Semalam aku menerima panggilan dari Affin bank. Rupanya aku lupa membayar ansuran bulanan keretaku. Cis...inilah pertama kalinya pihak bank menalipon aku. Di arahnya aku membayar menggunakan teller. Aku tau la. Tak payah ajar. Pagi ni aku dan isteri keluar. Sambil meronda sambil terus membayar. Aku singgah di Maybank shell untuk mengeluarkan wang. Tellor rosak pula. Aku ke Maybank Caltex pula. Juga begitu. Rupanya seluruh sistem Maybank di Pulau Pinang mengalami gangguan.
Terpaksa aku mengeluarkan wang di Affin Bank. Kena la charge sikit. Aku dan isteri masuk ke tempat teller. Terdapat sepasang suami isteri sedang mengeluarkan wang. Sambil si suami menekan nombor satu persatu sambil melayani anak kecilnya yang ingin juga menekan nombor. Riuh dan merimaskan aku. Sudah la nak cepat. Setelah selesai mereka ke tellor sebelah untuk membayar ansuran kereta dan aku pula mengeluarkan wang. Cepat saja. Aku menunggu di belakang mereka. Si suami terus menekan no kenderaan. Sempat juga aku kerling. WBJ...Tiba si suami terlupa no pula.
" Sayang abang lupa no kereta. Boleh keluar tengok tak " . Kata suami kepada isterinya. Isteri terus keluar membaca nombor. Si suami terus memasukkan wang. Ada setengah masuk dan ada setengahnya keluar. Sebab itulah aku tak suka dengan tellor. Akhirnya selesai si suami membayar ansuran keretanya.
Tiba giliran si isteri pula untuk membayar ansuran. Di tekannya nombor kemudian mengeluh.
" Abang....ayang lupa nombor kereta. Abang tolong cek sat ". Keluar si suami kearah kereta. Aku dah bengang. Sudah lama aku berdiri.
" Lain kali dik...tulis dulu nombor di kertas sebelum membayar ". Aku menegur dengan nada lembut saja. Control marah. Isteriku tersenyum bila aku memangdangnya sambil dalam hati aku berkata,
" Tengok abang tak marah. Abang control baik punya ". Wanita tersebut hanya terdiam. Datang si suami memberi nombor kereta dan akhirnya selesai. Sambil berjalan keluar si suami sempat mengalih kearah aku. Mungkin isterinya telah cerita aku menegurnya. Bagus juga suami isteri ni. Tak ada pula kata nak masam muka. Tersenyum isterinya kepada isteriku.
Teng...teng...tiba giliran aku pula. Tiada orang di dalam. Hanya aku dan isteri saja. Akun terus menekan butang dan menanti arahan demi arahan. Kemudian tertera di skrin No akaun atau nombor kenderaan. Aku pilih nombor kenderaan sebab senang ingat. Tiba-tiba....kih kih kih
" Nah abang lupa nombor kereta abang. Berapa aarr ". Aku bertanya isteri. Isteriku tertawa sambil berkata.
" Lain kali bang sebelum mai abang tulis dulu nombor kereta. Abang suka lupa ". Dia perli aku dengan senyuman. Aku turut tertawa. Tak apa la. Itu perli- perli sayang. Akhirnya aku sendiri yang ingat nombor keretaku. Nasib baik la pasangan tadi tak ada. Kalau tidak malunya aku.......
Teman-teman
Saturday, September 29, 2012
Friday, September 28, 2012
Tenangkan Minda
Aku begitu gembira bila isteriku mengambil keputusan meninggalkan bidang perniagaan dalam roti canai. Insyaallah bila ada rezeki dia akan memulakan berniaga nasi tomato berdekatan dengan rumahku. Kata isteriku dia ingin berehat dahulu sebelum memulakan karier baru. Begitu suka hatiku sebab aku pasti siang dan malam isteriku berada di rumah jadi aku boleh plan aktiviti yang ditinggalkan dahulu. Pagi-pagi kami keluar kepasar. Bila selesai kami singgah di warung-warung kesukaan untuk makan pagi. Memang aku rasa amat gembira tapi tidak pada isteriku.
