Teman-teman

Tuesday, September 24, 2013

Maafkan Aku Sahabat

Sahabat
Aku membantumu bukan untuk di puji
Aku membantumu bukan untuk di keji
Itulah yang terdaya buat diriku
Lantaran batas- batas yang perlu di jaga
Aku tahu bukan dirimu yang marah
Aku juga tahu ada benda yang begitu marah sekarang
Engkau tidak dapat mengawal lagi
Aku pun turut gagal
Engkau terlalu mengikut perasaan
Memberi ruang padanya

Jangan kerana kekecewaanmu terhadap insan lain
Aku kau jadikan sasaran
Untuk melepaskan marahmu
Aku juga punya harga diri
Aku juga mempunyai perasaan
Engkau langsung tidak bertanya diriku
Apa masalah yang aku hadapi
Engkau tidak mahu mengerti
Engkau hanya pandai menghukum
Tanpa memberi peluang aku menjelaskannya
Belum pernah aku mengherdikmu
Seperti mana engkau mengherdik diriku

Maafkan aku Sahabat
Aku gagal membantumu
Kerana engkau sendiri yang menggagalkannya
Carilah yang lebih baik dariku yang dapat membantumu
Allah tempat kita bergantung
Kini aku adalah aku
Engkau adalah engkau
Itulah permintaan darimu

1 comment:

Anonymous said...

Mengalir airmata ini bila membacanya. Tentu saudara yg lebih tahu. Teruskanlah membantu mereka walaupun diri saudara di perlakukan demikian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...