Pagi ini aku terpaksa beratur panjang demi roti canai. Banyak kedai yang tidak berniaga. Hanya kedai mamak yang buka. Maka roti canai serta nasi kandar menjadi pilihan masyarakat. Aku suka dengan kedai mamak ini. Pertama kali aku jejak masuk kedalam kedainya walhal sudah lama ia dibuka malah berdekatan pula dengan rumahku. Orangnya tidak sombong dan tidak kedekut. Mintalah kari apa saja. Dengan senyuman dia berikan. Bukannya orang minta banyak pun. Aku memesan sebanyak 6 keping roti canai dan meminta kari ikan. Sementara menunggu roti canai siap mamak membungkus kari ikan untukku.
" Mamu...cukupka kari ikan ". Sambil menunjuk kari ikan yang telah dibungkus.
" Boleh tambah sikit lagi. Tak apa saya bayar lebih pun tak apa ". Kata aku berlapik sebab kebanyakkan kedai mamak amat kedekut.
" Tak pa...tak pa. Cukup ka banyak ni ". Aku berkata lebih dari cukup. Senyum saja mamak. Aku sudah menyukai kedainya.
Datang 2 orang lelaki. Seorang berjanggut dan berjubah dan seorang lagi berteluk belanga. Mereka memesan roti canai dan minuman. Lelaki berjubah tadi menyeluk tangannya kedalam jubah lalu mengeluarkan kotak hkimat. Diambil satu lalu diletakkan dibibirnya lalu menyalakan api. Aku melihat dengan penuh minat. Berkepul- kepul asap yang di keluarkan dari mulut. Dia terus membiacarakan tentang isu kalimah Allah yang menjadi topik hangat di Malaysia.
" Kalimah Allah milik orang islam. Mana boleh orang Kristian nak guna. Kita wajib tentang ". Hebat pendirian mereka tapi yang rokok di bibir itu adakah ia satu kelonggaran atau ruksah. Aku masih ingat tentang fatwa mufti negeri Pulau Pinang yang dikeluarkan pada tahun 1993 yang mengatakan bahawa Rokok Itu Haram.
Dalam surah Al Araf ayat 157 Allah telah bersabda yang bermaksud, " Dan dia ( rasul )
menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk ".
Imam Syafie menafsirkan BURUK itu sebagai ' sesuatu yang diharamkan berdasarkan hujah syariat termasuk sesuatu yang kotor dan keji. Rokok dengan mengandungi 4000 bahan kimia beracunnya ada termasuk dalam katogari kotor dan keji ini. Merokok boleh melemahkan umat islam dan membawa mereka kepada maut.
Aku masih ingat ketika isteriku sakit. Dalam tubuh isteriku umpama lebuh raya yang menjadi laluan makhluk jahat keluar masuk. Ada kenalan telah membawa guru tarikat serta pengikutnya untuk merawat isteriku. Aku terima saja asalkan isteriku dapat dipulihkan. Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Kalau dia sakit aku juga yang terasa. Kalau dia menangis aku juga begitu. Selepas isteriku di rawat mereka berehat seketika. Aku menghidangkan mereka minuman ringan. Ketua mereka mengeluarkan rokok lalu menghisap didepanku. Ketika itu dalam hati aku berperang. Apakah mereka menghalalkan rokok yang islam sendiri mengatakan haram. Aku hanya mampu diamkan diri sambil tepat mata memandang ketua kumpulan tarikat. Demi isteriku aku hanya diamkan diri walaupun aku begitu tertekan melihat gelagat mereka yang bersahaja menghisap rokok.
Tiba- tiba ketua mereka tersenyum melihat aku tercegat melihat mereka merokok
" Anta terkejut ka tengok kami merokok ". Aku tersentak dengan teguran ketua tadi. Adakah dia dapat membaca apa yang berlegar di hati aku.