" Semenjak tak meniaga Nah dah gemuk ". Kata isteriku. Padahal aku tengok macam biasa saja. Tiada perubahan.
" Jom bang kita joging ". Ajak isteriku. Aku no hal. Best juga joging.
" Kita daki bukit nak ". Aku berkata pada isteri. Isteriku hanya mengikut saja.
Sah memang berat aku berkurangan. Memang aku tidak lalu dengan nasi. Kadang-kadang isteriku hidangkan nasi sepinggan pun tak habis. Isteriku yang merungut dia asyik makan banyak. Sudah seminggu kami berdua joging di dalam rumah sahaja. Musim hujan yang melanda Pulau Pinang tidak mengizinkan kami joging di luar. Isteriku kini begitu bersemangat mencari info tentang kalori di internet.

Waktu subuh hujan turun dengan lebatnya. Kami begitu bersemangat untuk memulakan sesi mendaki bukit. Tunggu punya tunggu akhirnya hujan berhenti pukul 9 pagi. Akhirnya isteriku mengeluarkan trak jogingnya. Berlari selama 15 minit dan memecahkan kalori sebanyak 60 membuatkan aku berpeluh. Rasa badan begitu segar sekali. Agak lama aku tidak mengeluarkan peluh. Sebelah petangnya kami ke Mydin. Isteriku meminta aku membeli penimbang. Tudia begitu bersemangatnya dia. Ok juga. Aku pun nak tahulah berapa berat badan aku sekarang. Ramai orang bila bertemu berkata yang aku semakin kurus. Ehh...ya ka.
Sah memang berat aku berkurangan. Memang aku tidak lalu dengan nasi. Kadang-kadang isteriku hidangkan nasi sepinggan pun tak habis. Isteriku yang merungut dia asyik makan banyak. Sudah seminggu kami berdua joging di dalam rumah sahaja. Musim hujan yang melanda Pulau Pinang tidak mengizinkan kami joging di luar. Isteriku kini begitu bersemangat mencari info tentang kalori di internet.
" Nah dah dapat jumlah kalori yang perlu di ambil oleh lelaki dan wanita dalam sehari ". Kata isteriku.
" Lelaki tidak boleh lebih dari 2530 dan wanita 2000 kalori sehari ". Sambil membelek catitan kertas. Bagusnya. Sekurang-kurangnya aku dapat juga info berguna.
" Bang..nasi lemak sepinggan 400 kalori. Nah tak mau makan dah ". Kata isteriku
" Abang suka makan nasi goreng + telur dadar kalori dia 635 ". Terang isteriku. Terbeliak biji mata aku bila menmgetahui sebanyak itu kalori pada nasi goreng tapi aku lega sebab aku hanya makan nasi sekali saja sehari.
" Tak apa walaupun tinggi kalorinya janji dalam sehari abang tak lebih dari purata 2000 kalori ". Tertawa isteriku mendengar peneranganku. Apa yang penting bersenam setiap hari adalah amat baik untuk kesihatan dan kami akan cuba maintain agar ia berterusan
Wednesday, September 26, 2012
Salah Faham
![]() |
| Nikmatnya di urut ibu |
Setelah menanti sehingga jam 3 pagi kami beredar pulang kerumah. Alhamdulillah ibuku dalam keadaan stabil. Aku dan isteri terus terlelap sehingga dikejutkan dengan jam gerak menandakan sudah masuk waktu subuh. Terasa begitu singkat saja tidur kami. Selepas subuh boleh lelapkan mata semula. Bisik hati kecilku. Sebelum terlelap aku biasakan diri membaca surah Yasin untuk ibu. Kemudian barulah aku menyambung tidurku semula. Tiba-tiba bunyi mesej di talipon bimbitku. Aku membuka membuka mesej tersebut dan terkejut.
" Takziah di atas pemergian bonda tercinta ". Itulah sms yang aku terima dari seorang rakan.
