Teman-teman

Tuesday, May 03, 2011

Hari Yang Malang Atau Peringatan Allah

Senja telah melabuhkan tirainya. Akibat keletihan setelah bertugas selama 16 jam aku tertidur. Kata isteriku nyenyak sungguh aku tidur sehingga tidak bergerak. Ketika azan maghrib berkumandang barulah dia mengejutkan aku. Setelah mandi dan solat maghrib aku pasti dengan aktiviti membaca Al-Mathurat. Begitu juga dengan isteriku. Terasa damai dihati bila membaca ayat-ayat Allah. Setelah selesai barulah kami makan bersama sambil bersembang. Masing-masing ada saja cerita yang hendak dikongsikan. Isteriku lebih banyak ceritanya dari aku.
" Abang tak surau ke. kan abang kata nak jumpa pengerusi surau ".
" Tak jadi kut. Abang letih sangat ". kataku macam tak ada apa-apa masalah.
" Esok abang kerja apa ". Tanya isteriku.
" Seingat abang le, abang kerja petang. kenapa ". Aku tahu mesti dia sudah ada planning.
" Esok boleh abang tolong Nah di gerai ". Pinta isteriku walaupun aku tahu yang pekerjanya ada. Mesti dia rasa boring bila aku tiada disisi.
" Ya la. Insyaallah abang akan ke gerai ". Tersenyum isteriku dengan pengakuanku.

Ketika aku didalam tandas dan sebelum dia ke gerai diingatkan sekali lagi agar aku ke gerai. Ini mesti kes dah teruk ni. Tak pernah dia meminta aku kesana. Jam 8 pagi setelah aku pulang kerumahku berjumpa anak-anakku barulah aku kegerai. Tersenyum isteriku bila melihat kelibat aku. Aku hanya duduk sambil dia menyediakan kopi arab yang baru dibelinya. Sambil menggoreng roti canai sambil dia bersembang dengan aku. Sekejap dia membisik sesuatu kepada aku. Tapi itu rahsia ler. Jangan siapa-siapa tanya apa yang di bisikkan. Tak ade ler. Cuma gosip-gosip kecil saja. Setelah boring duduk saja aku pula menggoreng roti canai. Betapa seronoknya isteriku bila aku berada disisi. Maklumlah aku begitu sibuk dengan kerja.

Tiba-tiba aku mendapat panggilan talipon yang aku bertugas pagi. Kelam kabut juga aku dibuatnya. Baru tengah seronok dapat bersama isteri sudah ada panggilan kerja. Makan pagi pun belum lagi. Akhirnya dia membakar roti untuk aku bawa ke tempat kerja. kelihatan mukanya tidak begitu gembira bila aku dipanggil bertugas. Nak buat macam mana sudah tugasku begitu. Bergegas aku pulang kerumah. Sampai saja dirumah dan ketika aku membuka topi keledar tidak semena-mena kayu yang berada diatas jatuh dan hinggap diatas kepalaku. Gelap seketika pandanganku. Terasa sakit yang amat sangat dikepala. Aku masuk dam menukar pakaian. Aku keluar dan terus menaiki motosikal ketempat kerja.

Dalam perjalanan kesana terasa motor bergoyang. Subhanallah tayar pancit. Aku tercari-cari kedai yang buka maklumlah pagi-pagi mana nak cari kedai repair yang buka. Akhirnya berhenti sebuah motor dari arah belakangku.
" Bang tayar pancit ke. " . Tanya pemuda tersebut. Aku hanya menganggukkan kepala saja tanda benar.
"Bang kalau tukar tayar kena RM12 boleh ke ". Aku hanya berkata orait saja. Mana nak cari kedai. lagi pun kalau tukar di kedai di charge hanya RM10 saja. Ini cuma beza RM2 saja. Ok la tu.

Setelah selesai menukar tayar aku terus memecut motosikal. Entah kenapa tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Bukannya mudah aku nak cari tempat berlindung. Nak kena pakai seluar baju hujan pula. Akhirnya basah kuyub juga aku dibuatnya. Beg laptop aku juga begitu. Nasib baik didalamnya tidak basah. Setelah hujan berhenti aku meneruskan perjalanan. Tiba-tiba motosikal terus mati. Apa ke jaddahnya pula kali ini. Nasib juga baik bagi aku sebab dia berhenti betul-betul didepan kedai repair. Tersenyum tauke cina bila melihat aku. Mungkin dalam hatinya berkata, " Waa lui lui sudah mari ( Maksudnya duit-duit sudah mari ".
" Tauke lu punya plug sudah rosak. kena tukar yang baru. Haliga dia RM15. Mau tukar ke ". Nak buat macam mana. Terpaksa juga aku menukarnya yang baru.

Selesai menukar plug berdesup aku ke tempat kerja. Alhamdulillah rasanya kali ini ok. Motorsikal tak buat hal lagi. Sambil berlari menaiki anak tangga, entah kenapa aku terpijak lopak air yang berlumut. Apalagi melambung aku tersungkur di atas anak tangga. Oh..betapa sakitnya punggung aku. Terasa macam nak putus pinggang aku pun ada. Aku bangun sambil terhincut berjalan masuk kedalam pejabat. Aku duduk sambil mengurut kepala yang berdenyut. Mengurut punggung aku yang sakit. Mengurut pinggang yang semacam nak putus sambil memikirkan apalah nasibku hari ini atau apakah ini merupakan peringatan dari Allah untuk diriku yang lupa sekketika kepadanya.

Aku menalipon isteriku menceritakan segala apa yang berlaku. Isteriku memulangkan ayat yang selalu aku guna kepadanya.
" Wama karu Wamakarallah. Wallah hukhairum Makirin. Manusia merancang dan Allah juga merancang namun perancangan Allah mengatasi segalanya ". Aku terdiam bila isteriku menggunakan ayat itu kembali kepadaku.
" Bukan apa bang. Allah nak beri ingatan tu. Semalam Nah ingatkan abang agar kesurau sebab kata abang nak berjumpa dengan pengerusi untuk mengatur mesyuarat agong. Tapi abang tak pergi. letih kata abang ". Kata isteriku yang betul-betul mengetuk pintu hatiku.
" Betul lah kata Nah. Memang ini benar-benar ingatan daripada Allah ".
Cepat-cepat aku menalipon pengerusi surau memohon maaf daripadanya sebab telah memungkiri janjiku. Ternyata semalam dia menunggu aku sampai masuk waktu isyak. Ya Allah berdoasa sungguh hambamu ini. Aku mengucapkan terima kasih kepada isteriku kerana mengingatkan aku. Jawapannya amat mahal sekali.
" Kasih abang Nah terima ". He he thank you.

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Allah memberi peringatan kadangkala dalam cara yang kita tidak sangka. Beruntunglah kerana kita tidak dibiarkan terus terleka. Amat malang jika sebaliknya.

Ariff Budiman said...

kakcik...Semoga ada hikmahnya

pB said...

Insyaallah

tak ada apa apa

Ariff Budiman said...

pB...harap-harap begitulah ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...