Teman-teman

Wednesday, January 21, 2015

Jangan Hanya Pandai Bercakap

Selepas solat subuh aku keluar untuk mencari kuih sagu. Sudah agak lama aku tak merasainya. Agak payah juga mendapatkannya. Kebanyakkan terdapat kuih-kuih jenis moden. Sudah merata tempat aku mencari namun hampa. Akhirnya aku singgah di gerai yang terakhir berdekatan masjid. Agak ramai yang membeli dan minum pagi. Aku mencari kuih sagu tapi tidak ada. Aku kurang berminat dengan kuih sagu. Asyik di mulut saja menyebut kuih sagu...kuih sagu. Macam la aku mengandung.
" Budiman.....cari apa tu. mai la singgah minum dulu ". Rupanya rakan-rakanku sedang sarapan pagi selepas pulang dari masjid. Berkepul-kepul asap rokok. Aku memang rimas dengan bau asap rokok.

Aku singgah sebentar sebab aku pun bertugas pagi. Aku bersalaman dan duduk sebentar. Takut pula aku di tuduh sombong bila terus pulang.
" AJL dan Kpop. Itu semua program maksiat. Aku memang tak galakkan kaum keluarga aku menontonnya. Maksiat ". Kata salah seorang dari mereka dan aku setuju sedikit sebanyak. Program hiburan yang mengkhayalkan remaja dan juga golongan dewasa.
" Harap bertudung saja  tapi boleh berpelukan dengan artis korea. Kita marah sebab ianya haram dan haram tetap haram. Tak boleh di ubah ". Kata seorang lagi. Terus di sedutnya asap rokok kedalam dan di hembuskan keluar. Kelihatan begitu nikmat sehingga matanya terpejam sewaktu menyedut asap rokok.

" Islam mengatakan yang merokok itu haram sebab ia memudaratkan kesihatan kita tetapi kenapa masyarakat kita amat susah meninggalkannya ". Aku bergurau
" Hang jangan dok ajar aku tentang kesihatan. Aku tau la nak jaga kesihatan aku ". Marah rakan aku bila aku bergurau begitu tapi aku tau dia tidak akan menumbuk aku. Sudah lama aku mengenalinya. Sama-sama mengejar burung di dalam hujan di dalam bendang ketika remaja.
" Aku minta maaf. Point aku ialah kalau kita tak boleh berubah macam mana kita nak suruh orang lain untuk berubah. Kita harus bermula dengan diri kita dulu ". Terdiam rakan aku bila aku berkata demikian.

" Aku pernah dengar seorang guru agama berkata....Kita jangan hanya menjadi orang yang pandai bercakap tapi tidak melakukan sesuatu. Bila orang berperanan kita kritik. Kita kata bukan itu caranya. Tapi bila kita di lantik kita menolak dengan alasan kita tidak layak. Ada yang lebih layak. Sampai bila kita harus merendah diri sedangkan kita melihat banyak perkara tidak sihat berlaku di sekeliling kita. Kita yang harus di persalahkan sebab suka mencari kesalahan orang lain. Tawarkan diri kita. Masuk dalam masyarakat dan berperanan. Kita juga jangan hanya menjadi keyboard warrior. Menghentam bila melihat ia tidak selari dengan apa yang kita pelajari. Kita suka mengomen dan mengkritik kononnya tidak mengikut landasan Al Quran dan As Sunnah tapi apa yang kita buat selama ini. Panjang lebar komen kita komen dalam FB. Masyarakat tetap seperti dulu. Bila ada program kemasyarakatan kita tidak ambil peduli kononnya berlaku percampuran antara lelaki dan wanita. Ruginya kita tidak berperanan ". Panjang juga aku sampaikan. Rasa rugi pula bila aku mendapat peluang begini tetapi aku tidak sampaikan.

Akhirnya aku meminta diri sebab perlu pulang kerumah dan pergi bertugas. Moga sedikit sebanyak apa yang aku katakan kepada mereka berkesan walaupun hanya 5% saja. Akhirnya kuih sagu yang aku cari tidak kesampaian. Kecewa tapi aku rasa cukup puas dapat sampaikan kepada rakan-rakanku yang baik. Moga aku dan mereka berubah kearah kebaikan.

4 comments:

insan marhaen said...

Saya pun rimas dengan asap rokok.

Kekadang, bila jamaah di sebelah saya berbau rokok, rasa tak selesa solat waktu itu.

Sayangnya, 2/3 dari anak-anak saya merokok!

Anonymous said...

begitu juga cakap2/komen2 mengenai PLKN,semuanya tidak baik,semuanya buruk,semuanya menghabiskan duit..tanpa mereka sedari kita telah menghabiskan berpuluh juta ringgit hanya untuk urusan PATI balik kenegeri mereka..itupun tidak selesai..PLKN matlamat betul cuma pelaksanaanya harus dibaiki...

Ariff Budiman said...

Insan marhein.....Moga mereka berubah

Ariff Budiman said...

Anonymous.....Saya setuju. Bagi saya PLKN amat baik cuma ia perlu di perbaiki dengan perbanyak penerapan ruh keislaman terhadap pelatih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...