Teman-teman

Sunday, November 03, 2013

Jom Bersenam

Aku mengajak anak gadisku untuk bersenam. Jadi petang kelmarin bertempat di Taman Metropolitan, Relau selepas solat asar kami sudah berada disini. Kalau lewat pasti tempat ini sudah dipenuhi manusia dan terpaksa berlegar-legar untuk mencari tempat nak parkir kereta.


Memang tempat ini tenang dan mendamaikan. Ia merupakan kawasan rekriasi untuk individu dan juga keluarga. Disediakan juga kolam renang untuk anak-anak bermain.


Aku cukup suka mengamalkan senaman untuk kempiskan perut. Dapat melakukan sebanyak 10 kali begini amat memuaskan.


Melakukan aktiviti semacam ini pun amat bagus juga. Begitu banyak peluh yang keluar. 



Walaupun kepenatan, aku masih boleh bergambar dengan anak gadisku. Tapi itulah...muka tarak senyum langsung. Alhamdulillah. Harap-harap aku istiqamah  melakukan begini setiap hari. Pagi aku berlari atas track didalam rumah dan petang disini.

2 comments:

Miss Brenito said...

wah, masih boleh sit up... kagum sy dengan ksihatan abg nih.

Ariff Budiman said...

Miss Brenito........Alhamdulillah. Kesihatan yg baik itu semua datang dari Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...