Bila keluar hospital aku mendapat surat dari pejabat untuk kursus bahagian kedua. Seminggu pula aku berkampung di Uniten Bangi. Sudah mula timbul keletihan memandu kereta. Akhirnya kursus tamat dan aku kembali pulang ke Penang. Banyak memori suka dan duka aku membawa pulang bersamaku. Ia terpahat dihati.
Kini setelah 2 hari aku pulang dari kursus, aku mendapat panggilan dari pejabat yang mengatakan bahawa pada bulan depan aku akan di beri penghormatan untuk perkhidmatan setia. Rupanya sudah 30 tahun aku bersama TNB. Anugerah akan di buat di TNB Bangsar. Aku masih ingat sewaktu anugerah sempena perkhidmatan setia selama 25 tahun. Aku pergi tanpa isteri kesayanganku Siti Aishah. Sewaktu Presiden membuat ucapan, dia berkata
" Kepada staff TNB yang bergelar suami. Marilah kita memberi tepukan gemuruh kepada isteri kita. Tanpa pengorbanan mereka TNB tidak kemana ". Kata-kata Presiden mendapat tepukan gemuruh dari suami-suami. Aku melihat ada isteri mencium tangan suami mereka. Ketika itu aku tidak sedar airmata mengalir laju jatuh ke bumi. Tepat kata-kata Presiden. Isteriku banyak berkorban untuk keluarga. Dia mengetepikan keinginan peribadinya demi keluarga. Sayang aku tidak dapat memberi penghormatan kepadanya. Kalaulah dia ada waktu ini sudah tentu dia merasa bangga melihat aku berada di atas pentas menerima anugerah. Akan aku pakaikan gelang ditangannya. Namun penghargaaan di akhiratlah yang terbaik buat Siti Aishah. Aku yakin kini dia berada di syurga berdasarkan Al Quran dan hadis rasulullah. Bahagialah dia di sana. Itulah penghargaan yang selayak untuk Isteri yang bernama Siti Aishah. Kini telah menghampiri 5 tahun dia pergi meninggalkan kami
Kini untuk anugerah selama 30 tahun aku akan membawa isteriku Rosnah. Walaupun baru 4 tahun dia bersamaku namun dia juga layak mendapat penghargai ini. Sekurang-kurangnya bila presiden meminta para suami memberi tepukan kepada isteri aku dengan begitu bangga akan memberi tepukan kepada isteriku Rosnah. Mereka berdua tidak jauh bezanya....
9 comments:
Tahniah atas pingat yg diterima.
Semoga en Arif sentiasa sihat,betul tu memang kejayaan suami adalah kerana isteri di blkg suami,semoga semua suami2 di luar sana menghargai akan pengorbanan si isteri.
Nazayiena Ayiena...Seorang isteri akan sentiasa membantu suaminya
IM juga dah 30 tahun bekerja di sini. Ada lagi 7 tahun.. lama nyer...
insan marhein...Selagi kita mampu selagi itulah kita bekerja
tahniah.nt dtg bangsar jemputla dtg rumah.brp hb tu ?
Bergenang air mata baca entri ini..
Mrs Izi...Tarikh tak tahu lagi. Yang confirm bulan Januari 2014. In Sya Allah nanti tahulah saya
akuzle ayu...Terima kasih kerana membaca
Post a Comment