Teman-teman

Tuesday, December 17, 2013

Semoga Hilang Kesedihan

" Sabarlah bang dengan kehilangan kamera tu. Ambillah duit Nah dan belikan yang baru ". Kata isteriku bila melihat aku masih lagi bersedih atas kehelingan kamera kesayanganku.
" Tak apalah Nah. Abang dapat menerima kehilangan kamera tu. Cuma sekali sekala bila terkenang betapa kamera abang banyak membantu abang ketika ada masalah ". Kataku kepada isteri yang sedang membelek buku resepi.
" Abang suka makan kek cheese tak ". Tanya isteriku dan aku menggelengkan kepala. Memang aku tak suka kek yang berlemak.
" Kek coklat suka tak ". Tanya isteriku lagi dan jawapannya tetap sama.
" Abang suka kek buah. Kek oren paling abang suka. Kek kosong ok ". Kata kepada isteriku
" Buah limau ada dalam peti sejuk. Kalau Nah buat abang makan tak ". Tanya isteriku.
" Abang makan kalau Nah buat ". Tersenyum isteriku lalu keluar dari bilik untuk membuat kek oren



Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Begitu sibuk dia di dapur membancuh adunan untuk kek oren. Aku yang berada didalam bilik sekali sekala berbau wangi bau oren. Jam 11 malam isteriku mengeluarkan kek dari oven lalu ditunjukkan kepada.
" Ini dia bang kek oren Nah buat untuk abang. Semoga abang hilang kesedihan ". Terharu dengan kata-kata isteriku. Aku meminta isteriku memotong kek lalu aku makan dihadapannya.
" Masyaallah sedap Nah. Terima kasih. Abang suka ". Tersenyum isteriku mendengar pujian dariku.
" Nanti bila habis Nah buat lagi ".........

 

10 comments:

Unknown said...

As salam En Arif,

Mmg sedih hilang kamera pulak tu... bkn murah2... mungkin ade hikmahnya... Allah ganti yg lebih baik nnt inshaAllah manatau menang cabutan bertuah ke nnt kan... senyum sikit 😊

blu4sky said...

salam en Arif,

Moga Allah gantikan apa yang hilang dengan yang lebih baik. Amin

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Waalaikumussalam. In Sya Allah mudah mudahan begitu. tersenyum banyak ni...

Ariff Budiman said...

blu4sky...Waalaikumussalam. Terima kasih. In Sya Allah

Miss Brenito said...

Ya Allah pandainya kak nah memujuk.. sy juga seorang isteri, kadang2 saya rasa sy amat kurang pandai memujuk suami... nak juga la buat seperti kak nah

Ariff Budiman said...

Miss Brenito...Sebenarnya masing2 ada caranya tersendiri dalam memujuk. tengoklah dulu suami cenderung ke arah mana

Miss Brenito said...

suami sy jenis tak suka panjang2kan sesuatu, as long sy say sorry bila ada buat silap, dia akan ok.. tapi sy sendri yang perasan bahawa sy tak romantik... sy sendri dpt rasakan sy kurang memujuk dia.. bila baca sini terus macam rindu pulak nak g pujuk dia...

Ariff Budiman said...

Selamat beramal Miss Brenito. In Sya Allah pasti berjaya

akuzle ayu said...

Kak Nah isteri syurga. Boleh jadi contoh.. Patut Abg Ariff syg sgt..hihi

Ariff Budiman said...

akuzle ayu...Terima kasih. Itu pasti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...