" Ahh..biarlah dulu. Nanti aku jelaskan ". Bisik hati kecilku. Terasa terlalu mengantuk. Tiba-tiba talipon berdering
" Assalamualaikum Budiman. Saya nak confirm betulkah emak kamu meninggal ". Tanya seorang rakan.
" Ya Allah siapa yang mereka cerita mengatakan emak saya meninggal. Emak saya masih lagi berada di hospital ". Aku menjelaskan kepadanya tanpa memberitahu kejadian semalam.
" Astaghfirullah Hal Azim....Kawan yang bagitau saya telah hantar sms kepada 30 orang rakan ". Kata rakanku. Terkejut juga aku bila mendengar ceritanya. Sms terus memasuki dalam kotak taliponku. Semuanya mengucapkan takziah. Talipon juga berbunyi bertanya di mana rumah ibuku. Kini satu Pulau Pinang sudah riuh dengan berita kematian ibuku. Akhirnya setelah diselidik dari mana punca datangnya berita ini terjawab. Satu sms telah tersasar keluar. Orang yang menerima tidak terus menalipon bertanya. Sangkaannya bila jantung terhenti bermakna meninggal. Maka di tukar ayat menjadi emak Budiman meninggal. Tidakkah ini merupakan perbuatan yang tidak bertanggung jawab.
Aku menjangkakan kes ini akan reda lalu aku keluar kepekan mencari kuih muih. Aku singgah membeli Koay Teow Th'ng. Datang tok bilal masjid kearahku
" Budiman...Betul ka emak meninggal ". Tanya Tok Bilal.
" Tak ada hj. Emak saya tak meninggal. Masih berada di hospital ". Kataku kepadanya.
" Sebab tu saya hairan kenapa Budiman tak berjumpa saya dan beli koay teow. Kami ternanti akan kesahihan berita ini dari keluarga barulah kami akan memperdengarkan bacaan yasin tanda ada kematian didalam kariah ". Kata Tok bilal panjang lebar. Aku hanya tertawa kecil mendengar kata-kata tok bilal.
Dirumah ibuku sudah ramai yang datang untuk menziarah ibuku. Begitu cepat berita tersebar. Marah juga adik beradik terdekat kerana tidak dimaklumi. Mereka hanya mendapat berita dari sms orang lain. Akhirnya barulah mereka mengetahui akan cerita sebenar. Alhamdulillah kini berita kematian tidak lagi tersebar. Ramai pula yang pergi ziarah ibuku di hospital. Ini yang merisaukan kami. Sebab yang pergi ziarah sudah pasti akan berkata
" Kenapa tidak bawa pulang emak ". Itulah ayat mereka. Panas juga telinga kami seolah-olahnya kami membiarkan ibu terlantar di hospital. Tapi kalau dibawa pulang apa yang boleh kami lakukan sedangkan ibu bergantung sepenuhnya pada mesin. Cukup senang mereka bersuara. Bila mereka datang tak ada kaum keluarga yang menjaga juga berbunyi. Tidakkah mereka sedar ketika mereka datang merupakan waktu solat. Biarlah ditinggalkan ibu buat sementara untuk melakukan solat. Insyaallah Allah akan pelihara ibu. Sebab itu kami tidak menggalakkan masyarakat datang untuk menziarah ibu kami. Aku pernah bersama kawan-kawan membuat program lawatan hospital. Kami berjumpa keluarga pesakit dan bertanya apa penyakit dan meminta izin untuk berdoa. Memang begitu touching sekali bila melihat keluarga pesakit menangis sambil mengaminkan doa yang dibaca.
