Jam 12 tengahmalam aku telah selesai tugasku. Terus aku memacu motosikal untuk pulang kerumah. seperti biasa aku selalu mengambil jalan pintas iaitu melalui Shell Juru. Jalan yang hanya boleh dilalui oleh motosikal sahaja. kalau menggunakan kereta terpaksa aku berbaris panjang akibat jalan yang sesak menuju Auto City. Ketika aku belok di selekoh kelihatan ada road block dari JPJ. Tidak ada apa yang harus aku gentar sebab lesen telah aku perbaharui selama 3 tahun. Ini bermakna lesenku akan tamat pada tahun 2016. Lama lagi. Entah aku sempat atau tidak menuju tahun 2016. Ketika aku menghampiri JPJ aku ditahan oleh salah seorang dari mereka. Muda lagi. Aku memerhati tanda nama yang di lekatkan dibaju. Antara nampak dan tidak nama pegawai tersebut kalau tidak silap aku ialah Tukiman. Ini tentu peranakan jawa. Bisik hati kecilku.
" Encik tolong keluarkan lesen memandu ". Kata pegawai tersebut. Aku terus membuka beg duit lalu mencari. Satu persatu aku menarik keluar kad. Akhirnya dengan confident aku serahkan lesen kepadanya. Di suluhnya lampu suluh ke lesen aku. Kemudian dia memerhati muka aku pula. Aku hanya mendiamkan diri. diberinya lesen kembali kepadaku.
" Encik tolong tunjukkan saya road tax ". Katanya lagi. Di sini sudah timbul sedikit was-was dalam hati aku. Ia antara road tax sudah tamat tempuh atau masih hidup lagi. Aku membuka seat motosikal aku lalu mengambil road tax dan hulurkan kepada pegawai JPJ.
" Wadduuhh..Pak....Road taxnya tamat pada 19 Sept. Hari ini sudah 22 Sept. Sudah 3 hari tamat tempuhnya pak ". Tiba-tiba pegawai JPJ bercakap denganku dalam loghat Jawa. Jantung aku bergerak kencang. Dalam hati aku berkata malam ini harus aku di saman secara total. Aku mengambil road tax dari tangan pegawai JPJ lalu membelek. Alamak betul la. Habis malam ni aku kena saman.
" Wadduuhh...Pak. Maaf. Saya bener-bener lupa. Sibuk bekerja hingga enggak sedar raod taxnya sudah tamat tempuh ". Lancar pula pertuturan aku dalam bahawa Jawa padahal aku tidak tahu bertutur bahasa datuk nenekku.
" Maaf pak. Besok saya perbaharui. Saya bener-bener lupa pak ". Rayu aku. Pegawai JPJ terdiam.
" Baik... Saya maafkan. janji besok bapak perbaharui ya ". Katanya
" Insyaallah....Terima kasih pak...terima kasih ". Kataku. Aku menutup kembali seat motosikal aku dan terus berlalu. Semasa berada di atas motosikal aku masih lagi tertanya-tanya bagaimana aku boleh dengan fasih bertutur bahasa Jawa.
Aku pulang kerumah lalu aku cerita kepada isteriku insiden yang berlaku. Tersenyum isteriku bila aku berkata dengan lancar aku bertutur loghat Jawa. Isteriku ingatkan aku agar esok aku tidak lupa perbaharui road taxku. Keesokkan harinya pagi-pagi lagi aku ke pejabat pos untuk perbaharui road tax. Senang buat di pejabat pos. Orang tidak ramai. Alhamdulillah tidak sampai 15 minit road tax sudah siap.
4 comments:
saya expired bulan 6.hari ni baru perasan.hehehe
Mrs. Izi....Pastikan tidak dilupakan terus
terlupa update lesen motor takpa jangan lupa update lesen hidup...
insan marhein....Lesen hidup perlu di update selalu
Post a Comment