" Abang tidur dulu. Lepas makan dan solat zohor kita pergi Mydin ". Katanya sambil tersenyum menanti reaksi positifku. Aku tiada bantahan memandangkan hari Ahad saja gerainya di tutup dan ini bermakna hari Ahad dia nak berjalan-jalan berasamaku.

" Jangan lupa bang makan sayur sama ". Nasihat isteriku bila melihat aku seperti tidak memperdulikan langsung sayur-sayuran.
" Ok ok abang makan sayur ". Sambil aku menyenduk sayur bayam masak pekat. ".
" Macam mana bang masakan Nah hari ini ". kata isteriku
" Ok ok sedap ". Sambil menambah kari kepala.
" Abang ni selalu bila ditanya semuanya sedap. Komen la sikit ". Muncung mulutnya.
" Dah memang sedap. Apa yang abang nak komplain lagi. Nah dah susah payah masak untuk abang ini pun abang perlu bersyukur tapi kalau boleh bagi pekat sikit kari tu ". kataku
" Ha macam itu la Nah nak dengar. Ni tak, semuanya sedap saja ". Tersenyum isteriku bila aku memberi komen. Bukan apa aku tak mahulah suka amalkan komen bila tak sedap. Bagiku kalau sedap aku tambah. Kalau tak sedap cukup saja yang aku makan.

" Abang nak beli apa lagi. Nah dah tak larat dah ". Kata isteriku. Macam tu lah orang perempuan. Kalau dia orang tak berapa minat memang sekejap le didalam. Akhirnya kami terus ke Mydin pula. Hari Ahad memang dimana-mana pun ramai orang.
" Oiii bang offer la sabun dettol ". Sambil mengheret tanganku. Hah itulah juga orang perempuan. Kira yang ini mereka cukup minat lah. Kemudian dia terus mencari barangan dapur. Kalaulah aku ambil troli mahu saja aku duduk di dalam troli dan membiarkan isteriku menolak. Memang kaki terasa letih. Itupun semasa melihat-lihat pameran PC kami tidak turun kebawah. Kalau tidak lagi letih dibuatnya. Tapi aku buat cool saja. Tak mau tunjuk yang aku memang letih.

" Nasib baik kita tak turun bawah. Kalau tidak sudah tentu abang lagi letih ". Memang point dia la. Aku diam saja dan sumbing senyumku. Akhirnya selesai juga cuti-cuti kami dan akhirnya mendapat barang yang dicari dan juga keletihan. Aku kembali terkapar diatas katil semula. malam ini aku bertugas malam lagi. Mengantuknya...
4 comments:
Dah ada GPS, senanglah mencari arah, kan? :)
Kari kepala ikan? Ikan aper? Sedappp nyer kegemaran saya tak kisah lah kepala ikan aper..he he he
lepas makan basuh tangan, bau kari masih melekat di jari2..fuhhhh kari org utara tak de tanding nya..
kakcik...Senang kalau nak mencari tempat
Marina Monroe..Kari kepala ikan plotan kata orang utara. Memang melekat bau karinya. Sehingga menjilat jari
Post a Comment