Selesai aku bertugas malam dan seperti biasa aku akan mencari mee kicap kesukaanku. Harganya boleh dikatakan berpatutan. Aku suka beli dengan harga RM2. Puas aku makan. Aku akan campur ketiga-tiga sekali iaitu mee, koay teow dan bihun. Hari ini pelanggan begitu ramai. patutlah pembantu belum datang atau bercuti. Hanya pasangan suami isteri yang menjual. Dulu isterinya yang goreng kesemuanya. Kini suaminya mengambil alih tugas menggoreng. Ramai yang sedang menanti dengan penuh kesabaran.
Aku hanya berdiam diri dan membiarkan isterinya membungkus un tuk orang yang lebih awal dari aku. Tiba-tiba aku tersentak bila suaminya bersuara
" Bagi dekat en TNB dulu ". Kata suaminya memberi arahan kepada isterinya
" En nak apa ". Tanya isterinya
" Tak apa. Saya baru sampai saja. bagi dekat yang lama menunggu ". Kataku. Malulah rasanya nak mendahului orang yang lama menunggu.
" Saya tunggu lama dah ni ". Kata seorang makcik kepadaku sambil tersenyum
" Tak apa makcik ambil dulu ". Aku berkata kepada makcik tersebut. Dalam hati aku berkata, aku juga akan pasti terasa bila menunggu dengan lama, tiba-tiba orang yang lewat datang yang dapat dulu. Bila aku yakin orang yang lebih awal dari aku sudah dapat maka aku pun bersuara
" Bagi saya mee campur bihun RM2 dan bihun saja 1 ". Tersenyum isterinya membungkus lalu dihulurkan kepadaku dan berkata..
" Akhlak en. seperti nama encik ". Aku tersenyum mengambil bungkusan darinya. Itulah nama yang ayahku berikan kepadaku.
Kenapa Suka Racist
Selepas aku membeli mee aku pulang untuk mencari nasi lemak. Isteriku tidak suka mee kicap. Jadi aku mencari nasi lemak yang dia suka. Tentu berdekatan dengan rumah kakak aku. Ketika aku hendak membayar, aku ditegur oleh seorang lelaki.
" Hang duduk mana la ni. lama tak nampak ". Kata lelaki tersebut. Aku kenal sangat lelaki tu
" Saya tinggal di Bayan Lepas. Saya beli rumah di sana ". Aku menjawab
" Hang potong nama dia. Dia bukan orang sini lagi ". Kata lelaki tersebut kepada rakannya
" Jangan senang-senang dok potong nama saya. IC masih penduduk sini lagi ". Kataku dengan nada bergurau.
" Yang dok jalan petang-petang dengan cina tu kakak adik hang ". Tanya dia
" Oooo...tu kakak saya ". Ringkas aku menjawab
" Dia boleh no dok berkawan dengan cina ". Terasa pelik pula aku mendengarnya
" Apa yang peliknya. Cina tu pun baik dan kakak saya sempat juga cerita tentang islam dekat cina tu. Perempuan cina tu pun suka dengar tentang islam ". Jawab aku
" Baik ada makna tu. Cina DAP ". Menyirap darah aku bila dia sebut perkataan tu.
" Terus terang saya katakan yang saya tak minat politik tapi saya peka akan isu semasa politik. Saya rasa akhlak DAP lebih baik dari akhlak orang melayu. Kebanyakkan orang melayu hanya pandai duduk di kedai kopi dan suka menyalahkan apa saja kebaikan yang orang lain buat ". Panjang juga aku bersyarah. Aku tahu yang lelaki tu cukup marah bila aku berkata macam tu. Dia hanya pandang kearah lain saja. Aku amat kenal lelaki tersebut. Waktu aku remaja kami menggelarnya Panglima Harimau Berantai sebab garang orangnya. Pantang dicabar maka parang akan di keluar olehnya. Mungkin lain dulu lain sekarang. Kederat untuk menyerang mungkin kurang tapi kederat mulutnya masih berbisa. Akhirnya aku minta diri untuk pulang meninggalkan panglima harimau berantai dan rakannya. Semoga Allah memberi hidayah kepada kawan kakak aku yang berbangsa cina dan semoga Allah memberi kakuatan kepada kakak aku untuk terus menerangkan islam jika berkesempatan.
2 comments:
saya juga tak suka dengan kata2 racist yang dicampur dengan politik. baik buruk perangai seseorang tu takde kaitan dengan kaum, parti politik yang disertai atau agama anutannya.
smbotak....Setuju sangat-sangat
Post a Comment