Teman-teman
Showing posts with label Mimpi isteriku. Show all posts
Showing posts with label Mimpi isteriku. Show all posts
Friday, July 20, 2012
Entah Kenapa......
Malam ini umat islam akan bermula solat tarawih dan esok pula bermulanya berpuasa. Entah kenapa hati aku begitu berdebar-debar menanti kedatangan solat tarawih, bersahur dan berpuasa. Setiap kali menjelmanya Ramadhan aku pasti berdebar- debar. Bukan aku gusar dengan semua ini tetapi memoriku ketika inilah begitu ligat ia memusing lalu menayangkan kembali kehidupan lampauku bersama arwah Siti Aishah. Aku tugas malam dan sudah tentu bila aku akan baring sebentar. Ketika inilah Siti Aishah datang dalam mimpiku.
" Bang..Siti ucapkan selamat menyambut Ramadhan. Maafkan segala perbuatan Siti yang abang tidak senangi ". Sambil mencium tanganku. Menangis kami berdua berpelukan
" Abang juga begitu. Maafkan abang andai ada akhlak abang yang tidak elok ".. Aku terjaga dari tidur sambil menyapu air mataku. Itulah yang kami lakukan setiap tahun sewaktu menjelangnya Ramadhan. Kini memori itu datang kembali tanpa dapat aku mengawalnya. Insyaallah selepas solat Jumaat ini pasti aku akan menziarahi kekasih hatiku. Ya Allah semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang labih baik untuk kami sekeluarga dari tahun- tahun yang lepas. Siti Aishah..tidak sesaat pun aku melupakan jasa- jasamu lebih- lebih lagi menjelangnya Ramadhan. Al - fatihah buatmu
Subscribe to:
Posts (Atom)