Kami pergi pula ke keluarga cina. Kami lakukan perkara yang sama dan meminta izin darinya untuk berdoa kepada tuhan. Sungguh gembira waris pesakit dari keluarga cina bila kami mendoakan agar pesakit cepat sembuh. Aku masih ingat kami membaca doa untuk seorang remaja india. Kami berdoa agar dia cepat sembuh dan dapat berhari raya deepavali bersama keluarga tercinta. Menangis teresak-esak dia dengan doa kami. Dua minggu kemudian kami datang kembali. Keluarga cina menggamitkan tangan kearah kami meminta kami berdoa untuk mereka. Subhanallah sungguh terharu sekali. Ketika itu aku bersama arwah Siti Aishah kerap bersama NGO untuk program lawatan hospital. Setelah isteriku pergi buat selama-lamanya meninggalkan kenangan yang cukup indah sewaktu aku hidup bersamanya. Andai waktu dapat di putarkan kembali...Ahh tidak mungkin ia berlaku. Jauhnya harapanku.Moga Allah terus memberi kekuatan kepada kami untuk terus berbakti kepada ibu. Sudah 50 hari ibu terlantar di hospital. Doa dan ayat quran tidak putus-putus kami sedekah kepada ibu. Semoga Allah permudahkan ibu.....
Wednesday, September 19, 2012
Benda Apa Pun Tak Tau
Aku keluar membawa kamera untuk mengambil gambar matahari terbenam. Ketika asyik mengambil pemandangan indah matahari terbenam entah tiba-tiba terbang satu benda dari arah kayu bakau. Time tu azan maghrib berkumandang. Sempat juga aku snap gambarnya. Cuba lihat gambar bawah sebelah kanan atas.
Yang bawah pula aku perbesarkan gambarnya. Kepaknya begitu lembut ketika terbang. Aku sendiri pun tak tahu benda apa. Terpulang kepada pembaca semua samada percaya atau tidak. Bukan senang nak dapat keadaan macam ini.

Bila Isteri Membuat Keputusan
Isteriku telah mengambil keputusan untuk berhenti dari berniaga roti canai. Katanya dia sudah tidak bertenaga untuk menebar roti canai. Aku mengerti apa yang dimaksudkannya. Aku sendiri pun tidak mampu membuat pekerjaan seperti mana yang telah isteriku lalui. Sudah berpuluh tahun dia berniaga roti canai demi untuk membesarkan anak-anaknya. Kini katanya dia ingin berehat dan berniaga kecil-kecilan dari rumah. Aku tidak membantah niatnya. Pernah dia beritahuku yang bidang roti canai tidak diminatinya. Dia hanya minat berniaga nasi sahaja. Kini setiap hari dia berada di rumah. Akulah orang yang paling gembira. Kalau selalu isteriku berada di gerai dan aku berada di rumah keseorangan. Bila terasa boring, aku keluar tawaf merata tempat. Bila isteriku pulang dari berniaga barulah aku pulang kerumah.
Bila tidak berniaga bermakna aktiviti yang selama ini aku tinggalkan telah dihidupkan kembali. Kami keluar dari rumah ke Metropolitan untuk joging. Suasana pagi begitu mendamaikan. Sambil berjalan sambil bersembang dan sekaligus badan menjadi sihat. Selesai joging kami singgah di warung untuk makan pagi. Memang enjoy sekali. Isteriku ternyata begitu gembira. Dari riak wajahnya aku tahu yang dia begitu tenang dengan kehidupan begini. Bila dah kenyang barulah kami ke pasar. Aku membeli 2 ketul kepala ikan siakap dengan harga RM12 dan kelumpung ikan. Memang sejak kecil lagi aku serta adik beradik yang lain diberi makan ibu dengan makanan ini. Bila besar tabiat ini tidak dapat aku pisahkan dari kehidupan. Kalau kari kepala atau ikan andaikata terdapat kelumpung maka masing-masing tak sabar untuk merasa. Untuk mendapatkan kelumpung ikan, harus ke pasar awal-awal lagi. Selalunya jam 8 pagi aku sudah berada dipasar dan memang terdapat banyak. Aku beli dan simpan dalam peti sejuk. Takut stok tak ada.