" Sebenarnya dalam pengajaran kami, kami mengharuskan menghisap rokok. Ada ketikanya rokok diharuskan ". Aku terdiam sebab belum pernah lagi semnejak aku belajar agama ada ketikanya rokok diharuskan hisap tapi mereka telah melakukan sesuatu yang baik terhadap diri serta isteriku maka aku hanya diam sambil tersenyum mendengar hujah dari mereka. Aku tidak mahu bertengkar. Mungkin mereka mempunyai hujah yang aku sendiri tidak belajar.
Dalam surah An Nisa ayat 29 Allah telah bersabda yang bermaksud,
" Jangan kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah maha pengasih padamu ".
Dalam sebuah hadis, Ummu Salamah berkata, " Rasulullah saw melarang mengambil setiap bahan yang memabukkan dan apa yang melemahkan badan ".
Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan orang lain. Rasulullah saw bersabda,"
( Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud )
Islam melarang sebarang perbuatan yang bboleh memudaratkan orang lain. Rasulullah saw bersabda, " Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin atau menipunya ".
( Hadis riwayat Tarmizi )
merokok mendatang kemudaratan kepada orang lain melalui asapnya.Pembaziran di tegah oleh agama.Allah telah berfirman dalam surah Al Israk ayat 27 yang bermaksud, " Janganlah kamu membazir kerana sesungguhnya mereka yang membazir adalah saudara-saudara syaitan ".
Berkata HAMKA. " Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosakkan jiwa. Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa ".
Fikir-fikirkanlah....Maaf kalau ada yang terkasar
Teman-teman
Wednesday, October 16, 2013
Monday, October 14, 2013
Bila Bertemu
Ahad - Aku mendapat arahan dari ketuaku untuk standby. Katanya bos nak turun dan beberapa orang pegawai dari KL akan turun juga untuk menyaksikan satu kerja yang lama terbengkalai. Hujan lebat turun tidak henti-henti. Macam mana lebat sekali pun aku tetap menggunakan motosikal menyusuri jambatan. Aku tahu akan kesesakan yang pasti berlaku setiap hari di atas jambatan Pulau Pinang. Bila tiba sudah ada yang menunggu. Nasib baik bukan bos. Bos datang lalu bersalaman. Ramai juga jurutera baru dari KL turun ke penang.
Aku terkejut melihat seorang rakan baikku. Sudah hampir berbelas tahun kami tidak bertemu. Badannya sudah kurus dan memakai ketayap. Sudah berubah benar penampilannya. Kalau dulu dirinya kelihatan comot dan pernah menjadi bualan kawan-kawan dia kuat minum minuman haram. Sebab itu badannya nampak berlainan. Hujan masih lebat di luar. Kerja masih tidak dapat dilakukan dalam keadaan hujan sebab bahaya. Bos membuat ucapan pembukaan. Selepas itu kami hanya berbual mengikut topik masing-masing.
" Ehhh...engkau dah kurus K....Cerita ler sikit macam mana kau kuruskan badan ". Kata bos kepada rakanku. Tertawa kecil rakanku. Mukanya nampak berseri kali ini
" Tak ada diet apa bos. Macam ni. isteri saya disahkan mengalami kerosakan hati. Jadi doktor telah membuat keputusan untuk membuang hati. Setelah hati isteri saya di buang dia tidak boleh makan makanan yang berminyak langsung Jadi bermula saat itu saya terpaksa mengikut stail pemakanan isteri saja dengan hanya makan sayur-sayuran. Sudah 10 tahun isterinya begitu. Sebab tu badan saya macam ni ". Nampak air matanya berlinangan.
Rakanku seorang suami yang baik. Bisik hati kecilku. Tabah menghadapi dugaan dari Allah. Payah dapat suami yang sanggup menahan sabar ketika menjamu selera bersama isterinya.
" Di sebab isteri saya, banyak perubahan berlaku pada diri saya bos ". Kata rakanku. Bos hanya terdiam sebab dia tidak tahu apa yang berlaku kepada rakanku 10 tahun yang lalu.
