" Nah abang tak mahu bangun sahur. Badan letih sangat ". Sambil memejam mata mulut sempat lagi berkata-kata. ".
" Tak apalah abang tidur. Nanti Nah kejutkan abang. Sahur tu berkat bang ". kata isteriku.
Terasa kejap benar aku terlena. Isteriku mengejutkan aku untuk bersahur. Jam menunjukkan 5.30 pagi. Nasi goreng sudah berada di atas meja. Namun seleraku tiada. Aku hanya mampu menjamah 3 camca sahaja. Pukul 6 pagi terdengar laungan azan subuh yang di alunkan oleh muaazin berbangsa Bangladesh. Sungguh berlainan nadanya.
Selepas selesai solat subuh, aku terus menyambung kembali tidurku. Sedar-sedar sudah jam 12 tengahari. Tu dia.... Aku bingkas bangun sebab aku sudah berjanji nak ke surau membantu kaum wanita membuat bubur kanji.

" Budiman jangan lupa mai tolong kacau bubur kanji ". Kata seorang makcik. Aku menegur isteriku kenapa tak kejutkan aku.
" Nah gerak abang tapi abang tak jaga. kesian dekat abang. Tu yang biar abang lena. Petang abang nak kerja pula ". Terdiam aku. Rupa-rupanya aku yang tak sedar bila di kejutkan.
" Abang petang ni Nah buat pizza. kalau sempat abang boleh bawa bekal ke tempat kerja ". kata isteriku sambil menguli tepung untuk di buat kulit pizza. Aku hanya tersenyum. Bergegas aku ke surau. Bila sampai bubur kanji sudah siap. Aku memohon maaf kepada kaum wanita kerana lewat sampai.
Bila aku pulang terbau wangi pizza. Isteriku cuba untuk menyiapkan pizza agar dapat aku membawa ke tempat kerja. Jam 3 petang sudah tersedia sekotak pizza untuk bekalan ketempat kerja. Baunya sungguh wangi maklumlah isteriku pakar dalam membuat pizza. Beliau pernah berniaga pizza di pasar malam dan aku pernah membelinya.
Rambutan kuning kesukaanku juga dibekalkan bersama dengan pizza. Bila waktu berbuka tiba aku dapat merasakan kenikmatannya walaupun aku berbuka keseorangan. Tarawih keseorangan juga membangkitkan syahdu di hati. Akulah imam dan akulah bilalnya. Rasa-rasanya aku solat seorang diri di tempat kerja terasa lebih tenang dan khusyuk.
9 comments:
nikmat berbuka adalah tidak kira dimana lokasi atau siapa peneman kita, hanya tekak dan diri sendiri yg tahu rahsia RASA..
Marina Monroe...Ha ha. Tekak ni di mana saja berada tetap menerimanya.
air tangan isteri tu menambah perisa...
Alhamdulillah, untung Ariff dapat isteri yang pandai serba serbi. :)
pizza....x sabaq aih...haha
a kl citizen..Betul cikgu. Sedap atau tidak terima ajer la. Syukur dia masak
kakcik...Syukur kepada Allah dengan anugerah kali kedua
scr...Insyaallah tunggu waktu berbuka keluarga tapi hanya seorang sekeping he he
Semua nampak sedap... :-)
Post a Comment