Teman-teman

Tuesday, May 17, 2011

Forum Perdana

Aku melihat jam di dinding. " kenapa isteriku belum pulang lagi dari gerai. Selalu time ini dah sampai ". Bisik hati kecilku. Nak talipon takut dia sedang memandu kereta. Aku terus melayari internet sambil menunggu kepulangannya. Dalam keasyikan melayari internet aku terdengar kereta isteriku di luar. Aku terus membuka pintu. Tersenyum isteriku melihat aku sudah berada didepan pintu.
" Lewat hari ini Nah pulang ". Kataku pada isteri. Tapi dia hanya tersenyum tanpa bicara. Apa ke hal pula isteriku. Senyum saja dia. Setelah meletakkan barangan diatas meja, isteriku menghulurkan beg kepadaku.
" Abang buka ler beg tu. Nah hadiah untuk abang ". Bertambah suspen lagi aku meneka apa dia hadiah yang diberikan kepadaku.

" Subhanallah. Nah beli baju batik untuk abang ker. Terima kasih banyak-banyak ". Itu saja yang mampu aku katakan kepada isteriku.
" Nah nak abang pakai malam ini sebagai Pengerusi Majlis ". Katanya. Terharu rasanya bila aku dihargai oleh isteriku. Wataknya tidak ubah seperti arwah Siti Aishah. Arwah Siti Aishah juga pernah menghadiahkan kepadaku baju batik tatkala aku diberi kepercayaan mengendalikan ceramah beberapa tahun yang lalu. Baju itu masih disimpan dengan kemas sekali. Di ajaknya aku ke Kamdar. Setelah berada disana di pilihnya baju batik untukku.
" Abang pakai baju ini. Siti belanja abang ". Walaupun dia merupakan suri rumah sepenuh masa, namun duit hasil titik peluhnya sendiri menerima upah menjahit pakaian itulah digunakan untuk membeli baju batik. Mahasuci Allah sekurang-kurangnya 2 watak ini membuatkan aku mensyukuri nikmat tuhan. Inilah merupakan anugerah untukku.

Begitu semangat aku mempengerusikan majlis Forum Perdana

Jam 7 aku sudah bersiap-siap. Setelah masuk Maghrib, aku dan isteri solat berjemaah. Selepas selesai solat isteriku terus kedapur dahulu untuk menyediakan makan malam. ketika hidangan berada di atas meja, tiba-tiba talipon aku berbunyi,
" Ini encik Ariff Budiman ke. Pengerusi Forum Perdana ". Aku mengiakan pertanyaan pemuda tersebut.
" Bang, kami sedang tunggu abang ni. Semua tetamu sudah datang ". Apalagi terkejut aku mendengar. Biar betul. Tak kan YB yang tunggu aku. Kata Forum Perdana selepas solat isyak.
" Nah cepat sikit. Depa dok tunggu abang ni. Balik kita makan lah ". Aku begitu panik sekali bila mendapat berita yang tetamu sudah berada dan program akan bermula pada bila-bila masa. Hanya menanti aku saja. Aku terus memecut kereta. Double line semuanya aku langgar. Aku sudah tidak peduli. Terbayang dimata bagaimana mereka tercari-cari dimana dia pengerusi majlis. Bila sampai kereta sudah penuh. Aku meminta isteriku memandu mencari tempat parkir manakala aku turun terlebih dahulu.

Bila aku sampai kelihatan para hadirin sedang mengambil tempat. Tak nampak pun muka VIP. Aku menalipon pemuda yang berkata program akan bermula bila-bila masa sahaja.
" Ok bang saya dalam perjalanan. 5 minit lagi saya sampai ". Katanya. Darah aku sudah mula menyirap. Cakap biar betul. Aku menunggu dan akhirnya pemuda itu muncul. Aku menasihatnya secara lembut agar lain kali jangan buat begini. Katanya pula ini dibuat untuk memastikan bahawa petugas sudah berada di khemah sebelum tetamu datang. Malas aku nak melayan. lebih baik aku sabar dan terus diam daripada bertekak. Aku prepair dahulu apa yang perlu. Sebentar kemudian aku dimaklumkan bahawa YB dan vip telah pun sampai. Setelah VIP sudah duduk maka aku pun memulakan tugasku.