" Isteri saya kena santau angin bos sewaktu kami makan di Gerik. Sudah beberapa belas ribu yang kami habiskan untuk merawat isteri saya. Akhirnya di sebabkan santau, hati isteri saya mengalami kerosakan. Tapi tak apa. Walaupun hatinya telah tiada janji kami dapat bersama ". Aku mengalir airmata mendengarnya. Sekurang-kurang isterinya terselamat. Isteriku pula di sebabkan santau telah menhancurkan segala organ dalamannya. Itulah santau tuju. Ia di tujukan khas kepadanya.
Aku hanya mendiamkan diriku. Aku berharap jangan ada di antara rakan-rakanku bertanya akan kisahku. Tak sanggup aku mengenangkan tragedi hitam yang berlaku terhadap isteriku. Aku menyeka airmataku dan bos melihat.
" Rip...Kau menangis dengar cerita K....". Kata bos bergurau. Aku tersenyum tapi fikiranku jauh melayang mengenangkan isteriku. Aku gagal membantu isteriku. Rakanku telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk merawat isterinya. Bertuah isterinya punyai seorang suami seperti rakanku. Aku bangun dan terus keluar lalu masuk kedalam tandas. Aku menangis menangis dan menangis.
" Maafkan abang Siti. Abang gagal menjadi seorang suami yang sepatutnya menjaga Siti. Abang minta maaf....... ". Huhuhuhu.....

Saturday, October 12, 2013
Di Mulakan Dengan Bismillah
Aku, isteri serta anak gadisku awal pagi telah bertolak ke gudang perkahwinan A - Z. Ia merupakan tempat perniagaan untuk barangan perkahwinan. Semuanya ada di situ. Bila masuk saja mata bagaikan juling bila melihat bermacam-macam jenis cenderamata dan berbagai jenis barang untuk majlis perkahwinan. Akhirnya kami membeli beg yang akan diberikan kepada tetamu. Aku mengajak isteri serta anak gadisku ke Mydin Penang untuk mencari barangan tambahan. Selesai membelinya anak gadisku mengajak kami makan roti Naan Tandoori. Naan Tandoori merupakan kesukaan kami sekeluarga.
Di sini kelihatan begitu banyak makhluk yang meriah dengan makanan. Dengan perut yang buncit. Ada yang berbulu dada mengurut perut akibat kekenyangan. Tak apalah itu di meja dari keluarga india. Tiba-tiba sebuah kereta tergesa-gesa parkir keretanya di tempat parkir motor tanpa memperdulikan tempat itu. Terus dia membuat pesanan. Keluar kedua orang tuanya. Orang islam rupanya. Si ibu dan ayah memilih meja di sebelah kami. Aku hanya memerhati tetapi perhatianku adalah kepada satu makhluk seperti menanti sesuatu.
Datang si anak membawa makanan. Si ayah mengambil dan dengan muka yang ceria hendak memasukkan roti kedalam mulutnya. Cepat-cepat makhluk itu memuntah makanan yang di makan di sebelah. Geli aku melihat. Aku cerita pada isteri dan anak gadisku. Isteriku menyuruh aku memandang ke arah lain.
" Sama saja kemana abang pandang. Abang kena pandang siling kalau macam itu ". Isteriku tersenyum mendengar kata-kataku. Pembaca boleh melihat wajah makhluk seperti gambar ini. Dia yang makan dahulu sebelum kita andaikata kita tidak membaca Bismillah....
