Teman-teman

Friday, September 19, 2014

Langsir Oh Langsir

" Bang....Nanti kita pergi Mydin boleh tak. Banyak barang dapur dah habis ". Kata isteriku kepadaku selepas solat subuh. Aku mengiakan saja. Aku pula selepas solat subuh tidak suka tidur kembali. Ini aku amalkan semenjak bersama arwah Siti Aishah. Selepas solat subuh kami akan keluar ke pasar dan kemudian mencari sarapan. Itu yang kami amalkan setiap kali ke pasar. Dan kini amalan itu berterusan bila aku berkahwin dengan steriku Rosnah. Jam 8.30 pagi aku menyuruh isteriku bersiap untuk ke Mydin. Aku faham sangat dengan kaum wanita ni. Perlu mengambil masa untuk bersiap. Aku pula terlalu simple. Sebab itu aku bersiap begitu cepat.

Jam 9 pagi kami keluar menuju Mydin. Tiba-tiba isteriku bersuara lagi
" Bang...dah terlanjur ke Mydin boleh tak kita ke Kamdar. Nah nak beli kain untuk langsir tingkap ". Aku hanya mengiakan saja tetapi dalam hatiku berkata....
" Aduhhh...siap la kalau dia mencari kain...hehe ". Akhirnya kami selamat sampai di Mydin.


Mencari barang dapur begitu sekejap saja. Aku melihat jam di tangan sudah pukul 10 pagi. Hari ni hari Jumaat. Aku pula sudah beberapa kali menguap. Kami ke Kamdar pula
" Dah mengantuklah tu abang ni. Sat ya. Nah nak cari kain yang murah-murah saja ". Kata isteriku. Aku hanya tertawa kecil mendengar kata-kata isteriku. Aku terus menguap menagih simpati dengan harapan kami dapat pulang awal dan aku dapat melelapkan mata. Rasa tak boleh nak buka mata aku yang sepet ni. Tiba-tiba isteriku melihat kain yang dia berkenan. Semeter RM8
" Bang...8 x 8 berapa ". Tanya isteriku.
" 16 ". Cepat saja aku menjawab supaya kami cepat pulang.
" Biar betul abang ni 16 ". Aku tersentak mendengar kata-kata isteriku
" Ala...silap 36 ". Gabranya aku bila tersilap bagi jawapan
" Abang ni...takkan 36 ". Nada dah lain macam isteriku
" Errr....64 ". Jawapan yang ketiga adalah tepat sebab isteriku tertawa kecil
" Abang ni mengantuk. 8 kali 8 pun boleh silap. Nah tak mau tanya lagi ". Alolo...dia dah merajuk. Terus dia berjalan mencari kain langsir.

Aku mengikutnya dari belakang. Kena pujuk lah ni.....
" Kain ni cantik Nah kalau nak buat langsir. Lepas tu yang curtain dia ambil kain ni. Nampak beza ". Nasib baik aku pakar juga bab kain langsir sebab arwah Siti Aishah memang pandai menjahit dan langsir di rumah aku dialah yang jahit sendiri. Jadi tahulah aku serba sedikit ilmu langsir ni. Akhirnya nampaklah sikit kurang rajuknya.
" Betul ke kain ni cantik ". Tanya isteriku
" Betulll cantik ".Kata aku dengan senyuman yang cukup manis. Macam Aaron aziz pula.
" Kalau yang curtain Nah ambil kain ni ok tak ". Tanya isteriku
" Ok saja ". Akhirnya selesai juga masalah langsir ni. Aku melihat jam ditangan sudah pukul 1150 pagi

" Ok. Nah dah bayar. Abang nak singgah mana dulu ". Cepat-cepat aku kata tidak sebab aku balik nak tidur. Terlalu letih rasanya. Aku sampai di rumah jam 1215 tengahari dan akhirnya sempat juga aku melelapkan mata sehingga isteriku mengejutkan aku 10 minit sebelum jam satu untuk menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah terasa segar sedikit bila dapat melelapkan mataku.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...