" Nah masak nasi lemak lah. Abang ke pasar mencari ikan ". Tersenyum isteriku bila aku nak kepasar. Begitulah kehidupan rumahtangga. Jangan isteri sahaja yang perlu ke pasar sedangkan suami menanti dengan begitu sabar di rumah. Bila sampai di pasar, aku bertembung dengan anak jiranku. Minggu lepas telah selamat melangsungkan majlis pertunangannya.
" Datang dengan siapa ". Tanyaku ringkas.
" Dengan mak ". Ringkas juga jawapannya.
" Kenapa tak masuk sekali dengan mak. Inilah masanya kita menjejaki ke pasar sebelum menjadi isteri ". Tersenyum anak gadis jiranku.
" Ala pakcik. Busuklah bau ikan. Nanti bila kahwin fikir lain. Boleh datang dengan suami ". Tertawa aku dengan alasan yang di beri olehnya.
Aku membawa pulang ikan yang di beli. Sampai di rumah nasi sudah di masak. Wangi sungguh baunya. Membangkitkan seleraku di tambah pula hujan di luar. Sejam menunggu akhirnya isteriku menghidangkan makanan pagi kami. Alhamdulillah. Sedap sungguh masakan isteri. Aku menceritakan kisah anak gadis jiranku kepada isteriku. Tersenyum dia bila mendengar.
" Bang kenapa anak-anak zaman dahulu tidak pernah bersungut untuk masuk ke pasar. Anak-anak zaman sekarang amat susah hendak ke pasar dengan alasan busuklah ". Kata isteriku.
" Sebab itulah Nah, Allah memberi pahala kepada setiap isteri yang sanggup membuang egonya demi untuk anak-anak dan suami. Rugi sungguh kaum isteri tidak mahu merebut pahala tersebut. Suami pula kalau sanggup juga membuang egonya dan sanggup bersama isteri kepasar maka rumahtangga mereka akan pasti bertambah keberkatannya ". Kataku kepada isteri sambil menyuap nasi kedalam mulut.
Aku mash ingat bagaimana arwah isteriku menegur anak gadisku kalau tidak mahu memasak atau kepasar.
" Kakak kena belajar memasak dan ke pasar. Hari ini ayah dan emak ada tak apalah kakak seronok tidur berselimut. Bangun saja makanan sudah ada di atas meja. kalau ayah dan emak tak ada susah nanti kakak ". Kata-kata arwah ibunya membuatkan anak gadisku mengubah stailnya. Dia rajin kedapur menolong ibunya. Banyak juga resepi masakan di perturunkan. Kini setelah ibunya pergi buat selama-lamanya anak gadisku sudah pandai berdikari. Kadang-kadang kalau aku merindui masakan arwah isteriku maka anak gadisku menjadi tempat aku meminta pertolongan. Kadang-kadang kenangan aku bersama arwah isteri ke pasar begitu indah sekali. kami pasti akan singgah di gerai yang makanannya enak. kami berbual mesra dan kini tempat-tempat itu bila dikunjungi aku kembali sudah pasti akan menggamit memoriku.