Teman-teman

Monday, January 12, 2015

Tidak Mampu Berdiam Diri

Hampir setiap hari kita melihat di kaca tv tentang banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini. Ia merupakan tsunami darat mengikut kata rakyat Kelantan. Alhamdulillah ramai rakyat Malaysia di kalangan persendirian dan NGO yang membantu. Sejak kematian isteriku pada tahun 2008 aku tidak lagi bergiat dalam program amal. Bukan aku marah terhadsap Allah tapi bagiku seolah-olahnya aku telah kehilangan separuh badanku. Dialah pemberi semangatku ketika aku kecundang. Pernah seorang makcik di tempat tinggal aku berkata
" Sejak Budiman tak memegang jawatan lagi tak banyak program surau dibuat untuk anak-anak dan dewasa. Program kuliah saja dibanyakkan tapi kebanyakkan orang luar saja yang datang ". Aku hanya mampu mendengar.

Aku isteri dan 2 ibu angkat sedang memilih kacang tanah

Hati aku ketika itu sudah tertutup untuk bergiat semual untuk membuat program. Aku pernah berkata kepada isteriku
" Hanya masa dan keadaan yang akan buat abang bergiat balik seperti dulu ". Isteriku hanya terdiam. Suatu hari entah kenapa tiba-tiba saja hati aku berkata untuk melakukan sesuatu untuk mangsa banjir. Aku bercadang nak buat sambal tumis ikan bilis sebanyak 500 bungkus. Aku berbincang dengan wanita surau dan mereka sungguh gembira dengan cadangan aku. Sudah lama juga mereka tidak buat program amal. Akhirnya aku postkan hasrat aku ke fb. Manalah tahu kalau ada rakan-rakan yang nak membuat amal.

Wanita surau sedang membuat serondeng ikan

Alhamdulillah. Ramai yang respon dan memberi sumbangan. Di atas kepercayaan merekalah yang membuat aku begitu semangat. Wanita surau pun bertungkus lumus mencari sumbangan. Masing-masing gembira dengan program amal ini. Pada 7 Januari 2015 bermulalh seawal pagi program amal ini. Kata wanita mereka juga akan membuat serondeng ikan untuk di berikan kepada mangsa banjir. Aku sempat berbual dengan mereka dan beritahu keperluan yang amat di perlukan seperti tudung, sejadah, telekung dan baju sekolah. Tiba-tiba seorang wanita bersuara
" Budiman....Boleh tak kami nak sumbang telekung ". Subhanallah kataku. Terus wanita tersebut mengambil buku dan pen. Katanya nak mencari sumbangan. Ramai yang nak menyumbang tapi tak tahu caranya dan inilah masanya.

Aku serta ibu angkat sedang membasuh kacang tanah

Aku kagum dengan mereka. Beritahu saja program apa dan mereka akan bekerja dengan penuh semangat. Perbezaan politik di ketepikan. Dalam masa sejam saja mereka telah dapat mengumpul sebanyak RM1000 untuk sumbangan telekung saja. Masyaallah. Kata mereka sebelah petang mereka akan membeli telekung di Mydin. Bila dah ramai yang tolong maka kerja pun menjadi mudah

Serondeng ikan

Alhamdulillah akhirnya sambal ikan bilis dan serondeng telah siap di bungkus dan akhirnya di masukkan kedalam kotak. Aku mendapat berita yang wanita dapat membeli sebanyak 35 telekung dan 33 sejadah. Ada pula yang menyumbang sebanyak 25 kotak air mineral. Ketika program kuliah di beritahu juga tentang program ini dan alhamdulillah sebanyak RM2300 dapat di kumpul.

Aku menerima sumbangan wang dari Pengerusi Surau

Aku berdoa kepada Allah moga amal-amal kecil berbanding mereka yang berada di sana dan melihat sendiri kesengsaaraan yang ditanggung oleh mereka. Aku juga berdoa kepada Allah moga ini bukanlah yang terakhir tapi permulaan yang baik buatku setelah begitu lama berehat. Biarlah suara-suara sumbang yang memarahiku sebelum ini. Aku hanya mampu mendiamkan diri tanpa memberi sebab musabab. Biarlah Allah saja yang tahu apa yang tersirat di hati aku selama ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...