Kita boleh amal sebelum membaca Bismillah kita membaca doa makan terlebih dahulu. Didiklah anak-anak kita dengan membaca Bismillah sebelum makan. Ingatkan mereka dengan kalimah agung ini. Kalau setiap hari kita amalkan amalan ini insyaallah akan menjadi kebiasaan kita membaca doa dahulu sebelum kita makan. Bukan kita hendak menunjuk-nunjuk kepada orang tetapi kita harus tahu itu merupakan ajaran islam. Tentu ada sebabnya dan sebabnya ialah ini. Tanpa membaca Bismillah ada makhluk yang akan kencing dan muntah di atas makanan kita. Sebab itu ada di kalangan kita yang terasa amat mengantuk serta letih selepas makan. Kita tidak bermaya selepas makan. Sebabnya kita lupa akan kalimah agung ini. Bermula pada hari ini marilah kita ubah cara hidup kita seperti lirik lagu nasyid dari kumpulan Raihan
Di mulakan dengan Bismillah
Di sudahi dengan Alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Moga kita di rahmati Allah.
Selamat beramal
Monday, October 07, 2013
Aku Sentiasa MerinduiMu
Aku membuka peti sejuk. Ternyata buah rambutan gading hampir kehabisan. Cepat-cepat aku menyalin pakaian untuk mencari bekalan. Harap-harapnya masih lagi terjual buah rambutan gading. Aku begitu mencintainya semenjak remaja lagi. Bila sampai di gerai buah aku bagaikan hendak menjerit kesukaan bila melihat longgokan buah rambutan merah dan gading.
Harganya sama macam buah dokong. Sekilo RM3.50. Kalau beli 3 kilo harganya RM10. Aku hanya beli sekilo saja. Buah rambutan gading tidak dapat bertahan lama. Kalau terbiar lama ia akan cepat busuk. Jadi lebih baik aku beli sekilo dulu.
" Rasa dulu baru beli ". Kata rakan aku yang merupakan tauke gerai. Kalau rasa saja entah-entah sudah masuk dalam setengah kilo.
Bila pulang aku mengasing kulit dan isinya. Akan ku simpan didalam peti sejuk. ia dapat bertahan lama. Hairan juga sekilo yang aku beli agak banyak juga tapi inilah hasilnya bila diletakkan didalam pinggan. Yang bakinya sudah berada di dalam perutku.
Rambutan yang lama aku potong dan mengambil isinya. Tujuannya ialah untuk membuat jus. Setelah di potong aku rebus dan masukkan sedikit gula. Bila sejuk masyaallah rasanya macam jus buah rambutan di dalam tin. Esok aku akan mencari lagi. Susah untuk aku berpisah dengannya. Aku mengenalinya begitu lama. Ia tetap di hatiku.
Sunday, October 06, 2013
Tuhan Tolonglah...Ku Cinta Ia...
Aku kepasar malam untuk mencari makan. Dalam pencarian entah macam mana terlihat bunga betik dan bunga paku rawan. Terus aku beli. Sudah terbayang apa yang akan di buat dengan ini semua. Pantang aku bila melihat pucuk ini.
Keesokkan harinya aku ke pasar mencari koleksi tambahan untuk ramuan kerabu kesukaanku. Sebelum aku ke pasar, aku kerumah mak mertua untuk bertanya samada boleh atau tidak dia buatkan kerabu untuk aku.
" Boleh...Bawa mai la mak nak buat ". Itulah jawapan yang aku nantikan
Pagi ni terdapat banyak sungguh pucuk paku. Mungkin musimnya. Aku beli 3 berkas dengan harga RM3. Aku beli tauge sebanyak 50 sen. Hujan di luar turun dengan lebatnya. Ini membuatkan aku bertambah tidak sabar untuk menghabiskan shopingku
Mak mertuaku beritahu yang kerisik di rumah telah kehabisan jadi aku harus beli di pasar. Kalau kerisik yang dibuat sendiri lagi terasa keenakkan kerabunya. Kadang-kadang aku belah kelapa untuk mak mertuaku agar dapat dia membuat kerisik untuk di simpan.
Tiba-tiba aku teringat yang perut lembu dan udang belum di beli lagi. Campuran inilah membuatkan kerabu begitu enak. Alhamdulillah aku beli perut sebanyak 1/2 kilo untuk di rebus dan di potong halus
Kini sudah lengkap pembelianku. Sekarang tugas seterusnya ialah memberi bahan-bahan kepada mak mertuaku. Aku belikannya ikan untuk di goreng dan sepapan telor ayam sebagai ucapan terima kasih. Penuh juga dalam rag motor aku. Mak mertua tersenyum menerima barangan dariku.