Aku juga suka dengan kerabu buah tembikai. Arwah isteriku memperkenalkan kepadaku dan akhirnya aku jatuh cinta dengan kerabu ini. Tak susah untuk membuat kerabu ini. Cincang tembikai. Tumbuk lada hitam sampai halus atau blend. Tumbuk sedikit udang kering. Gaulkan tembikai dengan lada hitam, udang kering, sedikit gula dan garam. Yang merisaukan aku ialah kalau beginilah keadaannya maka berat badan aku pasti begitu cepat melonjak. Isteriku pun sudah mengadu yang badannya terasa seperti sudah gemuk tapi aku tengok kurus saja. He he perasaan tu. Apa aku begitu enjoy dengan kehidupanku sekarang. Apapun bersabar. Biar masa yang menentukan segalanya dan kini alhamdulillah.....
| Kari kepala siakap + kelumpung ikan |
| Kerabu tembikai |
Memang Suka Sangat
Sejak dari kecil lagi aku serta adik beradik telah dibesarkan dengan makanan kampong. Salah satu darinya ialah pengat pisang. Kata ibu kalau nak buat pengat pisang kena guna pisang raja sebab dia manis. Memang tak jemu kami dengan pengat pisang. Kadang-kadang ibu akan ganti dengan pengat ubi kayu. Bila aku berkahwin dengan arwah Siti Aishah ibuku telah berpesan.
" Budiman ni suka makan gulai dan pengat. Masak lemak dia tak suka ". Isteriku hanya tersenyum mendengar penerangan ibu mertuanya.
Alhamdulillah isteriku meneruskan makanan kesukaanku bila hidup bersama denganku. Kadang-kadang dia akan ganti dengan bubur gandum. Memang aku enjoy sekali dengan makanan yang dimasak isteriku. Setelah kematian isteriku dan aku berkahwin lain aku diamkan saja pengat kesukaanku. Aku tidak suka meminta-minta. Apa yang dimasak itulah yang aku makan. Entah satu hari isteriku Rosnah bersuara
" Abang suka makan pengat tak. Nah ingat nak buat pengat petang ni ". Kata isteriku 3 hari yang sudah. Apalagi mendengar pengat pisang yang sudah lama aku tidak merasa, aku begitu semangat sekali.
" Nanti abang beli pisang ". Aku berkata kepada isteri.
" Nah nak campur dengan bubur cha-cha ". Kata isteri dan aku merupakan suami yang cukup gembira sekali.
Memang enak sekali pengat yang dibuat isteriku. Sudah berapa kali aku tambah. Isteriku tersenyum. Katanya dia tidak menyangka yang aku amat menggemari pengat pisang. Hari kedua aku mencari pisang raja lagi. Alhamdulillah ada dan aku minta isteriku buat pengat lagi. Tak membantah isteriku pun buat pengat. Tak menghampakan dia. Pengat selesai aku makan.
Hari ini kami ke pasar. Isteriku membeli pisang raja lagi. Aku ternganga melihat pisang tersebut.
" Hai bang...tak jemu-jemu dengan pengat ka. Buat la pula pisang goreng pula ". Kata isteriku. Aku tertawa kecil bila di perli isteri. Akhirnya pisang yang dibelinya digoreng. Memang manis pisang raja. Susah mendapatnya sekarang. Kalau dulu orang banyak menjual goreng pisang dengan pisang raja. Kini banyak yang menggunakan pisang awak. Apapun kalau aku teringin nak makan pisang raja, aku sudah tahu dimana tempatnya hendak aku beli....
" Budiman ni suka makan gulai dan pengat. Masak lemak dia tak suka ". Isteriku hanya tersenyum mendengar penerangan ibu mertuanya.
| Pisang raja |
" Abang suka makan pengat tak. Nah ingat nak buat pengat petang ni ". Kata isteriku 3 hari yang sudah. Apalagi mendengar pengat pisang yang sudah lama aku tidak merasa, aku begitu semangat sekali.
" Nanti abang beli pisang ". Aku berkata kepada isteri.
