Sewaktu aku pulang dari tempat kerja, aku melalui kawasan ini. Terlihat begitu ramai sekali orang berhimpun. Dalam hati aku tertanya-tanya, ada kemalangan ka. Roadblock ka. Yang aku lihat ramai yang memegang kamera. Rupanya ramai yang terpegun melihat keindahan pokok ini. Bagi aku inilah pertama kalinya pokok ini berbunga begini. Ada yang duduk dibawah pokok sambil bergambar dan ada yang ambil dari jauh saja termasuk aku.Ramai yang memuji kecantikan bunga ini tetapi berapa ramai yang mengambil iktibar bahawa Allah boleh melakukan apa saja yang dia kehendaki. Kita cuma saksi keindahan di dunia tetapi Allah telah menjanjikan tempat yang paling indah iaitu Syurga tetapi dengan syarat haruslah beriman dengannya. Itu pun masih ada yang mempertikaikannya. Masih ada golongan yang tidak memepercayai ujudnya syurga dan neraka serta alam ghaib. Banyak yang tertipu dengan keindahan dunia yang sementara.