Aku meminta diri dari mak mertua untuk membawa anak gadisku melihat barangan perkahwinannya pada bulan Januari 2014 di A - Z Seberang Jaya. Aku berkata selepas zohor aku akan datang mengambil kerabu.
Jam 11 pagi kami ke Seberang Jaya untuk mencari bahan-bahan perkahwinan. Memang banyak pilihan di sini. Anak gadisku berkata yang dia sudah rambang mata melihat barangan yang berada di dalam.
Selepas zohor kami pulang kerumah. Aku singgah di rumah mak mertua untuk mengambil kerabu. Di berinya satu tuppaware besar kerabu. Masyaallah...Sedapnya bila aku rasa
" Abang dah minta resepi dari mak mertua abang ". Tanya isteriku sebab dia sudah lupa tentang kerabu. Tetapi aku tidak dapat berpisah dengannya. Aku kata yang aku faham apa yang di ceritakan oleh mak mertua. Tak sempat nak menulis. Jadi aku snap saja
Kata mak mertuaku. Pertama mesti ada kerisik. Sebungkus RM2 saja di Penang. Beras di goreng hingga kekuningan dan di blend sehingga halus. Rebus perut lembu dan potong halus. Buatkan sambal belacan sedikit. Campur kesemuanya dan gaul. Lepas tu masukkan pucuk-pucuk yang di beli tadi. Ala kaum wanita dah terror. Bila baca senang menangkapnya. Akhirnya inilah hasilnya. Aku namakannya Kerabu 1 Malaysia. Aku cinta padanya.....
Saturday, October 05, 2013
Macam-Macam Cerita Dan Pengajaran
Aku bertugas malam. Bila tiba di rumah aku sudah bertekad nak exercise dulu barulah aku nak tidur.
" Abang tak mengantuk ke baru balik kerja. Nak joging pula ". Kata isteriku
" Belum rasa nak tidur lagi. Abang nak keluarkan peluh dulu. Barulah hilang kerunsingan ". Kataku kepada isteri
" Abang ada masalah yang di fikirkan ke. Kenapa tak ceritakan saja ". Tanya lagi isteriku. Malas aku nak memikirkan tentang masalah. Biar aku kosongkan mindaku dengan bersenam. Alhamdulillah aku dapat melakukannya. Terasa badan ringan. Jam 10 pagi baru tidur. Aku tersedar jam 12 tengahari. Bergegas aku ke tandas sebab aku akan menziarahi kakak aku yang berada di hospital. Biar aku solat zohor di surau hospital saja.
Ketika aku tiba di hospital azan telah lama berlalu. Aku terus mengambil wuduk dan solat zohor berjemaah. Isteriku di rumah masih lagi demam. Jadi aku pergi keseorangan. Ketika berada bersama kakakku dia menceritakan yang ada pelawat bila datang suka menakutkannya. Mereka berkata penyakit yang dihadapi kakakku di peringkat permulaan. Itu bukan caranya adab orang islam menziarahi pesakit. Aku pernah menyertai NGO ketika program ziarah pesakit. Kami di ajar agar memberi pengharapan kepada pesakit. Di akhir sesi kami akan berdoa untuk mereka tidak kira mereka yang beragama islam atau bukan. Bulan depan bila kami datang kembali ada pesakit yang bukan islam begitu ceria meminta kami berdoa untuk mereka.
Aku masih ingat ketika terlantar di hospital disebabkan tidak dapat membuang air kecil di tambah dengan kekerapan menjadi batu karang. Aku diziarahi rakan-rakan. Tiba-tiba masuk doktor pakar memberitahu akan keputusan ujian darah.
