" Tengahari ni kita nak makan apa ". Isteriku hanya terdiam
" Ikut abang la nak makan apa ". Ringkas saja jawapan isteriku
" Nah masak gulai kan kering ". Aku berkata
" Best jugak. Lama tak buat ". Akhirnya mendapat respon yang baik dari isteriku.Terus aku memecut motosikalku menuju ke pasar. Bila berada di pasar terus aku beli ikan talang masin. kemudian aku berlegar mencari ikan basah. Tiba-tiba aku ternampak ikan semilang. Siap ada telur sekali. Apalagi terus aku beli seekor dan membawa pulang kerumah. Aku serahkan kepada isteriku dan masuk kebilik untuk beradu. Tak tahan dah mata ini. Ketika enak dibuai mimpi isteriku mengejutkan aku
" Banggg.....Minta maaf. Abang tak beli santan. Nanti abang bangun abang tak dapat makan gulai ikan semilang ". Bila aku dengar perkataan Tak dapat makan gulai dengan cepat aku bangun. Hilang rasa mengantuk
Setelah aku bersihkan muka, aku keluar sekali lagi dengan motosikal menuju ke pasar. Semasa berada di lampu isyarat kelihatan 2 orang pemuda melayu sedang rancak bersembang. Bila lampu bertukar hijau mereka beriringan tanpa memperdulikan kereta di belakang yang terpaksa memperlahankan kenderaan. Kerana tidak tahan dengan kerenah anak remaja melayu kereta tersebut membunyikan hon. Terkejut mendengar bunyi hon kereta kelam kabut mereka berhenti beriringan. Ketika kereta tersebut memotong motosikal remaja melayu seorang anak remaja menunjuk penumbuk kepada pemandu kereta. Nasib baik pemandu kereta tidak memberhentikan kenderaannya dan memecut terus. Geleng kepala aku melihat kebiadapan anak remaja melayu.
Aku terus berlalu dan kini berhenti pula di satu traffic light. Bila lampu bertukar hujau ada dua motosikal remaja cina sedang beriringan macam remaja melayu tadi. Dalam hati aku berkata
" Ya Allah...ada lagi ke ". Mereka terlalu asyik bersembang tanpa menyedari kereta berjalan agak perlahan di belakang mereka. Bila menyedari kesilapan mereka terus remaja cina tadi berpecah sambil mengangkat tangan tanda memohon maaf kepada pemandu kereta. Ketika kereta memotong mereka remaja cina asyik mengangkat tangan tanda permohonan maaf sambil lelaki didalam kereta mengangkat tangan kepada mereka. Aku berkata masyaallah di dalam hatiku. Dua insiden yang berlaku secara tidak sengaja didepan mataku sendiri membuatkan aku terfikir siapa yang lebih berakhlak. Jawapannya berdasarkan pembaca sekelian. Aku hanya menceritakan apa yang aku lihat sendiri. Siapalah kita untuk membangkitkan isu perkauman sedangkan kita sendiri tidak tahu menjaganya. Tepuk dada tanyalah iman kita.
Dalam kepeningan aku memikirkan peristiwa ini akhirnya aku dapat juga merasai gulai ikan semilang. Subhanallah cukup sedap.....
No comments:
Post a Comment