" Nah nak campur dengan bubur cha-cha ". Kata isteri dan aku merupakan suami yang cukup gembira sekali.
| Pengat pisang + bubur cha cha |
| Pisang raja goreng |
" Hai bang...tak jemu-jemu dengan pengat ka. Buat la pula pisang goreng pula ". Kata isteriku. Aku tertawa kecil bila di perli isteri. Akhirnya pisang yang dibelinya digoreng. Memang manis pisang raja. Susah mendapatnya sekarang. Kalau dulu orang banyak menjual goreng pisang dengan pisang raja. Kini banyak yang menggunakan pisang awak. Apapun kalau aku teringin nak makan pisang raja, aku sudah tahu dimana tempatnya hendak aku beli....
Tuesday, September 11, 2012
Mana Nak Sorok Muka
Aku mengajak isteriku ke pejabat celcom berhampiran untuk mendaftar dengan talian X Pax. Sebelum ini isteriku hanya menggunakan sub line dan cajnya amat mahal sekali. Belum cukup bulan dah menjangkau RM 80. Pelanggan agak ramai juga.
" Boleh saya tolong encik ". Tanya pegawai celcom dengan senyuman.
" Saya nak daftar talian x pax untuk isteri saya. Boleh saya tahu caj yang dikenakan ". Aku bertanya.
" Ok kalau dari talian celcom ke celcom caj panggilan ialah sebanyak 28 sen untuk tempuh 10 minit dan sms ialah 1 sen sahaja. Untuk talian celcom ke lain cajnya ialah 28 sen untuk tempuh 5 min dan sms sebanyak 5 sen sahaja. Bagaimana encik. Berminat tak ". Tanya pegawai celcom. Setelah berbincang dengan isteri akhirnya kami bersetuju.
" Encik boleh tolong bagi ic tak ". Tanya pegawai tersebut lalu isteriku terus menghulurkan icnya. Pegawai tersebut terus memasukkan data permohonan isteriku.
" Ok encik akaun isteri encik telah aktif. Encik boleh guna sekarang ". Tersenyum pegawai tersebut sambil menghulurkan kad x pax.
" Terima kasih banyak- banyak ". Kataku kepada pegawai tersebut yang hanya terdiam melihat kami. Aku dan isteri terus keluar untuk pulang. Tiba-tiba aku terdengar nama kami dipanggil.
" Encik-encik duit encik tak bayar lagi ". Kata pegawai tersebut. Masih lagi tersenyum.
" Ya Allah. Minta maaf. Saya terlupa ". Aku masuk kembali lalu membayar wang tersebut. Isteriku diluar merasa amat malu. Bagi aku yang gelap rupanya tiada kelihatan langsung. Tapi isteriku nampak merah mukanya menahan malu. Kami hanya tertawa di atas motorsikal.
" Nah malu la bang. Harga hanya RM 8 saja ". Aku hanya tertawa di atas motorsikal. Memang la aku pun malu sebab ramai yang memerhati akan kami. Walaupun mereka tahu yang aku lupa tapi perasaan itu tetap ada. Mana nak letak muka ni....

Friday, September 07, 2012
Apa Dah Jadi
Aku demam panas hari ini. Isteriku mengajak aku ke klinik. Sementara aku mandi isteriku mengambil seluar untuk serika. Tiba-tiba aku terdengar dia menjerit. Apa ke hal pula isteriku. Bila aku masuk ke dalam bilik kelihatan isteriku terdiam. Mukanya berubah.
" Abang Nah minta maaf. Seluar abang dah rosak ". Sambil menunjuk seluar aku sudah terkoyak. Aduh tergamam aku sebab seluar kesayanganku telah koyak.
Rupanya seterika mengalami kerosakkan. Bila serika saja ia melekat dan bila di tarik dengan kain sekali ia menrik kain. Memang aku sayang sangat dengan seluar ini. Terasa selesa bila memakainya. Baru-baru aku buat seluar dengan kos sebanyak RM100 dan bila basuh terangkat jadinya. Aku membawa seluar untuk dibaiki tetapi tiada kedai yang sanggup membaikinya. Aku menyanyi sambil memegang seluar
" Dimana kan ku cari ganti serupa dengan ni ". Tertawa isteriku. Apakah sudah berakhirnya seluar ini. Aku akan terus mencari kedai yang boleh membaikinya.

Subscribe to:
Posts (Atom)