" En Ariff.....You kena buat dialisis dengan segera. Kerosakan buah pinggang membuatkan you tidak dapat membuang air kecil ". Aku menangis menerima berita dari doktor. Rakan-rakan mula bersuara.
" Tak apa Budiman. Penyakit ni dia mai 3 serangkai. Buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. Kalau ketiga-tiga ini ada memang tak ada harapan ". Aku yang sedang serabut dengan masalah kini di tambah dengan bebanan rakan-rakan. mereka umpama Limau Purut 3 serangkai. Buta perut tak ada akai ". jadi kepada pembaca sekelian, andaikata kita hendak ziarah pesakit, berilah pengharapan kepadanya. Sebelum pulang berdoa untuknya. Itu yang terbaik.

Jam 2.30 petang aku keluar dari wad. Perut terasa begitu lapar sekali. Aku singgah di gerai tomyam berdekatan hospital. Banyak pilihan di situ. Anak gadisku pula telepon minta aku tolong belikannya nasi goreng ayam.
" Ayah minta cabai potong lebih sikit ". Kata anakku. Aku minta nasi paprik dan nasi goreng ayam serta cabai potong. Memang aku amat suka sayur paprik. Bila makan ternyata memang sedap. Kelihatan di sebelah aku seorang sedang makan dengan begitu nikmat sekali. Dia tidak sedar ada makhluk bermata panjang. Merah biji matanya. Telinganya tajam. Dia makan lalu di luahkan kembali makanan itu. Pemuda tersebut makan sambil bermain talifon. Tentu pemuda itu tidak membaca Bismillah. Sebab itu islam mendidik umatnya sebelum makan hendaklah membaca doa dan Bismillah. Kalau tidak tentu makhluk lain yang makan dulu. Aku mengubah tempat dudukku membelakanginya. Nanti aku pula tak lalu nak makan.
Selesai makan aku bangun untuk membayar makanan.
" Berapa semua ". Aku bertanya tukang masak merangkap sebagai pengurus wang
" Semua RM12 ". Katanya. Serius wajahnya. Tiada senyuman. Aku membelek bungkusan mencari adakah cabai potong permintaan anakku di masukkan
" Cabai potong dah masuk dalam plastik ". Aku bertanya
" Apa dia.... ". Tanya wanita btersebut sekali dan aku mengulangi apa yang aku sebut tadi
" Tu ada dalam bungkuih ". Macam nak terkeluar biji mata. Aku menghulurkan wang kepadanya. Dia memberi baki wang tanpa senyuman dan tanpa perkataan. Aku mengambil wang tersebut.
" Terima kasih ". Baru terpaku wanita tersebut mendengar ucapan dariku. Mereka harus di beri kursus kualiti. Bagaimanan nak berhadapan dengan pelanggan.
Aku singgah pula di Lorong Kulit untuk membeli buah-buahan. Aku berlegar-legar dan akhirnya aku mengambil buah epal hujau, Buah plum dan buah rambutan gading. Ini semua untuk makanan malamku. Aku menghulurkan wang kepada penjual buah.
" Terima kasih tauke. Esok datang lagi. Kalau ada buah yang tak elok bagitau saya ". Dengan senyuman tauke cina mengucapkan terima kasih kepadaku. Sudah terbalik. Sepaptutnya orang islam yang mengamalkan budaya ini. Ini penjual yang Non muslim pula begitu berakhlak. Ketika dalam perjalanan isteriku menaliponku.
" Abang ada di mana ". Tanya isteriku
" Di Jelutong. Ada apa Nah ". Jawabku ringkas
" Tak apa. Abang dah jauh ". Kata isteriku
" Tak apa. Nah bagitau nak apa. Insyaallah abang belikan ". Kataku
" Nah teringin mee rebus Sungai Pinang ". Katanya isterku. Aku perkenalkan mee rebus kepadanya. Katanya sedap.
" Tak apa. Untuk Nah abang patah balik pun tak apa ". Kataku. Siapa tak sayang bini oiiii.......
