Teman-teman

Tuesday, April 14, 2015

Telor Ikan

Aku masih ingat ketika aku serta adik beradik yang lain waktu kecil. Ibu kami kerap beli telor ikan untuk di buat kari. Memang sedap masakan seorang ibu. Paling kami suka ialah telor ikan jenis ini. Jam 7 pagu aku dah keluar ke pasar. Aku cukup suka pergi awal sebab aku tahu banyak ang fresh dan baru di awal pagi.


Tepat jangkaanku. Aku lihat sebakul telor ikan untuk di jual. Telor ikan duri kata penjual. Aku membelinya dengan harga RM12. Sudah terbayang kari telor ikan masakan isteriku.


Sampai di rumah terus aku hulurkan kepada isteriku. Alhamdulillah akhirnya kari telor ikan sudah siap. Dengan lafaz Bismillah aku makan dengan begitu semangat sekali


Kadang-kadang kalau sudah jemu dengan gulai aku meminta isteriku buat sambal tumis telor ikan. Masyaallah cukup sedap

Monday, April 13, 2015

Amanah Itu Mulia

" Nah...Ada orang pesan 4 pasang kasut baby. Macam mana ". Aku bertanya isteri bila pulang dari kerja.
" Benang dah habis. Abang kena beli lain ". Kata isteriku. Aku melihat jam di tangan. Sudah 5.30 petang. Hari pula hari Sabtu. Ahad sememangnya kedai tutup. Hujan pula lebat di luar.
" Takpa. Lepas solat abang keluar beli ". Selepas solat aku menyarung baju hujan dan keluar. Aku tiba di kedai jam 6.30 petang dan kedai masih lagi di buka. Alhamdulillah. Terus aku meminta benang yang di pesan isteriku.

" Berapa semua harga tauke ". Aku bertanya walaupun aku dah tahu harganya tapi memandang dah lancar GST kemungkinan harganya telah bertukar
" Macam biasa juga. Benang ni saya beli masa sebelum GST jadi harga tetap sama. Saya kasi habis dulu benang lama. nanti benang baru harga dia lain la ". Kata tauke cina. Aku tersenyum sambil menghulurkannya wang. Terfikir juga di fikiranku. Amanah juga tauke cina ni walaupun dia bukanlah seorang muslim. Sifat amanah sudah tertanam pada dirinya. Kalau dia menipu sekali pun tentu orang akan percaya dan terus membayar.

Kalaulah semua orang mempunyai sikap amanah kita tidak mempunyai masalah untuk membayarnya. Begitu juga dengan pemimpin. Kalau mereka mempunyai sikap amanah dan ketelusan kita sebagai rakyat dengan rela sanggup membantu dan berkorban. Betapa pentingnya kita mempunyai sikap amanah pada diri kita. tepuk dada tanyalah iman kita

Sunday, April 12, 2015

Lavender Farm Cameron Highland

Kata isteriku kalau ke Cameron Highland dia teringin nak ke Lavender Farm yang tidak kesampaian sebelum ini. Jadi aku merealisasikan impiannya. Dengan aku sekali yang tidak teruja melihat bunga-bunga sebelum tapi bila masuk kesini aku pula yang lebih. Lebih pun hanya snap gambar bunga saja.

















Saturday, April 11, 2015

Kasut Baby Dan Beg Sejadah

Alhamdulillah isteriku telah dapat menyiapkan set kasut dan topi untuk baby. Sayang bakat yang dia ada tidak di kembangkan. Jadi aku hanya menolong memperkenalkan hasil kreativiti isteriku. Jadi kepada yang berminat bolehla email aku atau pun mesej ke FB. Harga tanpa pos ialah RM16. L untuk lelaki dan P untuk perempuan










Friday, April 10, 2015

Ladang Teh Boh Cameron Highland

Seterusnya kami bergerak menuju ladang Teh Boh di Sungai palas. Kata orang laluan ini bahaya sebab jalannya sempit dan berlekok-lekok. memandangkan cuaca cerah dan kering aku memberanikan diri drive perlahan-lahan menaiki ladang boh.


Alhamdulillah. Sampai juga akhirnya kami di puncak. Saya sekali sebab kawasan dalaman ladang telah ditutup pada hari Isnin. kalau tidak dapatlah kami merasai teh yang segar di sini.


Ini kali pertama aku berada di ladang ini. Selalunya aku hanya ke Cameron Valley. Rupanya keindahan disni lebih menarik. Apalagi bergambar sakan kami disini.


Setelah berada agak lama di sini maka akhirnya kami beredar untuk ke destinasi yang lain. Isteriku teringin nak melihat Lavender farm.


Aku pula amat teringin nak menjelajah Mossy Forest yang tidak berapa jauh lagi dari laluan kami di ladang boh. Kedatangan kami kali ini bukan bertujuan ke Mossy forest jadi kami terpaksa pulang. Insyaallah lain kali kami akan datang lengkap dengan pakaian tracking.



Thursday, April 09, 2015

Galeria Time Tunnel Cameron Highland

Aku berkata kepada isteriku yang aku teringin nak merasai kesejukan malam di Cameron Highland. Selalunya kami hanya balik hari saja. Pada 6 April 2015 aku dan isteri telah bercuti di Cameron Highland. Kami bertolak dari Pulau Pinang melalui Simpang Pulai. Alhamdulillah cuaca amat baik sekali


Kami menginap di Chuagin Hotel yang terletak di pekan Brincang. Murah juga dengan harga RM78 semalam. Terdapat 1 katil double dan 1 katil single. Hotel Chuagin terletak dalam pekan Brinchang. Agak sibuk pekan ini berbanding Tanah Rata


Bersebelahan hotel ini terdapat kedai makan yang beraneka. Harganya mungkin mahal sikit. Tapi kira boleh la kalau kita kelaparan. Tak ada masalah. Setelah meletakkan pakaian kami keluar menuju ke Galeria Time Tunnel



Bayaran di kenakan sebanyak RM5 seorang. Bila memasuki dalamnya aku dapat merasai kembali ketika berada di kampong. Rumah aku semasa di kampong berada di sebelah sawah padi. Jadi apa yang terdapat didalamnya sedikit sebanyak telah mengimbau kenangan lalu.


