Jam 8.30 pagi kami menaiki bas Pariwisata. Cukup selesa bila berada di dalam bas. Pak Hendri banyak bercerita dan bergurau semasa dalam perjalanan. Seronok melihat pemandangan dan budaya negara orang. Ia berlainan dengan budaya rakyat Malaysia. Budaya disini lebih banyak bertolak ansur. Tidak kepentingan dalam memandu.
Setelah berada di dalam selama 1 1/2 jam kami berangkat menuju ke destinasi lain. Kata Pak Hendri kami akan di bawa menikmati kuih neraka tapi isinya syurga. Kami tertawa dengan ayat dari Pak Hendri. Apa itu kuih neraka. Akhirnya kami sampai di kedai Bika Talago. Menurut kata Pak Hendri batang kayu yang di gunakan untuk membakar kuih ialah dari pokok kayu manis. Kulitnya sudah di ambil jadi batangnya digunakan untuk membakar kuih. Sungguh unik.
Akhirnya baru kami faham apa yang dikata oleh Pak Hendri. Kuih neraka. Sebabnya kuihnya perlu dibakar. Ia seperti kuih dangai di malaysia dan rasanya cukup enak seperti kata Pak Hendri. Rasanya syurga. Pandai pemandu pelancung kami bergurau. Aku membeli sebanyak 10 keping untuk kami makan semasa berada di dalam bas. Dalam perjalanan Pak Hendri berkata kami akan menuju ke Pusat Kebudayaan Minangkabau Padang panjang.
Kata Pak Hendri di situ tak ramai pengunjung seperti di Istana Pagaruyung. Jadi kalau kami nak mencuba memakai pakaian tradisi masyarakat Minangkabau maka di sinilah tempatnya. Bayaran dikenakan sebanyak RM10 untuk sepasang.
Aku dan isteri tidak melepaskan peluang bergambar dengan memakai pakaian tradisi masyarakat Minangkabau. Kaum keluarga yang lain tertawa melihat gelagat kami. Kata mereka persis seorang raja dan permaisuri. Setelah masing-masing enjoy dengan pakaian tradisi kami berangkat menuju ke Istana Pagaruyung.
Setibanya kami disana memang kelihatan begitu ramai pengunjung dengan pakaian baju tradisi. Mujur kami menerima sarana Pak Hendri untuk bergambar dengan pakaian tradisi di pusat kebudayaan. Istana yang mempunyai 3 tingkat baru saja dibaiki menurut kata Pak hendri. Ia terbakar setelah di panah kilat. Struktur asalnya masih tidak berubah. Setelah berpuas hati dengan Istana pagaruyung kami menuju ke tempat membuat pisang salai mengikut kata Pak Hendri.
Kami di tunjukkan bagaimana cara membuat pisang salai dan kerepek pisang. Cukup enak dapat merasa pisang salai yang fresh. Kami juga diberi minum kopi percuma. Ada kopi khas untuk mereka yang berkeluarga. Kata Pak Hendri ia di beri gelaran minum seorang enjoy 2 orang. Kami tertawa mendengarnya dan hasilnya ia menjadi bualan kami sepanjang berada di dalam bas. Cantik juga pemandangan di luar kawasan. Aku memang pantang melihat keindahan. ada saja aku nak snap. Bukan mudah nak dapat macam ini
Sebelum pulang ke hotel kami singgah menjamu selera di sebuah restoran yang dikelilingi oleh sawah padi dan kolam ikan. Ia cukup mendamai dan menyelerakan. Semasa berada di dalam bas menuju hotel, kami di beritahu tentang perancangan esok. Kami akan dibawa ke tempat kelahiran Buya Hamka dan melalui kelok 44. pastinya ia begitu mengujakan
No comments:
Post a Comment