang Ariff tunggu dia lama untuk daun kari yang sedikit tu. Saya cakap itu abang TNB talak angkat kalau bukan dia punya sebab itu islam cakap tak boleh angkat orang punya. Kalau mau kena minta izin dulu dari tuannya. Cina tu kata kalau islam macam tu memang bagus ". Aku tersenyum mendengar cerita pengawal keselamatan. " Haaa....kan Zahari dah menerangkan islam kepada cina. Kalau kita ada peluang terangkanlah islam kepada mereka. Jangan kita diam sahaja. Kita sampaikan walau satu ayat kata Rasulullah saw ".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
assalamualaikum en ariff,
Lama tak update blog..saya setuju..bila kita mengambil barang yg bukan hak kita..tak kira milik siapa..kita dah mencuri namanya..
Saya tak setuju bila org suka membolehkan suatu yg salah hanya kerana the opposite person beragama lain..mcm staff kat office saya komen pasal a group of teenagers mati lemas semasa berkelah..her comment was..xpelah yang mati tu anak cina..saya sangat terkejut dan terkilan bila dgr komen dari mulut seorang emak..kenapa..hanya kerana budak2 tu bkn islam..mereka tak layak utk hidup ker..sedih sgt bila ada yg rasa mereka ni lg mulia dr org lain sedangkan akhlak mereka jauh lebih buruk..
Thank you for reminding en ariff..
blu4sky....Waalaikumussalam. Bukan islam tetap macam kita juga. Darah mereka sama warna dengan kita cuma hidayah itu milik Allah. Moga Allah berikan mereka hidayah dengan contoh akhlak kita. Sama2 kita ambil iktibar
salam
berbuat baik sesama manusia & ikut perintah & larangan ALLAH insyaALLAH selamat dunia akhirat :)
Post a Comment