Jenuh juga aku, isteri dan kakak aku berselfie. Kebetulan tak ramai yang masuk ke dalam jadi apa lagi. Mungkin bukan cuti sekolah.


Aku pasti sesiapa yang masuk ke sini akan dapat merasai nostalgia kenangan lama. Generasi sekarang pun dapat melihat kehidupan ibu dan ayah mereka suatu ketika dulu. Tiada FB. Tiada WhatsApp dan lain-lain. Namun kegembiraan mereka tetap ada.




Sunday, April 05, 2015

Nasi Goreng Kicap

Aku cukup suka dengan nasi goreng kicap. Kadang-kadang bila aku pulang dari kerja pukul 10 malam aku pasti akan singgah untuk membeli nasi goreng ini. Tapi itu dulu. Kini gerai tersebut telah pun di tutup. Entah kemana pula dibuka gerai baru. Tabiat aku sama seperti arwah Siti Aishah. Bila beli pasti akan melihat cara dia masak. Jadi sempatlah mata aku nampak apa yang dia masuk. Sekarang aku cuba buat kembali nasi goreng kicap. Resepinya masih fresh lagi dalam otak aku. Aku bagi isteriku try. Dia puji kata sedap nasi goreng kicap. Dia pun tak pernah rasa lagi. Meleleh aku kena kena puji dengan isteriku. Dibawah ini aku perturunkan ilmu dia. Kalau pembaca buat untuk menjamu keluarga sekurang2nya aku dapat juga pahala kongsi resepi. Resepi ni bukan boleh di bawa mati pun. Kan kan....Kalau tak sedap aku minta maaf ya. Mungkin ada suri rumah yang lebih sedap lagi nasi goreng dia.


Nasi Goreng Kicap untuk seorang

1. Kupas 1 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah ( guna api kecil ya )
2. Tumiskan hingga kekuningan
3. Masukkan cili yang di kisar ( Beli pun boleh juga )
4. Masukkan kicap pekat dan sos tiram, sedikit garam dan kacau
5. Bila dah agak lama masukkan nasi dan goreng dan sedikit secukup rasa
6. Dah boleh di hidangkan

Senangkan. Selamat mencuba. resepi ini free saja. Tak kena GST pun

Saturday, April 04, 2015

Teknologi Yang Melalaikan

Seperti biasa aku dan isteri kepasar. Selesai kami membeli terus kami ke restoran nasi kandar. Aku memesan puree manakala isteriku memesan tosei. Ini yang dinamakan citarasa yang berbeza. Pelayan memberitahu bahawa untuk puree ia agak lewat sikit sebab harus di goreng terlebih dahulu. Sementara menanti kami berbual terlebih dahulu. Macam-macam story ada. Aku sempat melihat pasangan suami isteri di sebelah kami. Mereka juga memesan barang dan terpaksa menanti. Mungkin mereka akan mendapat terlebih dahulu sebab mereka lebih awal dari kami. Aku melihat si suami begitu leka dengan hpnya. Begitu juga dengan isterinya.


Masing-masing dengan dunia mereka. Mereka tidak berbual. Kadang-kadang aku melihat mereka tersenyum dan menaip. Bila makanan sampai mereka menjamah sambil mata melihat hp. Pelik juga aku melihat. Bagi aku aku lebih suka off plan data selepas aku melihat apa yang patut. Aku tak mahu merosakkan makan bersama kami. Aku berkata kepada isteriku
" Buat apa depa keluar makan jika masing-masing dengan talipon sendiri. Tidak berbual. Habis makan bayar dan keluar begitu saja. Lebih baik duduk di rumah ". Namun isteriku hanya terdiam
" Nasib baik abang bukan macam tu ". kata isteriku. Betullah tu. Kita dah ajak pasangan kita keluar makan dan tiba-tiba kita yang spoil majlis kita sendiri


Aku masih ingat sekitar tahun 90an. Ketika penggunaan talipon Nokia 3310 begitu meluas sekali. Tiada WhatsApp, tiada Viber, tiada FB dan komunikasi yang lain. Bila berada di kedai makan dapat di lihat masing-masing begitu riang berbual. Tiada yang akan bertanya
" Kedai ni ada wifi tak ". Kalau jawapannya tiada maka kedai lain yang di cari. Kita seolah-olah tidak dapat berpisah lagi dengan teknologi. Ia telah menjadi sebahagian dari hidup kita. Anak-anak kiat pun telah di perturunkan ilmu. Di berinya ipad untuk mendiamkan mereka ketika makan. Kita tidak mempunyai masa untuk melayani kerenah anak-anak ketika makan. Kita sebagai ibu bapa juga begitu sibuk dengandunia kita.

Bila berlaku kejadian yang tidak di ingini kita akan menyalah pihak tertentu sebab menyebabkan ianya berlaku kepada kita. Kita lupa yang kitalah penyebab berlakunya kejadian itu. Kita lalai sebab terlalu asyik dengan talipon pintar. Semoga kita menjadi pengguna yang pintar mengatasi talipon pintar kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...