Friday, October 04, 2013
Telah Tiba Zamannya
Rasulullah s.a.w. telah bersabda sesungguhnya
"Akan tiba satu zaman dengan dugaan yang sangat besar",
dan kita sepatutnya sedar akan hal ini.
Baginda berpesan 'diakhir zaman nanti kamu akan lihat satu golongan yang miskin, orang yang duduk dipadang pasir yang miskin. Mereka pegembala kambing dan binatang. Kemudian mereka akan mula membina bangunan tinggi.
Inilah tanda-tandanya dihadapan mata kamu.
Kita sedang lihat tanda yang dikatakan oleh Nabi s.a.w.
Baginda bersabda kamu akan lihat bagunan di Mekah
dibina mencapai gunung yang tinggi. Perkara ini telah pun berlaku semasa hayat kita.
Bila saya sampai disana dulu, tiada satu pun bagunan yang dibina tinggi menghampiri kemuncak gunung. Hari ini ianya penuh dengan bangunan mencakar gunung. Saya berada di kemuncak gunung tertinggi di Mekah dan kamu akan lihat menara jam sudah melepasi kemuncak gunung. Rasulullah s.a.w. ada bersabda, "jika kamu lihat gunung-gunung di Mekah ada lubang yang menembusinya.." inilah(terowong) yang dimaksudkannya. Dan kamu lihat bagunan tinggi mencakar gunung atau dalam riwayat lain ianya melepasi puncak gunung.
Kemudian Baginda bersabda bahawasanya Al-Sa'ah telah membentang bayangnya. Imam As Suyuti telah berkata mengenai perkara ini bahawa masanya sudah sangat hampir. Bila kamu ambil maksud tersebut secara langsung, dalam disiplin hadis dan usul yang tradisional bila Rasulullah s.a.w. bersabda kamu harus mengambilnya secara langsung melainkan ada alasan untuk mentafsirnya secara simbolik. Sekarang bayang-bayang menara jam telah menutupi Ka'abah. Di Arab Saudi mereka memanggil menara jam sebagai Al-Sa'ah. Kamu boleh ambil maksud hadis secara langsung, bayang-bayang jam(Al-Sa'ah) itu sudah pun menutupi Ka'abah. Secara langsung atau simbolik sesungguhnya zaman itu sudah sangat hampir.

Wednesday, October 02, 2013
Kalori Oh Kalori
Semalaman isteriku demam. Aku bertanya tengahari dia nak makan apa. Boleh la aku masak setakat yang aku pandai.
" Abang buat nasi goreng dah la ". kata isteriku. Senang kalau macam tu. Baru-baru ni aku buat sambal tumis udang. Bakinya aku buat nasi goreng. Isteriku rasa katanya sedap. Jam 7 pagi aku keluar kepasar mencari bahan-bahan untuk membuat sambal tumis udang dan nasi goreng
Sebelum aku kedapur, aku kena bersenam dulu. Teringat akan pesan doktor baru-baru ini macam mana nak turunkan berat badan. Doktor tanya apa yang aku makan waktu pagi. Aku cakap tosai. Katanya ok. Katanya lagi nasi perlu diambil hanya sekali sahaja sehari. Waktu malamnya aku kena makan oat atau roti gandum atau buah epal. Doktor sarankan agar aku perbanyakkan makan sayur bersama nasi.
" Bersenam amat penting dan ia banyak menurunkan berat badan en Ariff. En Arif tak perlu berlari. Cukup sekadar berjalan-jalan saja ".
Apalagi di rumah aku pun sudah ada treadmill jadi aku dapat menggunakannya samada hujan atau tidak. Hari ini aku berjalan serta berlari anak sejauh 2.6km selama 37 minit seperti tertera di gambar. Aku telah membakar kalori sebanyak 142. Walaupun ianya kurang tepat tapi alhamdulillah berpeluh juga anggota badanku.
