Teman-teman

Thursday, January 29, 2015

Sudah Bermula

Sudah menghampiri 2 bulan aku dan isteri tidak mengayuh basikal. Balik dari kerja aku mengajak isteriku mengayuh basikal. Selepas solat asar kami keluar bermula dari rumahku yang kedua ke tempat rumah aku yang pertama bersama arwah Siti Aishah. Jaraknya hanyalah 3 KM saja. Laju juga isteriku kayuh. Jenuh aku mengejarnya. Kadang-kadang aku memotongnya dan begitu juga sebaliknya.


Merata tempat kami singgah untuk berehat. Tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada badan setelah agak lama tidak mengayuh. Takut dia memberontak. Susah nanti kami. Alhamdulillah berpeluh juga kami setelah 1 setengah jam mengayuh.


" Bang,,,malam ni kita makan ini saja boleh ka ". Kata isteriku sambil tersenyum membawa makanan untuk kami
" Boleh saja....". Ringkas jawapanku. Kenyang juga bersama buah betik. Semoga kami istiqamah untuk terus mengayuh.


Bila berada di tempat kerja aku pastikan yang aku bermukla dengan senaman sebelum melakukan apa-apa tugasan. Alhamdulillah kali ini aku dapat melakukan sebanyak 60 kali sebelum memulakan tugas.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...