Teman-teman

Saturday, June 29, 2013

Amat Suka Sekali...

Sejak zaman remaja lagi aku amat meminati nenas. Kadang-kadang aku makan begitu sahaja. Ada kalanya aku buat jus. Sebiji nenas hanya berharga 80 sen. Yang paling sedap sekali ialah nenas bukit. Manisnya tidak terkata. Cuma ia agak mahal sedikit dari nenans biasa. Kini tabiat itu aku bawa hingga kini. Pantang aku melihat nenas yang elok. Pasti aku beli.
 

Berhampiran dengan rumah aku kini ada peniaga yang menjual nenas. Katanya ia nenas madu dari Johor. Aku beli dan terus jatuh cinta. Sebiji sehari aku dapat menghabiskannya. Kira murah jugak harganya. Jumaat lepas sebelum solat jumaat aku lihat cargo sedang menurunkan buah nenas di tepi jalan. Aku sudah berazam selepas solat Jumaat aku pasti beli. Alhamdulillah selepas solat Jumaat aku singgah dan beli dengan harga RM10 untuk 3 biji.


Pulang ke rumah aku minta isteriku kupas kulitnya. Memang manis rasanya. Sekurang-kurangnya buah yang aku suka dapat membantu aku untuk kesihatan. apa yang aku tahu buah nenas baik untuk

1. Menghadamkan makanan
2. Untuk penyakit gout

Itu antara 2 faktor utama yang membuat aku meneruskan tabiatku. Untuk manfaat lain pembaca boleh google sendiri akan khasiat nenas.


Tidak ketinggalan juga aku beli buah cempedak dengan harga RM5 sebiji. Pagi ini isteriku goreng. Masyaallah sedap sekali. Wangi baunya. Alhamdulillah siap dia bungkus dalam plastik untuk aku bawa bekal ke tempat kerja. Terima kasih banyak-banyak. Habis kita beli lagi.

2 comments:

pB said...

nenas memang sedap dimakan
tapi bab nak buang kulit ..

hu hu hu

Ariff Budiman said...

pB...Betul tu. Nasib baik saya wife yang buang kulitnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...