Teman-teman

Thursday, April 16, 2015

Mini Taman

Semasa berada di Cameron Highland isteriku begitu lama bila berada di dalam kawasan pokok bunga. Katanya nak beli pokok bunga walaupun dia tahu yang kawasan rumah kami bukannya sekangkang kera tapi kera nak kangkang pun susah. Atas minatnya terhadap pokok maka dapat juga buat mini taman yang kecil.


Selepas pulang dari CH, keesokkan harinya aku dan dia kerumah ibu mertuaku untuk mengambil tanah bakar. Aku follow saja janji dia terhibur sudah.Pokok bunga ros dan pokok halau nyamuk masih belum di pindahkan lagi.
" Mak...Kami mai ni nak ambik tanah bakar. Rosnah nak tanam pokok bunga ". Aku berkata kepada ibu mertuaku yang hanya tersenyum. Ketika mengcangkul tanah aku masih sempat bergurau dengan isteriku sambil menyanyi lagu P Ramlee
" Beginilah nasib..diriku yang malang oh tuhan. Tak boleh bersenang lenang. Berehat sekejap isteri dah meradang. Kerja berat takut reput tulang ". Isteriku tertawa bila aku menyanyi mirip suara P Ramlee. Tapi aku tahu dia tidak akan mengambil hati dengan nyanyian aku.


Aku cukup suka bergurau. Itupun kalau ada yang pandai tackle aku. Akhirnya impian isteriku untuk memiliki mini taman bunga berjaya lalu pokok bunga ros dan pokok halau nyamuk di pindahkan kedalam pasu..


Setiap hari dan petang tidak jemu isteriku ziarah dan melihat tamannya. Bunga ros pula banyak yang tumbuh


Pokok halau nyamuk di sebelah pokok ros


Jadi aku ambil kamera lalu tembak satu persatu. Seronok pula rasanya. Lama aku tak menembak selepas kameraku hilang.


Insyaallah kalau ada rezeki boleh la cari rumah lain yang mempunyai kawasan yang luas. Stakat ini kami hanya mampu bersyukur dengan rumah yang ada






5 comments:

radziah AR said...

en. arif...pokok halau nyamuk tu pokok kembang 10 atau japanese rose tu ka?
geram tgk ros pn. rosnah...satu pasu banyaknya bunga...terapi minda betul...

Ariff Budiman said...

radziah AR. Pokok halau nyamuk yang tajam2 macam pokok Rhu

Nani said...

cantiknya bunga ros tu..
org selalu kata klu beli bunga kat CH tu klu dibawak turun ke tempat kita, pokok tak berapa nak jadi, betul ker...

Ariff Budiman said...

Nani...Pernah saya beli bunga di CH ada yang mati. Kalai ni kami bawa ke kedai cina yang jual bunga. Minta tolong tunjuk ajar. Dia masukkan tanah merah dalam pasu dan suruh beli jala hitam. Bunga ros CH tak boleh kena panas

Ariff Budiman said...

Waalaikumussalam Anonymous. Yang ni tak berbau. Isteri saya beli di Cameron Highland

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...