Setelah aku bersihkan diri barulah aku masuk kedapur. Aku mula dengan membuat sambal tumis udang. Wangi baunya udang yang telah di tumis. Sengaja aku masukkan lebihan minyak. Apa yang aku belajar dari arwah ayahku ialah lebihan minyak tu akan digunakan untuk membuat nasi goreng. Memang sedap nasi goreng yang menggunakan lebihan minyak sambal tumis. Dalam keluarga aku hanya aku yang tahu cara membuatnya. Aku suka makan sambal tumis udang. Bila teringin aku akan minta ayah tolong buat. Lama kelamaan ayah kata padaku kalau nak makan tolong sediakan apa yang perlu untuknya. Akhirnya ayah menyuruh aku buat sendiri sambal tumis dan resepi diajarnya kepadaku. Bila siap ayah akan komen sehingga berpuas hati. Dapatlah juga aku resepi sambal tumis udang jawa.
Setelah aku berkahwin resepi ini aku perturunkan kepada isteriku. Kalau dia masak makanan yang aku tidak gemar sudah pasti dia akan buat sambal tumis ini untuk aku. Sudah cukup ini dengan aku. Setelah isteriku Siti Aishah meninggal, aku berkahwin lain. Juga aku perturunkan ilmu ini kepada isteriku. Hari ini memandangkan isteriku demam, aku mengambil alih sebagai Mr Papa.
Setelah siap sambal tumis, aku asingkan minyaknya. Aku tumis bawang dan masukkan nasi putih. Fuhh....begitu wangi sekali baunya. Aku hias dengan daun bawang serta cili merah. Tujuanku ialah untuk menaikkan nafsu makan isteriku. Bila demam makan pun tak lalu.
Aku beli pula ikan belanak. Memang sedap kalau dimakan panas-panas. Tambahan waktu hujan. Ibuku dulu begitu kerap beli ikan belanak. Aku paling suka ikan yang kecil-kecil sebab bila ia digoreng amat rangup sekali. Isteriku makan dengan perlahan-lahan. Tak banyak nasi yang di ambilnya. Aku tidak jauh hati. Aku tahu dia demam. Janji dia makan untuk menambah tenaganya. Bila badannya terasa segar sedikit barulah katanya nak kedapur. Seharian dia tak kedapur. Asyik tidur saja katanya. Aku sudah bersihkan dapur. Aku jenis orang yang tak suka dapur semak. Kalau aku nampak semak pasti aku akan mengemaskannya. Awal-awal isteriku tidak benarkan aku membasuh pinggan. Biar dia yang buat.
" Bukan abang tak pernah buat ini semua. Kita buat seorang sedikit ". kataku pada isteriku. Akhirnya dia mengalah. Semasa aku hidup bersama arwah Siti Aishah selepas masak pasti isteriku bersuara.
" Banggg......Abang baikkan. Boleh tak tolong Siti basuh pinggan mangkuk ". Lembut kata-katanya. Aku tahu sebab dia akan menjahit pula pakaian yang telah di tempah. Itulah pendapatan sampingan kami. Isteriku banyak membantuku untuk perbelanjaan anak-anak.
Isteriku Rosnah datang padaku setelah melihat dapur. Tersenyum dia walaupun demam.
" Terima kasih bang kerana tolong masak dan kemaskan dapur ". Sudah cukup bagiku akan ucapan terima kasih ". Hilang rasa keletihan setelah bersenam tadi. Jadi siapa yang nak kuruskan badan, semoga tips-tips yang diberi oleh doktor dapat membantu.
Aku menulis bukan kerna nama. Aku menulis bukan untuk di puji. Aku menulis sebab aku suka menulis. Kalau siapa sudi membaca terima kasih aku ucapkan. kalau tak sudi banyak blog yang lebih baik dari blog ini. Terima kasih kepada yang banyak menyokong aku bermula pada tahun 2008 lagi sewaktu aku di duga oleh Allah. Semoga Allah berkali kalian semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)

.jpg)