Aku melihat urusetia tadi yang menalipon aku asyik membuat tangan agar aku memendekkan ucapan. Bertambah hangat hati aku bila dilakukan begitu. Aku tidak langsung melayani permintaannya. Aku menjemput dahulu pengerusi kariah untuk membuat ucapan. Selepas itu aku naik semula untuk menjemput YB membuat ucapan. Sekali lagi aku diganggu oleh urusetia tadi. Tangannya seperti ultraman menyuruh aku memendekkan ucapan. Aku sudah mula hilang konsentrasi pada ketika itu sambil hati aku mendidih.


Dari kiri Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Wan Akashah dan moderator forum

Selepas menjemput YB membuat ucapan aku turun dari pentas dan duduk. Datang pemuda tersebut sambil berkata yang lain kali dia menyuruh aku straight to the point. Jangan banyak celoteh. Seperti menjolok sarang tebuan, aku menoleh kearahnya.
" Boleh tak jangan ganggu saya kalau sudah diberi kepercayaan. Saya tau etika pengerusi majlis sebab saya ada sijil untuk menjadi pengerusi majlis professional ". Walaupun lembut aku bercakap tetapi nada aku keras ketika itu. Ternyata muka pemuda itu masam. Perut pula meragam kelaparan. Apalagi diperlakukan begitu. Hah dapatlah sedikit cenderahati dariku. Selepas aku menegurnya dia tidak lagi mengganggu dengan gaya ultraman taronya. Majlis berjalan lancar.


Para hadirin yang hadir

Kebanyakkan yang hadir ialah golongan wanita. Mungkin yang datang ialah ustazah Siti Nor Bahyah yang terkenal di TV9 dengan program Semanis Kurma. Tidak banyak kehadiran dari kaum lelaki. Mungkin ada yang duduk di tempat gelap. Setelah selesai majlis, kaum wanita mula menyerbu Ustazah. Ada yang berpelukan dan ada yang bergambar. Aku berjalan meninggalkan pentas. Kemudian para VIP masuk kedalam bilik berasama petugas yang lain untuk jamuan bersama penceramah. Tidak ada siapa yang datang menjemput aku untuk bersama-sama meraikan penceramah. Tak apalah tak kan kerana tak dapat makan aku nak marah. Bisik hati kecilku. Yang menjual pun banyak. Bolehlah aku beli dan makan diatas bangku. Perut terlalu meragam ketika itu.

Isteriku datang kepadaku. Katanya dia tidak membawa wang nak beli buku. Aku membuka beg duit. Ada RM30 sebab petang tadi baru saja aku servis motosikal. Tak sempat nak ke bank mengambil duit. Kata isteriku cukup dengan RM30. Aku terus mencari burger untuk dimakan. Aku order burger special. Harganya RM2.50. Aku membuka beg duit. Ya Allah aku terlupa duit sudah kuberikan kepada isteriku. Aku mencari andaikata anakku membawa wang ternyata dia juga tidak membawa beg duit.

Aku ceritakan kepada isteriku tentang perkara yang terjadi.
" Tak apalah bang kalau depa tak jemput abang makan. Yang jual dekat sini pun banyak. Abang boleh pilih ". Kata isteriku
" Itu abang taulah. Yang menjadi masalahnya beg duit abang kosong sebab dah bagi Nah RM30 untuk beli buku ". Tertawa isteriku mendengar ceritaku.
" Sabarlah bang. Allah nak menguji tu ". Benar itulah ayat yang benar-benar dapat menyejukkah hatiku. Walaupun kecil tapi ia penuh dengan tazkirah buat diriku. Apa-apa pertolongan yang dipinta biarlah kita sudahi dengan ucapan terima kasih. Walaupun tiada ucapan terima kasih dari mereka tapi aku pasti setiap perbuatanku akan dinilai oleh Allah. Kalau itu merupakan kebaikan yang aku lakukan, aku sedekahkan kebaikan itu untuk ibuku, arwah ayahku dan isteriku Siti Aishah. Ya Allah engkau terimalah sedekahku ini kepada mereka yang tersayang . Amin Ya Rabbal Alamin.

1 comment:

saing said...

salam. sabar jelah wahai saingku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...