Ketika aku dalam perjalanan ke tempat kerja, Aku singgah terlebih dahulu untuk membeli nasi lemak dan kuih muih. Sedikit sebanyak aku dapat juga membantu rakanku berdikari. Setiap hari tugas rakanku mengambil nasi lemak dan kuih muih dari rumah yang telah di tempah. Dengan kereta tolak isteri adiknya yang kurang cerdik akan berada di tepi jalan menjual nasi lemak dan kuih muih. kadang-kadang bila isterinya mempunyai masalah dan harus pulang ke rumah dia akan meninggalkan jualan mereka bersama adiknya yang kurang cerdik.
Adiknya dikatakan kurang cekap dalam bab pengiraan. Selalunya dia akan bertanya berapa jumlah kuih muih atau nasi lemak yang di beli oleh pelanggan dan pelanggan tidak pernah mengambil kesempatan dengan keadaan adik mereka untuk menipu. Pernah aku bertanya suaminya adakah mereka pernah di tipu pelanggan dengan keadaan adik iparnya.
" Selama ni tak pernah ada orang tipu. Mungkin ada yang terlupa bayar. kami halalkan ". Tak pernah dia berkata yang mereka di tipu. Itulah ayat yang selalu keluar bila di tanya oleh pelanggan.
Pagi ini bila aku sampai hanya kelihatan adik mereka yang menjual. Aku mengambil sebungkus nasi lemak dan 3 biji pulut udang lalu aku hulurkan kepada adiknya
" Nasi lemak satu RM1.20. Pulut udang satu 50 sen. Semua berapa bang ". Tanya lelaki tersebut. Aku juga terkial-kial mengira. Aku dan dia adalah sama. Lembab dalam matematik
" Semua RM2.70 ". Sambil aku hulurkan duit RM3
" Berapa saya kena bagi balik dekat abang ". Tanya dia
" 3 kupang ". Sambil tersenyum dia menghulurkan kepadaku 30 sen. Begitulah keadaan bila pelanggan lain membeli. rata-rata semua sudah tahu dan ada yang telah menyediakan duit secukupnya bagi memudahkan lelaki tersebut.
Aku kagum juga dengan rakanku itu. Dia sanggup menaruh kepercayaan kepada adik iparnya yang kurang cerdik. Dia mengambil positif terhadap Allah
" Insyaallah. Allah jadikan seseorang ada kebaikannya. Rezeki Allah yang beri ". Allahu Akbar. Semoga Allah berikan rezeki yang berlebihan kepada mereka. Aku melihat setiap hari jualan mereka kehabisan. Subhanallah...
6 comments:
Dialah Ar Razzaq. Dialah juga yg Maha Memelihara...subhanallah. keyakinan yg amat tinggi kepada Allah. Muga perniagaannya terus maju dan mendapat rezeki yg halal, toyyiban penuh barokah. Aameen
Anonymous.....Betul. Kalau kita meletakkan Allah terlebih dahulu insyaallah semuanya berjalan lancar
Subhanallah bang. Perkongsian yang penuh pengajaran. T kasih
Sama-sama Shidah
Terima kasih bang utk kisah ini. Penyerahan menyeluruh pada Allah, memang tiada resah di hati. Kagum pada kisah mereka. Moga dimurahkan rezeki selalu. Begitu juga untuk abang sekeluarga.
Anonymous. T kasih kerana mendoakan untuk saya sekeluarga juga
Post a Comment