Teman-teman

Wednesday, April 22, 2015

Bila Berpeluang Lakukanlah

Aku dan isteri ke Prangin Mall Pulau Pinang. Niat di hati ingin membeli jet fighter untuk koleksiku. Aku berminat yang jenis besi dan bukan plastik. Walaupun sedikit mahal aku tetap akan beli sedikit demi sedikit. Dapat gaji akan aku beli satu ataupun dua. Bila sampai kami terus pergi kearah 2 orang gadis cina yang meniaga disitu. Terus aku minta jet fighter jenis MIG.
" Berapa harga jet ni ". Aku bertanya mereka
" Harganya RM29.90. Encik bagi RM29 sudah ". Kata salah seorang dari mereka. Terdapat 4 warna jet. Aku sudah mempunyai warna biru dan hitam. Jadi aku mengmbil warna merah. Gadis tersebut terus membungkus jet dan aku menghulurkan kepadanya RM20+20 sebab tiada duit kecil. Gadis tersebut dan memulangkan kepada aku wang RM20. Terus kami pergi dari situ.

Ketika berjalan aku berkata kepada isteriku
" Nah. Perempuan tu kata harga jet RM29. Abang bagi RM40. Pasai apa dia balik RM20. Tentu dia tersilap kira ni ". Isteriku terdiam
" Abang pasti ka yang abang bagi RM40. Cuba abang cek beg duit ". Kata isteriku dan aku terus check. Memang benar aku beri RM40 kepada gadis cina tersebut
" Kita kena bagi balik bang duit yang silap ". Kata isteriku. Aku bersetuju sebab bukan akhkak islam mengambil kesempatan dari kesalahan orang lain walaupun kita sendiri tahu yang dia tersilap.

Kami terus kearah 2 gadis tadi. Mereka terkejut melihat kami
" Encik tadi ada tersilap sikit ". Kata gadis cina
" Saya tau sebab tu saya patah balik. Harga RM29 dan you bagi balik saya RM20. Islam ajar saya tak boleh ambil wang yang bukan hak saya walaupun you sudah buat silap. Saya tak boleh ambil kesempatan ".Sambil aku menyerahkan wang sebanyak RM10. Sewaktu menerima wang dari aku kedua-dua gadis cina tersebut menunduk tanda hurmat kepada kami
" Tenkiu...tenkiu ". Kata mereka. Bila kami beredar mereka masih lagi mengucap terima kasih kepada kami.

Bagiku, aku cukup merasa puas. Sekurang-kurangnya bila kami mendapat peluang untuk menerang islam kepada yang bukan islam akan kami lakukan. Cuma kali ini kami lakukan dengan cara perbuatan kami. Moga mereka tidak memandang islam sebagai perosak atau pengganas. Islam itu sebenarnya indah. Ia bukan saja indah kepada orang islam sendiri tapi kepada mereka yang bukan islam.

2 comments:

insan marhaen said...

bapa mertua aku pun ada banyak koleksi.

koleksi paling besar ialah kapal yang menggunakan layar.

selain itu koleksi cap, surat-surat mesyuarat, selain koleksi basikal, lori kecil, kereta, kapal terbang dan lain-lain.

semuanya di simpan dalam almari klasik diperbuat dari kayu jati...

Ariff Budiman said...

insan marhein....Seni orang lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...